web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Yang Gilakan Beg Tangan, Alami Pengalaman Pembelian Coach Airways Di Dalam Pesawat 

Coach telah melancarkan butik bertemakan perjalanan udara baharu yang dipanggil Coach Airways, jom ke Melaka!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 10:00AM

Coach Airways menyasarkan untuk mengembalikan suasana zaman keemasan perjalanan udara pada tahun 1950-an di mana pelanggan boleh membeli-belah dengan pengalaman yang eksklusif. - Gambar Instagram @freeportafamosaoutlet's 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut sahaja Coach di depan wanita, pasti terpancar di pemikiran mereka sebuah beg tangan yang mewah dan cantik serta diimpi-impikan.

Coach adalah jenama beg tangan premium dan mempunyai kelasnya yang tersendiri dengan pelbagai rekaan eksklusif dicipta bagi menjadikannya unggul di dalam dunia fesyen.

Jika anda bercadang untuk membeli beg tangan ini dan hadiahkan kepada insan tersayang, apa kata anda hadir Freeport A'Famosa Outlet di Melaka kerana jenama fesyen mewah dari Amerika ini telah melancarkan butik bertemakan perjalanan udara yang dipanggil Coach Airways.

Sambil intai-intai beg tangan, sambil anda alami pengalaman konsep menarik butik ini.

Terletak di dalam kapal terbang sebenar, ruangan butik ini dihiasi dengan ikonografi vintaj Coach di kokpit dan tempat duduk pesawat bersama-sama dengan rak pakaian dan beg mereka. 

Pelanggan perlu menaiki jambatan udara untuk memasuki butik dan akan diberikan pas masuk yang menyerupai tiket kapal terbang.

Kegembiraan terpancar di wajah anak-anak yang berkunjung ke Freeport A'Famosa Outlet Melaka. - Gambar Instagram @freeportafamosaoutlet's 
Kegembiraan terpancar di wajah anak-anak yang berkunjung ke Freeport A'Famosa Outlet Melaka. - Gambar Instagram @freeportafamosaoutlet's 

Telah dibuka pada 20 Mei lalu, Coach Airways menyasarkan untuk mengembalikan suasana zaman keemasan perjalanan udara pada tahun 1950-an di mana pelanggan boleh membeli-belah dengan pengalaman yang eksklusif.

Tambahan pula, Coach Airways juga bakal membuka kafe yang menawarkan menu minuman untuk dijual sama seperti di dalam pesawat. 

Malah, pelanggan yang membuat pembelian di kedai Coach Airways akan menerima minuman percuma.

Langkah Coach ini dilihat sangat bijak dalam meningkatkan usaha dalam memperluaskan jenama mereka di Asia Tenggara. 

Bahkan baru-baru ini, Coach turut membuka Rumah Kedai Coach Play Singapore iaitu sebuah kedai kopi hasil kerjasama dengan jenama kafe terkenal di Singapura Brawn & Brains Coffee. 

Lain daripada yang lain, luar biasa dan sangat menarik, itulah yang boleh diungkapkan terhadap kerjasama yang dilakukan oleh jenama Coach ini.

Oleh itu, memandangkan musim cuti sekolah sudah tiba jangan lepaskan peluang untuk hadir ke  Freeport A'Famosa Outlet Melaka. Rancang segera perjalanan anda menuju ke Melaka untuk cuci mata sambil membeli-belah di sana. - Getaran, 4 Jun 2023

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

03 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Jumpa Beg Tangan Wanita Dipercayai Milik Nur Farah Kartini

2

TARA 3 tahun yang lalu

Mampu Berlegar Di Ruang Udara Selama 45 Minit, DJI Mavic 3 Pro Sebuah Dron ‘Flagship’ Luar Biasa!

3

Gaya 3 tahun yang lalu

Penggemar Fesyen Tukar Sampah Jadi Payung, Beg Tangan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

'Apa Milik Saya Tetap Hak Saya' - Rosmah Tuntut Aset Dirampas Kerajaan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini