Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


10 Perkara Mengenai Aplikasi X Yang Anda Perlu Tahu

Penjenamaan semula Twitter kepada X menyaksikan penambahbaikan aplikasi itu dan terdapat 10 ciri-ciri terbaharu yang perlu anda ketahui

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2023 10:41AM

Pelbagai perubahan mengiringi penjenamaan semula Twitter kepada X - gambar Twitter @danmurrayserter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih belum reda berita berhubung individu bernama Elon Musk bulan ini. Bermula dengan rancangan membuka ibu pejabat Tesla bersama pemimpin negara sehinggalah penjenamaan semula aplikasi Twitter yang dimilikinya.

Kali ini, penulis ingin berkongsi pelbagai maklumat mengenai aplikasi X (dahulunya Twitter). Jadi, pengguna X, adakah anda sudah menyesuaikan diri dengan penampilan baharu aplikasi tersebut sebagai salah satu platform media sosial anda?

Ketahui 10 ciri baharu yang anda perlu tahu mengenai aplikasi X ini.

Nama Domain Ialah http://x.com
Secara dasarnya, nama domain baharu bagi aplikasi Twitter ialah http://x.com yang merujuk kepada abjad X sebagai logo rasminya. Terdahulu, Musk dalam kenyataan hasil perbincangannya di ruang perbualan X memberitahu, logo Twitter tidak akan digunakan lagi seterusnya dilupuskan buat selama-lamanya.

Dulu dikenali sebagai Follower, kini ia sudah berubah menjadi Viewers - gambar Twitter @danmurrayserter
Dulu dikenali sebagai Follower, kini ia sudah berubah menjadi Viewers - gambar Twitter @danmurrayserter

Dari Follower Kepada Viewers
Jika sebelum ini, perkataan pengikut atau follower menjadi tanda aras kepada pemegang akaun Twitter untuk melihat jumlah pengikut akaun anda, tetapi kini Musk sudah menukar prospek itu kepada penonton atau viewers.

Mungkin perubahan ini agak relevan namun mungkin ia tidak dipersetujui oleh sesetengah pengguna. Ini kerana terdapat beberapa respon dari pengguna yang menyatakan bahawa mereka lebih gemar menggunakan perkataan follower berbanding viewers.

Tiada lagi burung biru yang menjadi ikon Twitter selama ini - gambar Twitter @danmurrayserter
Tiada lagi burung biru yang menjadi ikon Twitter selama ini - gambar Twitter @danmurrayserter

Logo Rasmi X Dan Tiada Lagi Burung Biru
Seperti yang digembar-gemburkan pada awal pelancaran, tiada lagi logo burung biru digunakan untuk platform ini. Abjad X sudah menjadi logo rasmi dan utama pada aplikasi berkenaan. Jadi anda tidak lagi dapat melihat penampilan burung biru tersebut, jadi ucapkan selamat datang kepada huruf X ini.

Anda akan dibayar berdasarkan jumlah pengguna yang melihat profil anda - gambar Twitter @danmurrayserter
Anda akan dibayar berdasarkan jumlah pengguna yang melihat profil anda - gambar Twitter @danmurrayserter

X3
 

Pembayaran Pencipta Kandungan
Terdapat juga sesetengah daripada pengguna yang memanfaatkan platform ini sebagai medium bagi menjana pendapatan. Oleh itu, kepada pencipta kandungan, ini yang anda perlu tahu! Anda akan dibayar berdasarkan berapa banyak pengguna yang mengunjungi profil anda dan kini tidak lagi memerlukan jumlah impressions sehingga lima juta setiap bulan, selain tidak memerlukan butang langganan untuk layak memperoleh wang.

Iklan Berbayar Diperluaskan Lebih 100 Buah Negara
Selain itu, perkongsian iklan yang dibayar oleh pengguna X turut diperluaskan sehingga lebih 100 negara. Jadi liputan iklan adalah lebih meluas dan mampu menyasarkan lebih banyak penonton di luar negara.

Kepelbagaian Fungsi Bookmarks
Penanda halaman atau bookmarks yang ada di Twitter sebelum ini pernah dikatakan tidak begitu mesra pengguna dan aspek itu diberi perhatian ketika penjemaan semula ini. Berikut adalah beberapa perubahan yang akan dilaksanakan di X:
*Penanda halaman daripada garis masa (timeline)
*Fungsi carian ada pada bookmarks
*E-mel mingguan dengan bookmarks anda yang disimpan

X akan memaparkan shadowbans  - gambar Unsplash
X akan memaparkan shadowbans - gambar Unsplash

Pengaktifan Shadowbans
Musk sudah mengesahkan bahawa X akan memaparkan shadowbans (penerangan terhadap sekatan terbitan) serta-merta kepada akaun pengguna yang menyalahgunakan hak cipta terpelihara. Maklumat yang akan disiarkan jika terdapat pengguna yang mengalami shadowabans adalah sekatan itu diaktif di paparan halaman profil, selain punca anda dikenakan tindakan tersebut dan jalan penyelesaian yang berpotensi untuk keluar dari Penjara Twitter

Scam atau spam juga lebih mudah dilaporkan - gambar Twitter @danmurrayserter
Scam atau spam juga lebih mudah dilaporkan - gambar Twitter @danmurrayserter

Pelaporan Scam Dengan Lebih Mudah
Sistem pelaporan penipuan terkini disediakan untuk pengguna melaporkan kaedah penipuan atau scam dengan mudah. Berbanding sebelum ini, ia agak membosankan dan mengambil masa lama untuk menyelesaikan masalah siber ini.

X seiring dengan aplikasi lain seperti We Chat - gambar Unsplash
X seiring dengan aplikasi lain seperti We Chat - gambar Unsplash

Sistem Kewangan
Musk sudah menekankan kepentingan memiliki aplikasi X ini dan ia seiring dengan aplikasi gergasi seperti WeChat yang berasal dari China. Menurut Musk jika X dilaksanakan dengan betul, aplikasi tersebut boleh menjadi elemen utama dalam sistem kewangan global. Dengan bermatlamatkan untuk meminimumkan tahap penipuan, pemantauan masa atau waktu sebenar dan kelancaran integrasi.

Tetapan highlight mungkin berubah atau dipadamkan - gambar Twitter @danmurrayserter
Tetapan highlight mungkin berubah atau dipadamkan - gambar Twitter @danmurrayserter


Tetapan Highlight
Tetapan highlight mungkin akan berubah atau dipadamkan berikutan kurang penggunaannya di Twitter. Malah pereka sistem untuk Twitter juga secara terbuka menyatakan bahawa dia tidak menyukainya. Jadi perubahan mungkin akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Lain-lain ciri dan fungsi untuk X:
*Platform temu janji (dating platform)
*Platform e-dagang
*Integrasi dengan aplikasi pesanan makanan
*Fokus baharu pada kandungan audio dan video
*Sistem pembayaran dan perbankan. - Getaran, 30 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM