Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Belum Pernah Jejak Luar Negara, Ini 5 Destinasi Anda Patut Pergi, Keluarga Pasti Teruja!

Bagi anda yang belum pernah menjejakkan kaki ke luar negara, bolehlah warnakan ‘buku merah’ anda dengan destinasi percutian yang menjadi buruan rakyat Malaysia ini

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2023 10:59AM

Keindahan Pantai Patong di Phuket yang memukau

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Bercuti ke luar negara memang menyeronokkan kerana ia mampu mengubah persepsi kita tentang sesebuah negara, sekaligus melihat keindahan ciptaan tuhan.

Bagi anda yang belum pernah menjejakkan kaki ke luar negara, bolehlah warnakan ‘buku merah’ anda dengan destinasi percutian yang menjadi buruan rakyat Malaysia ini. Destinasi ini tidak membebankan poket, mesra-muslim dan tidak memerlukan masa perjalanan yang panjang.

Ini lima destinasi percutian yang dicadangkan!

1. Bandung, Indonesia

Salah satu destinasi yang boleh anda lawati dengan bajet yang kurang daripada RM1000 (selesa dan tidak termasuk tiket penerbangan) ialah Kota Kembang atau Kota Bandung yang memang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia. Kota yang terletak kira-kira 140 kilometer sebelah tenggara Jakarta ini merupakan kota ketiga terbesar di Indonesia dan merupakan persinggahan hujung minggu warga Jakarta. Jika tidak mahu bersesak, pilihlah hari-hari bekerja untuk ke sini.

Dengan bajet yang ‘ketat, tidak perlulah anda terikut-ikut dengan kebiasaan mereka yang mahu membeli-belah di kota yang terkenal dengan factory outlet ini. Sebaliknya, jejakilah tempat-tempat menarik yang cukup berbaloi untuk dilawati. Antara tarikan yang menanti adalah seperti Farm House Susu Lembang, Pasar Terapung Lembang, persembahan muzik di Saung Angklung Udjo, Tangkuban Perahu, Trans Studio dan Kawah Putih Ciwidey.

2. Yogyakarta, Indonesia

Kota Yogyakarta yang juga dikenali sebagai Jogja, merupakan sebuah kota yang terletak di Kepulauan Jawa Indonesia. Dengan kepadatan penduduk mencapai 413,961 (sehingga Disember 2018), kota ini tidak pernah sunyi daripada kehadiran pelancong yang ingin menikmati keunikan budaya dan citarasa penduduk tempatan. 

Candi Borobudur antara 'keajaiban' yang ada di Jogja
Candi Borobudur antara 'keajaiban' yang ada di Jogja

Berbanding Bandung dan Jakarta, kota ini lebih menjimatkan apabila berkaitan dengan belanja makan-minum dan juga penginapan. Ini kerana di sini terdapat satu budaya atau aktiviti malam yang cukup popular di kalangan warga kota Jogjakarta, iaitu menikmati makan malam bersama keluarga dan teman-teman di angkringan. 

Angkringan ini merupakan gerai-gerai makan di tepi jalan yang menghidangkan ‘Nasi Kucing’  berserta lauk-pauk kegemaran masyarakat tempatan. 

Bermula jam 5.00 petang hingga lewat malam, Jalan Malioboro akan sesak dengan penduduk yang mahu menghabiskan masa bersama teman-teman sambil menikmati hidangan makan malam super jimat, ‘nasi kucing’. 

Nasi Kucing merupakan hidangan yang cukup sederhana, tetapi punya keunikkan tersendiri. Dikenali sebagai ‘Nasi Kucing’ kerana hidangan itu dibungkus kecil-kecil seolah-olah saiz hidangan nasi yang sering diberikan kepada kucing peliharaan. Hidangan ini dijual pada harga sekitar Rp 3000 ke Rp10000, bergantung kepada jenis lauk.

3. Phuket, Thailand

Jika anda penggemar percutian laut dan pantai, Phuket adalah destinasi yang mesti anda lawati. Destinasi yang kembali ‘hidup’ selepas pandemik COVID19 ini mempunyai tarikan yang sukar dilepaskan terutamanya pakej ‘island hopping’. Salah yang popular ialah pelayaran ke Pulau Phi-phi yang membawa pengunjung singgah sebentar ke Maya Bay. Teluk ini pernah menjadi lokasi pengambaran filem The Beach yang dibintangi oleh Leonarda Dicaprio.

Tip perjalanan yang anda perlu tahu ialah, jika mahu berjimat pastikan anda memilih penginapan selain daripada Patong. Walaupun Patong juga menawarkan penginapan bajet, namun harga makanan di restoran, mahupun di gerai-gerai adalah lebih mahal berbanding di tempat lain. Bahkan, jika anda memilih restoran halal, harga akan lebih melambung.

Adalah lebih baik anda menginap di tempat lain seperti Surin untuk menjimatkan wang. Surin juga sesuai untuk anda yang cintakan ketenangan. Benar, pantainya tidak sepanjang atau seluas pantai Patong, tetapi percayalah ia tidak menghampakan. Mencari makanan halal dan murah juga mudah kerana di sini ada penempatan muslim. 

4. Hatyai, Thailand

Mana mungkin destinasi yang satu ini digugurkan daripada senarai. Rakyat Malaysia dan Hatyai bagaikan tidak dapat dipisahkan. Sentiasa dekat di hati. Tarikan utama destinasi ini sudah tentulah terletak pada kelazatan makanannya. 

Percutian ke sini meriah dengan acara makan-makan, bagaikan maraton kulinari. Jika ditanya berapa bajet yang perlu diperuntukkan untuk seorang? Jawapannya adalah RM1000 untuk percutian 4 hari, 3 malam, termasuk pengangkutan, penginapan selesa dan beli-belah dan makan-makan.

Antara tarikan yang boleh anda lawati ialah Pasar Terapung Khlong Hae, Asean Night Bazar, Chang Puak Camp, Tang Kuan Hill Lift Station dan sudah semestinya lorong makanan halal berhadapan hotel Lee Garden, yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Jika sanggup keluar lebih jauh, boleh juga singgah ke Pantai Samila di Songkhla. 

5. Jakarta, Indonesia

Jakarta, kota yang tidak pernah tidur dan sentiasa menjadi pilihan pengembara dari seluruh pelusuk dunia. Ia adalah destinasi pelancongan yang menjanjikan kepelbagaian. Sesuai untuk percutian menjimatkan, juga ideal untuk yang mendambakan pengalaman serba mewah. Tepuk dada, tanya selera, percutian yang bagaimana didambakan jika terbang ke sini. 

Sebelum pandemik COVID19, tambang penerbangan ke kota ini boleh dibeli pada harga yang cukup murah sehingga kurang daripada RM100 (tidak termasuk bagasi), namun kini tambang sedikit tinggi kerana kenaikan kos bahan api. Jadi, apa yang boleh anda harapkan daripada kota yang yang mempamerkan kepelbagaian budaya dan tradisi.

Jika anda mahu makan murah, jangan terlalu berharap kerana harganya lebih kurang dengan di Malaysia, malah mungkin lebih mahal. Sepinggan nasi goreng kambing di tempat makan popular, Kebon Sirih misalnya berharga di antara Rp40,000 ke Rp80,000. Iaitu bernilai lebih kurang RM12 ke RM25. 

Bagaimanapun, Jakarta adalah syurga membeli-belah untuk golongan wanita. Ada banyak pusat membeli-belah yang menawarkan harga berbaloi seperti Mangga Dua, Sarinah, Thamrin City dan Tanah Abang. Bagi yang tidak gemar membeli-belah, boleh ke Taman Mini Indonesia Indah, Ancol Dreamland, Tugu Monas, Taman Budaya Tionghoa, dan Kepulauan Seribu. - Getaran, 19 Ogos 2023 

Selamat bercuti!

Foto : Rahayu MN

Isu Pada

Gemilang Putrajaya

26 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand