web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Fakta Menarik Tentang Lemon Yang mungkin Anda Tidak Tahu

Sempena Hari Lemon Sedunia, penulis berkongsi empat fakta menarik tentang buah tersebut yang mungkin anda tidak pernah terfikir

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2023 9:29AM

Lemon antara buah yang menjadi kegemaran ramai untuk digunakan dalam masakan atau sekadar dijadikan jus

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Andakah anda peminat buah lemon? Bagi yang tidak tahu, ada Hari Lemon Sedunia yang akan disambut pada 20 Ogos setiap tahun bagi menghargai manfaat buah berbentuk separuh bujur ini. 

Selain itu, jus lemon juga amat menyegarkan, manakala perahan air lemon juga amat sesuai digunakan dalam masakan untuk menambahkan lagi keenakan rasa makanan tersebut. Tetapi hari ini penulis bukan mahu berkongsi resepi, sebaliknya mahu menceritakan empat fakta menarik tentang lemon yang mungkin anda tidak tahu.

Alangkah segarnya jika dapat meneguk jus lemon sejuk di waktu panas!
Alangkah segarnya jika dapat meneguk jus lemon sejuk di waktu panas!

Minuman lemon telah wujud dan direkodkan sejak 500 Masihi

Bukankah enak dan segar sungguh jika dapat jus lemon yang diminum bersama ketulan ais di waktu panas? Pelbagai inovasi dapat dilihat apabila bercakap tentang penghasilan jus lemon. Ada yang dicampurkan bersama daun pudina, serai dan banyak lagi. Namun tahukah anda jus ini sudah wujud sejak sekian lama?

Sejarah pertama minuman ini telah direkodkan sejak 500 Masihi di Mesir dan mereka menggelarkan minuman tersebut sebagai qatarmizat. Pada 1976, sebuah syarikat dikenali sebagai Compagnie de Limoder telah mengkomersilkan jus lemon dan dijual di Paris. Sejak itu, jus ini berjaya berkembang luas dan menarik perhatian ramai.

Lemonade di UK membawa maksud berbeza

Di Malaysia, kaedah pesanan jus lemon amat jelas, walaupun di restoran Mamak kerana ia membawa maksud yang sama.

Tetapi tidak di United Kingdom. Jus lemon atau lemonade yang difahami sebagai air perahan lemon mempunyai tafsir sedikit berbeza di sana, kerana ia membawa maksud sejenis minuman gaya Amerika.

Minuman dimaksudkan adalah air soda berkarbonat berperisa masam seperti Sprite dan bukan perahan air lemon asli. Ia tetap enak namun jika anda mahu rasa jus lemon sebenar yang menggabungkan rasa manis dan masam, mungkin rasanya tidak sama. Jadi jika anda melancong ke sana, pastikan anda hanya memesan jus lemon, bukan lemonade.

Gerai jus lemon pertama wujud pada tahun 1873

Jika jus lemon sudah wujud berabad lamanya, gerai pertama menjual minuman itu pula dikesan bertapak di Brooklyn, Amerika Syarikat (AS) pada 1873, malah ia juga didaftarkan secara sah. Jadi tidak hairanlah jika anda sering melihat di AS, terdapat gerai jualan jus lemon di tepi jalan dengan begitu banyak apatah lagi sempena Hari Lemon Sedunia ini.

Ada antara peniaga berkenaan yang serius menjadikan ia sebagai mata pencarian dan berjaya menghasilkan keuntungan lumayan. 

Satu pokok kemon menghasilkan ratusan buah

Sukar untuk kita melihat lemon dijual dalam kuantiti sedikit di pasar raya. Kebanyakan buah tersebut akan dilonggokkan untuk dibeli. Bagaimanapun, kuantiti yang banyak ini bukan semata-mata disediakan bagi menampung permintaan pelanggan.

Antara sebab lain, pokok lemon merupakan tumbuhan yang boleh menghasilkan buah dengan begitu banyak. Satu pokok lemon secara purata boleh menghasilkan 500 hingga 600 biji buah setahun. Ini bermakna lemon bukanlah sejenis buah yang bermusim dan anda boleh mendapatkannya bila-bila masa. 

Jika anda penggemar jus lemon, setiap masa boleh menghasilkan minuman tersebut bahkan boleh dihidangkan dalam acara atau majlis yang besar. - Getaran, 12 Ogos 2023

Isu Pada

Bicara Hati Halim Othman

12 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini