web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melakukan Pembedahan Kelopak Mata

Sama ada anda ingin tampil lebih muda daripada usia atau memastikan penglihatan berada dalam keadaan terbaik, anda boleh pertimbangkan pembedahan kelopak mata

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 7:49PM

Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum menjalani prosedur blepharoplasty

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila usia semakin meningkat, anda akan mendapati bahawa kulit di atas dan di sekeliling mata anda mula mengendur. Bagi sesetengah orang, keadaan ini mungkin semata-mata isu kosmetik, tetapi bagi sesetengah individu, ia mungkin menjejaskan penglihatan terutama apabila kelopak mata semakin jatuh. 

Bagaimanapun, terdapat cara untuk memulihkan ‘masalah’ ini. Sama ada anda ingin menyegarkan penampilan mata atau memastikan penglihatan berada dalam keadaan terbaik, anda boleh pertimbangkan pembedahan kelopak mata. Tapi sebelum itu, apa yang anda tahu tentang pembedahan kelopak mata?

Pembedahan kelopak mata adalah rawatan ‘meremajakan’ mata yang sangat popular. Secara rasmi, ia dipanggil blepharoplasty dan merupakan antara prosedur pembedahan plastik yang paling popular hari ini. 

Mengapa ia begitu popular? Ini kerana mata adalah tumpuan utama apabila seseorang melihat wajah seseorang. Selain itu, mata merupakan tempat pertama yang menunjukkan tanda-tanda penuaan. Sebab itulah, apabila seseorang selesai menjalani pembedahan kelopak mata, dia akan tampil lebih muda daripada usia sebenar. 

Biarpun ia kedengaran sangat menyakinkan, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum mengambil keputusan untuk menjalani prosedur pembedahan kelopak mata ini. Semak info berikut: 

1. Tiga jenis pembedahan kelopak mata

Terdapat tiga jenis pembedahan kelopak mata yang berbeza. Untuk menentukan jenis pembedahan yang sesuai dengan anda, ia bergantung pada bentuk mata anda dan juga sebarang masalah kesihatan yang mungkin anda hadapi.

Jika anda menjalani blepharoplasty, anda mungkin akan melakukan salah satu daripada tiga prosedur berikut:

*Kelopak mata atas. Jika penglihatan anda semakin teruk dan penampilan mata anda juga semakin mengecil, anda mungkin mahu menjalani pembedahan kelopak mata atas. Mereka yang semakin tua atau mempunyai genetik yang menyebabkan masalah kelopak mata boleh memilih prosedur ini untuk membantu mengubah penampilan dan meningkatkan potensi penglihatan.

*Kelopak mata bawah. Jika anda semakin ‘menyampah’ dengan kedutan di sekitar mata, maka pembedahan kelopak mata bawah mungkin yang terbaik untuk anda. Ini kerana fokusnya adalah untuk menghilangkan kedutan, membantu menghilangkan mata sembab, sekaligus menjadikannya kelihatan lebih muda dan penuh.

*Pembedahan kelopak mata berganda. Jika anda sedang mencari pembedahan kosmetik untuk mengubah penampilan mata agar kelihatan lebih besar dan menawan, maka pembedahan kelopak berganda adalah pilihan terbaik. Pembedahan ini dilakukan dengan membuat lipatan pada kelopak mata atas. Hasilnya adalah penampilan mata yang lebih besar.

2. Masa pemulihan

Setiap jenis pembedahan memerlukan masa untuk pulih, dan jumlah masa yang diperlukan bergantung pada prosedur. Untuk pembedahan kelopak mata, anggaran masa yang diperlukan adalah beberapa minggu. Setelah beberapa hari pembedahan, anda boleh menjangkakan untuk mengalami kesakitan dan pandangan kabur. 

Anda juga mungkin mendapati mata membengkak dan lebam, kedua-duanya kesan ini akan bertahan selama beberapa minggu sehingga ia betul-betul pulih.

3. Adakah struktur mata berubah?

Ramai yang tertanya-tanya sama ada struktur mata mereka akan berubah akibat pembedahan kelopak mata, dan jawapannya adalah tidak! Ini kerana pembedahan kelopak mata bukan bersifat membina semula. Ia memang mengubah penampilan mata anda, tetapi ia sama sekali tidak mengubah strukturnya.

4. Bukan untuk semua

Untuk melakukan sebarang pembedahan, perkara paling utama adalah memilih pakar bedah yang diyakini dan dipercayai. Pakar bedah yang baik akan menilai sama ada anda layak atau sebaliknya untuk melakukan pembedahan tersebut. Berikut adalah beberapa kriteria yang akan digunakan oleh pakar bedah anda dalam membuat keputusan ini:

Adakah anda sihat dan bebas daripada penyakit yang boleh menjejaskan pemulihan dan penyembuhan anda?

Adakah anda mempunyai sebab/jangkaan yang realistik untuk pembedahan ini?

Adakah anda mempunyai masalah mata yang teruk?

Adakah anda seorang perokok?

5. Kos rawatan

Seperti kebanyakan pembedahan, kos untuk pembedahan kelopak mata ini bergantung pada lokasi anda. Kos rawatan di Kuala Lumpur mungkin lebih mahal daripada bandar-bandar kecil lain. Ia juga bergantung kepada pengalaman pakar bedah dan klinik yang anda. Doktor yang lebih dipercayai dan berpengalaman akan mempunyai kos pembedahan yang lebih tinggi. - Getaran, 14 Ogos 2023

Rujukan : https://hseh.co.uk/ & https://www.heartoftexaseye.com/  

Foto : https://hseh.co.uk 

Isu Pada

Bicara Hati Halim Othman

12 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini