web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KidZania Kuala Lumpur Beri Peluang Kanak-Kanak Jadi Rider, Cef Sushi

Menyemarakkan imaginasi dan pembelajaran, pusat didik hibur kegemaran ramai mengalu-alukan Pandamart, Restoran Teishoku Jepun YAYOI dan Jac & Ivy ke metropolis saiz kanak-kanaknya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2023 8:58AM

Bergelar cef antara pengalaman menarik ditawarkan di KidZania Kuala Lumpur - gambar KidZania Kuala Lumpur

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KidZania Kuala Lumpur, kemudahan didik hibur untuk kanak-kanak yang terulung di Malaysia, teruja untuk mengumumkan penambahan tiga rakan kerjasama yang dinamik: Pandamart, Restoran Teishoku Jepun YAYOI dan Jac & Ivy.

Kerjasama ini akan menarik minda muda dan memperkenalkan pelbagai kerjaya, serta memupuk rasa ingin tahu dalam persekitaran yang menarik.

KidZania Kuala Lumpur terkenal dengan kaedah bermain melalui pendekatan pembelajaran, menggalakkan semangat ingin tahu kanak-kanak dan memupuk perkembangan mereka melalui aktiviti amali.

Kemasukan rakan kerjasama baharu ini akan memperkenalkan peluang baharu untuk kanak-kanak menerokai kerjaya yang berbeza dalam setiap lawatan, seterusnya memberikan pengalaman yang menarik.

Sebagai sebahagian daripada sambutan rasmi ketibaan mereka ke KidZania, setiap rakan kerjasama baharu menerima Kunci ke Bandar KidZania, menandakan komitmen mereka untuk mencipta pengalaman inovatif dan mendidik kanak-kanak.

Pandamart disepadukan ke dalam bandar KidZania untuk menawarkan kanak-kanak satu peluang bagi melibatkan diri dalam dunia e-Dagang, yang membolehkan mereka  memperoleh pemahaman menyeluruh tentang logistik di sebalik pesanan dan penghantaran barangan runcit.

Melalui pengalaman yang imersif ini, kanak-kanak berpeluang untuk menjadi pembungkus barangan runcit, menyusun pesanan dengan teliti mengikut senarai disediakan dan seterusnya, menghantar barangan runcit yang dibungkus kepada penerima ditetapkan di dalam bandar KidZania tersebut.

Ada juga pilihan untuk mencuba kerjaya sebagai Penghantar Pandamart - gambar Kidzania Kuala Lumpur
Ada juga pilihan untuk mencuba kerjaya sebagai Penghantar Pandamart - gambar Kidzania Kuala Lumpur

Aktiviti menarik ini menerapkan rasa tanggungjawab sambil meningkatkan pemahaman mereka tentang proses dalam memenuhi pesanan pelanggan.

Restoran Teishoku Jepun YAYOI pula memberikan pengalaman dwi-peranan yang unik untuk kanak-kanak. Mereka boleh menjadi cef sushi untuk mengasah kemahiran dan kreativiti memasak, atau menjadi pelanggan untuk mencuba pelbagai cita rasa berbeza.

Perkongsian mendalam ini dapat memupuk pemahaman budaya, mengembangkan pengetahuan masakan dan melatih kanak-kanak dalam semangat berpasukan. Aktiviti utama di sini adalah kelas membuat sushi, yang mana kanak-kanak dapat memperhalusi kemahiran motor dan menghargai kesenian dan budaya dalam proses membuat sushi.

Jac & Ivy, perintis Kidz Spa yang pertama di Malaysia, membawa pengalaman yang menarik ke KidZania Kuala Lumpur. Kanak-kanak kini mempunyai peluang yang luar biasa untuk menceburi diri dalam dunia penjagaan diri dan dandanan.

Anak anda juga boleh mencuba perkhidmatan spa disediakan - gambar KidZania Kuala Lumpur
Anak anda juga boleh mencuba perkhidmatan spa disediakan - gambar KidZania Kuala Lumpur

Melalui Kidz Spa, kanak-kanak boleh mempelajari tentang kepentingan penjagaan diri sejak kecil, dandanan serta kebersihan diri, dan kuasa ekspresi diri dalam memupuk keyakinan diri.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sim Leisure, Philip Whittaker berkata, pembelajaran tidak pernah terhenti di KidZania Kuala Lumpur.

“Kami bersemangat untuk melibatkan rakan kerjasama baharu untuk mencipta aktiviti inovatif untuk para pengunjung muda kami. Dengan pelbagai peluang pekerjaan dan aktiviti yang menunggu untuk diterokai, kanak-kanak berpeluang untuk belajar, bermain, meningkatkan kemahiran, dan menyemarakkan imaginasi mereka.

“Rakan kerjasama baharu ini membawa sesuatu yang unik kepada KidZania, memastikan minda kanak-kanak sentiasa dirangsang dan terlibat dengan aktiviti yang disediakan sepanjang lawatan mereka,” katanya.

Barisan rakan kerjasama KidZania Kuala Lumpur - gambar KidZania Kuala Lumpur
Barisan rakan kerjasama KidZania Kuala Lumpur - gambar KidZania Kuala Lumpur

KidZania Kuala Lumpur kekal menjadi destinasi didik hibur dinamik dan memperkayakan dalam menyediakan peluang kepada  kanak-kanak untuk belajar, berkembang dan meneroka dalam persekitaran yang selamat dan mengasyikkan.

Dengan kemasukan Pandamart, Restoran Teishoku Jepun Yayoi, dan Jac & Ivy, KidZania Kuala Lumpur mengukuhkan komitmen untuk memberi inspirasi kepada minda muda dan membentuk pemimpin masa depan.

Untuk maklumat lanjut tentang KidZania Kuala Lumpur dan rakan kerjasamanya, sila layari https://www.kidzania.com.my/. - Getaran, 23 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini