web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Tip Untuk Mencari Rakan Bisnes Yang Tepat

Mempunyai rakan bisnes memiliki beberapa kelebihan, di antaranya ada teman untuk bertukar-tukar fikiran, membahagikan tugasan, dan boleh berkongsi modal.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2023 10:23AM

Memilih rakan bisnes yang tepat amat penting dalam membangunkan perniagaan - gambar Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat rakan-rakan yang mempunyai bisnes sendiri, mungkin membuatkan hati anda turut terdetik untuk memulakan perniagaan sendiri. Maklumlah, hati mana yang tidak terpesona melihat  keseronokan orang lain yang berkereta mewah, memakai barangan berjenama dan boleh bercuti ke sana sini. Walaupun hakikatnya, banyak cerita belakang tabir yang menyakitkan.

Memulakan bisnes sendiri bukanlah sesuatu yang mudah. Ada banyak hal yang perlu difikirkan kerana tanggungjawab yang harus dipikul bukan kepalang. Paling penting, anda mesti rajin, tidak boleh malas. 

Anda dan rakan bisnes harus saling melengkapi - gambar Unsplash
Anda dan rakan bisnes harus saling melengkapi - gambar Unsplash

Bagi yang sudah nekad untuk memulakan bisnes dan mungkin sedang mempertimbangkan untuk mencari rakan untuk sama-sama mengusahakannya, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. 

Mempunyai rakan bisnes memiliki beberapa kelebihan, di antaranya ada teman untuk bertukar-tukar fikiran, membahagikan tugasan, dan boleh berkongsi modal.

Tapi di sisi lain, memilih rakan bisnes yang tidak tepat, boleh mengundang malapetaka. Selain menimbulkan konflik sehingga masing-masing bermasam muka, bisnes anda juga mungkin kecundang. Untuk mencegah perkara ini terjadi, anda perlu melakukan beberapa penilaian sebelum memilih seorang rakan. Jom semak info berikut:

Misi dan visi yang sama perlu ada jika mahu mencari rakan bisnes - gambar Unsplash
Misi dan visi yang sama perlu ada jika mahu mencari rakan bisnes - gambar Unsplash

1) Visi dan misi yang sama

Untuk memulakan sebuah perniagaan anda harus punya visi dan misi. Ini bermakna, rakan anda harus punya visi yang sama, jadi barulah strategi perniagaan yang dirancang mampu meraih apa yang dimahukan. 

Namun, seandainya anda baru menyedari yang masing-masing sebenarnya mempunyai visi dan misi yang berbeza, mungkin anda perlu berbincang terlebih dahulu untuk mencari titik persamaan. Jika masih tidak menjadi, menutup bisnes boleh menjadi pilihan yang tepat. 

Ini kerana, visi dan misi yang tidak sama ini boleh menjadi sumber konflik. Jika berterusan, sudah pasti memberi impak kepada bisnes, dan akhirnya usaha anda berdua menjadi sia-sia. 

2) Masing-masing punya kelebihan tersendiri

Jika anda punya kelebihan dalam bidang pemasaran, carilah rakan yang mempunyai kelebihan lain kerana ia akan saling melengkapi dan boleh berbagi tugasan dalam mengembangkan bisnes. Misalnya, anda bijak dalam bidang pemasaran dan penjenamaan, sementara rakan anda pula mampu mengendalikan hal-hal berkaitan kewangan dan logistik. Kemahiran yang berbeza inilah yang akhirnya dapat memberikan perspektif yang lebih luas untuk mencapai tujuan bisnes.

3) Integriti

Perlu juga ada hitam putih supaya tidak timbul masalah di kemudian hari - gambar Unsplash
Perlu juga ada hitam putih supaya tidak timbul masalah di kemudian hari - gambar Unsplash

Untuk mencari rakan bisnes, sudah semestinya ada mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan. Mungkin orang itu adalah individu yang baru dikenali, kawan baik, pasangan, atau ahli keluarga. 

Namun, pastikan orang yang dipilih itu memiliki integriti. Ini kerana dalam berbisnes, ada banyak tugasan yang dilakukan bersama. Rakan bisnes yang jujur dan boleh dipercayai.

Jika perlu sebelum membuat keputusan, periksa dahulu latar belakang calon rakan bisnes. Jangan terjebak dengan ‘scammer’ atau sesiapa sahaja yang bermasalah, terutamanya yang melibatkan undang-undang. 

4) Memiliki komitmen tinggi

Membangunkan sebuah perniagaan merupakan satu perjalanan yang panjang. Ada banyak liku-liku dan cabaran yang harus dihadapi. Jadi, rakan bisnes anda haruslah seseorang yang sanggup memberi komitmen yang tinggi untuk sama-sama memastikan bisnes anda terus maju. 

Setiap orang perlu bekerja bersama-sama dalam apa jua situasi. Dek itulah, anda harus memilih rakan yang memiliki keazaman yang sama untuk meraih tujuan bisnes yang sudah direncanakan. Kalau tidak, berkemungkinan besar bisnes anda kecundang di tengah jalan.

5) Pastikan ada hitam putih

Setelah yakin dia adalah calon rakan bisnes terbaik, sampailah masanya untuk anda buat perjanjian hitam putih mengenai kerjasama yang akan dijalankan. Beberapa perkara yang mesti ada dalam perjanjian itu adalah mengenai tanggungjawab masing-masing, pembahagian syer, dan keuntungan. Perjanjian ini penting untuk dijadikan bukti sekiranya terjadi konflik di kemudian hari. - Getaran, 30 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini