web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Matcha Me Up! Untuk Si Pencinta Teh Hijau

Aloft Kuala Lumpur Sentral bekerjasama dengan Niko Neko Matcha untuk pengembaraan minum petang epik.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 7:09PM

Set minum petang Matcha Me Up! menjanjikan pengalaman minum petang yang unik

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menikmati hidangan minum petang bersama si dia atau teman-teman kini semakin menarik. Ini  kerana banyak kafe atau hotel yang menawarkan set minum petang yang luar biasa. Bukan lagi tertumpu kepada makanan dan minuman, tetapi menjanjikan satu pengalaman yang akan dikenang buat masa yang lama. 

Terbaharu, Aloft Kuala Lumpur Sentral dengan bangganya memperkenalkan set minum petang Matcha Me Up! untuk dinikmati oleh sesiapa sahaja, terutamanya pencinta teh hijau. Lebih menarik dan dan unik, hotel ini turut menjalinkan kerjasama menarik dengan jenama dan pakar teh hijau Jepun terkemuka di Malaysia, Niko Neko Matcha untuk mencipta pengalaman minum petang yang unik. 

Percayalah, sebaik sahaja hidangan ini sampai ke meja, anda pasti terpempan seketika dek terliur dengan pemanis mulut yang dihias indah. Biarpun hati sudah tidak sabar untuk menyuap makanan ke dalam mulut, tangan anda tetap tidak akan berhenti merakam gambar untuk dikongsi ke akaun media sosial. Camera eat first! 

Hidangan menyelerakan menanti anda untuk set Matcha Me Up!
Hidangan menyelerakan menanti anda untuk set Matcha Me Up!

Set minum petang Matcha Me Up! ini membawa tetamu mengembara ke dunia matcha yang mempesonakan dan menggoda selera dengan pelbagai rasa serta tekstur yang menarik. 

Manjakan lidah dengan pilihan pastri infusi matcha yang lazat, seperti puf krim matcha dengan kompot tangerine, skone matcha dengan krim, jem dan mentega lemon. Setiap suapan menawarkan keseimbangan kemanisan yang harmoni dan bersahaja matcha premium.

Untuk hidangan savoury, menu ini menawarkan pilihan yang menarik seperti mi soba sejuk dengan daun bawang dan kepingan bonito, burger mini ayam limau purut dalam roti arang, dan banyak lagi.

Untuk meraikan bulan Hari Kebangsaan Malaysia, Aloft Kuala Lumpur Sentral turut menyediakan minuman unik yang dinamakan sebagai Iced Dalgona Green Jack. Minuman segar dan enak berkrim ini menampilkan buah nangka yang eksotik dalam campuran susu dan serbuk matcha. Pencinta matcha pasti jatuh cinta dengan rasanya yang unik dan mewah. Satu mungkin tidak cukup!

Beralih ke bahagian menyeronokkan! Kehadiran Niko Neko Matcha bukanlah sekadar di pinggiran dengan menjadi pembekal matcha, tetapi turut bertindak sebagai pihak yang bertanggungjawab mengendalikan bengkel pembuatan teh matcha tradisional.

Ini bermakna, selain dapat menjamu selera dengan pelbagai hidangan enak, tetamu juga boleh mendalami seni penyediaan teh hijau tradisional, dibimbing oleh pakar teh dari Niko Neko Matcha. Uji dan lihat sendiri sama ada anda punya bakat terpendam membancuh teh hijau atau sebaliknya. 

Set minum petang yang digabungkan bersama bengkel interaktif ini berharga RM328++ dan ia dijadualkan pada empat hujung minggu secara berselang dari Ogos hingga September 2023. Sesi eksklusif ini menjanjikan peserta sebuah pengalaman yang tidak ternilai tentang sejarah, teknik pembuatan teh hijau dan faedah pengambilan matcha terhadap kesihatan.

Pengurus Besar Aloft Kuala Lumpur Sentral, Michael Grimmer turut menyatakan keterujaannya mengenai kerjasama ini. 

"Kami berbesar hati dapat berganding bahu dengan Niko Neko Matcha untuk kerjasama yang luar biasa ini. Set minum petang Matcha Me Up! dan bengkel yang disediakan diyakini mampu memikat hati tetamu dengan pengalaman menjamu selera yang mengasyikkan. Bahkan, dapat mempelajari tentang pembuatan teh hijau atau matcha yang menjadi kegemaran ramai,” ujarnya.

Sementara itu, Pengasas Niko Neko Matcha, Syun Hattori dan Izzat Iskandar turut meluahkan rasa bangga kerana dapat turut serta dalam acara minum petang ini.  

“Niko Neko Matcha berbesar hati apabila terlibat dalam perjalanan menarik ini. Komitmen kami adalah untuk mengekalkan tradisi asli matcha. Dengan dedikasi Aloft Kuala Lumpur Sentral, kerjasama ini benar-benar luar biasa dan sudah pasti ia menjanjikan pengalaman yang unik dan menyeronokkan kepada tetamu.”

“Kami sudah tidak sabar untuk menggembirakan tetamu dengan memberi pengalaman membancuh teh mengasyikkan yang mencerminkan keindahan dan keanggunan budaya matcha Jepun. Hasrat kami adalah untuk mencipta kenangan berharga dan meninggalkan kesan berkekalan kepada semua yang mengambil bahagian.”

Jika anda salah seorang yang terpanggil untuk menyertai bengkel matcha dan ingin menjamu selera dengan hidangan yang tersedia segar dari dapur ini, cepat-cepat buat tempahan sebelum ia penuh. 

Untuk anda yang hanya mahu chill dengan si dia, boleh pilih set Matcha Me Up! yang berharga RM168++ untuk dua. Tawaran masa terhad ini tersedia pada setiap hari, bermula dari 17 Ogos hingga 1 Oktober 2023. 

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, anda boleh lihat di hantaran Instagram @aloftkl.  - Getaran, 14 Ogos 2023

Foto : Nooreeza Hashim

Isu Pada

Bicara Hati Halim Othman

12 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin