Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penampilan Lebih Segar, Laju Moto Guzzi V7 Stone Edisi Khas

Moto Guzzi kembali dengan evolusi model klasik yang baharu ini dengan rekaan luarnya yang klasik dan sedikit garang

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 8:37PM

Moto Guzzi V7 Stone edisi khas ini mendapat respon yang baik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum ini, penulis pernah berkongsi artikel motosikal keluaran Moto Guzzi  V100 Mandello yang menampilkan reka bentuk moden dengan teknologi aerodinamik adaptif.

Apa kata kali ini kita lihat pula sebuah lagi model motosikal tersebut yang lebih klasik iaitu Moto Guzzi V7 Stone edisi khas.

Moto Guzzi V7 Stone edisi khas ini di acara Art of Speed 2023 baru-baru ini
Moto Guzzi V7 Stone edisi khas ini di acara Art of Speed 2023 baru-baru ini

Model dalam versi standard yang diperkenalkan tahun lepas ini telah mendapat respon yang agak baik memandangkan ia antara jentera berharga lebih rendah dalam kategorinya. 

Sebagai pengimport tunggal jenama motosikal tersebut, Didi Group telah memperkenalkan Moto Guzzi V7 Stone edisi khas ini di acara Art of Speed 2023 baru-baru ini. 

Kali ini, Moto Guzzi kembali dengan evolusi model klasik yang baharu dan tampak sedikit garang pada luaran. Namun apakah spesifikasinya mampu menarik perhatian penggemar kenderaan dua roda ini? Sama-sama kita lihat penerangan di bawah.

Dilengkapi enjin berkembar berprestasi tinggi dengan kuasa 850cc serta kuasa kuda 65hp
Dilengkapi enjin berkembar berprestasi tinggi dengan kuasa 850cc serta kuasa kuda 65hp

Dilengkapi enjin berkembar berprestasi tinggi dengan kuasa 850cc serta kuasa kuda 65hp, V7 Stoned ini memiliki kuasa maksimum 25 peratus lebih tinggi dan laju. Secara khususnya, ia meningkat dari 52hp pada 6200rpm kepada 65hp pada 6800rpm berbanding model terdahulu. 

Beralih kepada bahagian tork pula, prestasi maksimumnya juga meningkat dari 60 Nm pada 4250 rpm kepada 73 Nm pada 5000 rpm. Jadi jangan terkejut, pick up motosikal ini agak berbeza semasa memulakan tunggangan kerana lebih dari 80 peratus tork boleh dihasilkan pada 3000 rpm. Jadi ia lebih laju dan pantas untuk memecut berbanding sebelumnya.

Model ini nampak lebih lengkap dan menunjukkan kekukuhan serta kematangan pada komponen badan motosikal
Model ini nampak lebih lengkap dan menunjukkan kekukuhan serta kematangan pada komponen badan motosikal

Secara umum dari segi luaran, model ini nampak lebih lengkap dan menunjukkan kekukuhan serta kematangan pada komponen badan motosikal. Enjin dan saluran ekzos juga lebih besar bersama suspensi Kayaba yang memperlihatkan bahawa edisi ini memiliki identitinya tersendiri. Dari sudut pandangan belakang, anda boleh saksikan betapa karakter model ini amat terserlah.

Menggunakan saiz tayar lebih lebar iaitu 150/70 bersama rim aluminium, V7 Stoned ini lebih pantas, selesa dan lebih lengkap sambil mengekalkan semua watak serta keaslian Moto Guzzi.

Meter kelajuan Moto Guzzi V7 Stone edisi khas
Meter kelajuan Moto Guzzi V7 Stone edisi khas

Panel sisinya agak berbeza, begitu juga 'mudguard' belakang yang lebih pendek bersama sistem ekzos yang baharu. Semasa acara, harga jualan rasmi telah diumumkan dan bagi Moto Guzzi V7 Stone versi standard, ia dijual pada harga RM62,900 manakala Moto Guzzi V7 Stone edisi khas pula berharga RM66,900.

Reka bentuk model motosikal seperti ini amat sesuai kepada penunggang yang gemar mengenakan fesyen old school atau kasual
Reka bentuk model motosikal seperti ini amat sesuai kepada penunggang yang gemar mengenakan fesyen old school atau kasual

Buat peminat motosikal klasik, model edisi terhad ini mampu memberikan prestasi mencukupi untuk anda menunggangnya dengan kelajuan lebih tinggi. Harganya pun masih boleh dikatakan mampu milik dalam kategorinya. 

Penulis turut mendapati reka bentuk model motosikal seperti ini amat sesuai kepada penunggang yang gemar mengenakan fesyen old school atau kasual. Jadi buat anda yang berminat atau ingin meninjau model ini secara fizikal, boleh hadir ke mana-mana motoplex yang ada. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang rasmi mereka di pautan ini. - Getaran, 13 Ogos 2023

Sumber Foto: Didi Group

Isu Pada

Bicara Hati Halim Othman

12 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat