web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nokia Ada Produk Baharu? Ini Langkah Inovasi Teknologi B2B Terbaru Jenama Ini

Nokia memperkasakan perusahaan di Malaysia dan menjadi pembekal perkhidmatan komunikasi (CSP) untuk membuka kunci keupayaan digital

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 8:50PM

Jenama Nokia sebenarnya masih relevan di pasaran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nokia merupakan sebuah jenama yang sudah sudah lama bertapak dalam industri teknologi, khususnya menerusi penghasilan telefon pintar sejak 1865. Umum mengetahui bahawa Nokia kini tidak sehebat dahulu kerana berdepan saingan sengit daripada pengeluar telefon jenama lain. Tetapi apakah Nokia masih tidak mengembangkan teknologi mereka dan kekal dengan peranti sedia ada?

Penghala modem sistem keluaran Nokia
Penghala modem sistem keluaran Nokia

Baru-baru ini di 'Amplify Malaysia', Nokia mempamerkan strategi teknologi terbaru dan mengesahkan komitmennya dalam memacu dan mempercepatkan transformasi digital serta pertumbuhan ekonomi Malaysia. Strategi baharu ini menetapkan Nokia sebagai peneraju inovasi teknologi B2B. 

Nokia memperkasakan perusahaannya di Malaysia dan menjadi pembekal perkhidmatan komunikasi (CSP) untuk membuka kunci keupayaan digital. Berikut adalah langkah inovasi yang dilaksanakan Nokia dalam melancarkan rangkaian teknologi mereka.

 Antara alat kawalan dan pembinaan IP
Antara alat kawalan dan pembinaan IP

MX Industrial Edge 

Direka untuk membantu industri perusahaan mempercepatkan inisiatif pendigitalan teknologi operasi yang dikuasakan oleh Nokia Digital Automation Cloud (Nokia DAC). Teknologi ini berupaya mendorong mana-mana usahawan untuk melibatkan diri dalam perniagaan digital.

NetGuard Cybersecurity Dome 

Bukankah sesebuah sistem itu perlu memiliki sistem perlindungan yang ampuh? Justeru, Nokia menyediakan teknologi keselamatan siber 5G dan pra-binaan 5G berdasarkan keupayaan XDR kerana ia boleh membantu memantau risiko perniagaan, meningkatkan pembuatan dan mengawal kos. 

Teknologi ini juga membantu melindungi sistem perniagaan anda dari diceroboh penggodam.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital YB Teo Nie Ching turut hadir semasa majlis pelancaran rangkai sistem baharu Nokia
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital YB Teo Nie Ching turut hadir semasa majlis pelancaran rangkai sistem baharu Nokia

Nokia Optical Solutions Portfolio

Ini pula merujuk kepada penyelesaian automasi rangkaian yang membantu pembekal perkhidmatan komunikasi (CSP), syarikat skala web dan perusahaan meningkatkan pendapatan, mempercepatkan penggunaan perkhidmatan dan membina rangkaian IP serta optik yang lebih dipercayai.

Nokia Network Planning And Optimization Portfolio (NPO) 

Perkhidmatan ini membantu mencapai pertumbuhan perniagaan yang mampan pada rangkaian mudah alih dan meningkatkan prestasi melalui gabungan, alatan serta proses yang inovatif. Teknologi ini dapat membimbing sesebuah industri yang mungkin kurang pengetahuan dalam dunia digital.

Pengarah Urusan Nokia Malaysia, Sri Lanka & Maldives, Datuk Mohd Rauf Nasir berkata, pihaknya komited untuk bekerjasama dalam perjalanan transformasi digital Malaysia.

 “Kami juga berhasrat bekerjasama rapat dengan ekosistem perniagaan untuk memanfaatkan potensi eksponen rangkaian bagi memacu kemajuan teknologi dan memperkenalkan kemapanan dalam landskap digital Malaysia. 

Sebuah cip yang menjana penyelesaian pengangkutan koheren 2.4Tb/s pertama dalam industri
Sebuah cip yang menjana penyelesaian pengangkutan koheren 2.4Tb/s pertama dalam industri

“Dedikasi kami terletak pada memperkasakan rakan kongsi dan pelanggan melalui penyelesaian misi kritikal untuk mewujudkan kehadiran transformatif demi masa depan Malaysia," katanya ketika majlis.

Dengan ini, terbukti bahawa Nokia masih terus berkembang dalam dunia teknologi, walaupun  tidak mempunyai produk atau peranti baharu.

Perkembangan terbaru rangkaian sistem ini memperlihatkan bahawa jenama Nokia masih relevan dalam pasaran. - Getaran, 20 Ogos 2023

Isu Pada

Gemilang Putrajaya

26 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini