web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pasport Singapura Paling Berkuasa Di Dunia, Malaysia Di Tempat Ke-11

Indeks Pasport Henley (Henley Passport Index)  bagi suku ketiga 2023 menunjukkan pasport Malaysia menyediakan akses bebas visa ke 180 destinasi perjalanan seluruh dunia.

TARA Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2023 4:22PM

Rakyat Singapura kini boleh melawat ke 192 destinasi pelancongan tanpa visa - gambar Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Singapura kini secara rasminya merupakan pasport paling berkuasa di dunia, di mana rakyatnya boleh melawat ke 192 destinasi pelancongan daripada 227 destinasi yang ada di seluruh dunia tanpa visa.

Jerman, Itali dan Sepanyol kesemuanya menduduki tempat kedua dengan akses tanpa visa ke 190 buah destinasi, manakala pemegang pasport Jepun menyertai enam negara lain iaitu Austria, Finland, Perancis, Luxembourg, Korea Selatan dan Sweden di tempat ketiga dengan akses kepada 189 destinasi tanpa memerlukan visa terlebih dahulu.

Sementara itu, Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan terdahulu apabila berada di kedudukan ke-11, naik dua anak tangga dari 2021 dan 2022. Dengan kedudukan terbaharu ini, pemegang pasport Malaysia bebas mengembara tanpa visa ke 180 destinasi daripada 227 destinasi perjalanan di seluruh dunia.

Antara negara bebas visa yang boleh dilawati oleh pemegang pasport Malaysia ialah Jepun, Korea, Thailand, Perancis, Jerman dan Iceland.

United Kingdom (UK) akhirnya berjaya mengubah kedudukan selepas mengalami penurunan selama enam tahun, dengan melonjak dua anak tangga kepada kedudukan ke- 4, sementara Amerika Syarikat (AS), terus mengalami penurunan dalam indeks ini sejak sedekad lalu, jatuh dua anak tangga lagi ke kedudukan ke-8 dengan akses kepada 184 destinasi sahaja tanpa visa.

UK berjaya memperbaiki kedudukan dalam Indeks Pasport Henley - gambar hiasan
UK berjaya memperbaiki kedudukan dalam Indeks Pasport Henley - gambar hiasan

Kedua-dua UK dan AS bersama-sama memegang tempat pertama dalam indeks ini hampir 10 tahun yang lalu pada tahun 2014, namun sejak itu ia berada pada trajektori kedudukan yang menurun. Afghanistan kekal berada di kedudukan terakhir dalam indeks ini, dengan skor hanya 27 destinasi tanpa visa.

Pengerusi Henley & Partners, Dr. Christian H. Kaelin berkata, trend umum dalam sejarah senarai kedudukan yang berusia 18 tahun ini adalah menuju ke arah kebebasan perjalanan yang lebih meluas, dengan purata bilangan destinasi yang boleh diakses oleh pelancong tanpa visa meningkat hampir dua kali ganda daripada 58 pada tahun 2006 kepada 109 pada tahun 2023.

"Bagaimanapun, jurang mobiliti global antara mereka yang berada di bahagian atas dan bawah indeks ini kini lebih luas berbanding sebelum ini, dengan Singapura berada di kedudukan teratas yang dapat mengakses 165 destinasi tanpa visa lebih banyak daripada Afghanistan," ujar beliau.

Afghanistan kekal berada di kedudukan terakhir dalam indeks - gambar hiasan
Afghanistan kekal berada di kedudukan terakhir dalam indeks - gambar hiasan

Henley & Partners telah menjalankan penyelidikan baharu eksklusif tentang hubungan antara keterbukaan sesebuah negara kepada warga asing, berapa banyak negara yang dibenarkan untuk menyeberangi sempadannya tanpa visa - dengan kebebasan perjalanan rakyatnya sendiri.

Indeks Keterbukaan Henley (Henley Openness Index) yang baharu ini menyenaraikan kesemua 199 buah negara di seluruh dunia mengikut bilangan kewarganegaraan yang dibenarkan masuk tanpa membuat visa terlebih dahulu.

Kesemua 20 negara teratas 'paling terbuka' adalah semua negara pulau kecil atau negara Afrika, kecuali Kemboja. Terdapat 12 negara terbuka sepenuhnya yang menawarkan kemasukan tanpa visa atau visa semasa ketibaan kepada semua 198 pasport di dunia iaitu Burundi, Kepulauan Comoro, Djibouti, Guinea-Bissau, Maldives, Micronesia, Mozambique, Rwanda, Samoa, Seychelles, Timor-Leste, dan Tuvalu.

Kesemua 20 negara teatas dalam Indeks Keterbukaan Henley adalah negara pulau kecil - gambar hiasan
Kesemua 20 negara teatas dalam Indeks Keterbukaan Henley adalah negara pulau kecil - gambar hiasan

Di bahagian bawah Indeks Keterbukaan Henley, empat negara mendapat markah sifar, tidak membenarkan akses bebas visa untuk mana-mana pasport iaitu, Afghanistan, Korea Utara, Papua New Guinea dan Turkmenistan.

Mereka diikuti oleh lima negara yang menyediakan akses bebas visa kepada kurang daripada lima negara lain iaitu, Libya, Bhutan, Eritrea, Guinea Khatulistiwa dan India. - Getaran, 22 Julai 2023

Sumber : Henley & Partners 

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Na'imah Gagal Dapatkan Pasport Secara Kekal

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Permohonan Naimah Semak Perintah Mahkamah Tahan Pasport Didengar 13 Mac

4

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman