web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penggemar Fesyen Tukar Sampah Jadi Payung, Beg Tangan

Ahmad Afiq kerap menghasilkan pelbagai jenis dan rekaan beg menerusi kitar tinggi daripada seluar lama atau sudah tidak dipakai, sebelum bereksperimen menggunakan plastik pembungkus dan fail plastik.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 8:00AM

Ahmad Afiq hanya menggunakan pita pelekat dan kemahiran menjahitnya bagi menghasilkan produk yang praktikal dan boleh digayakan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Plastik pembungkus roti, mi segera dan makanan ringan yang lazimnya dibuang ke tong sampah, dijadikan barangan seperti beg tangan dan payung, hasil kreativiti seorang pemuda menerusi kaedah kitar tinggi atau upcycle.

Kitar tinggi ialah proses mengubah suai bahan buangan kepada produk yang boleh digunakan semula.

Ahmad Afiq Ahmad Kamal, 24, hanya menggunakan pita pelekat dan kemahiran menjahitnya bagi menghasilkan produk yang praktikal dan boleh digayakan.

Menurut eksekutif sumber manusia di sebuah syarikat korporat itu, dia tidak malu menggayakan produk berkenaan ketika keluar beriadah atau bersiar-siar meskipun ia dibuat daripada bahan buangan.

"Fesyen itu subjektif dan saya punya cita rasa fesyen lebih kepada gaya jalanan, rebel dan tidak ortodoks. Saya melihat upcycling antara cara mengekspresikan gaya fesyen saya," katanya kepada Bernama.

Ahmad Afiq berkata minat mendalam terhadap fesyen unik dan tersendiri mendorongnya menghasilkan pelitup muka daripada fabrik seluar terpakai pada Disember 2020 dengan jahitan tangan.

Kemudian dia kerap menghasilkan pelbagai jenis dan rekaan beg menerusi kitar tinggi daripada seluar lama atau sudah tidak dipakai, sebelum bereksperimen menggunakan plastik pembungkus dan fail plastik.

Mengakui menyelamatkan bumi bukanlah misi utamanya ketika berjinak-jinak dengan hobi itu, pemuda lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari University of Delaware, Amerika Syarikat itu berharap usahanya dapat menyumbang ke arah budaya fesyen lestari, sekali gus mengurangkan lambakan sisa tekstil.

“Hobi saya ini bukan sahaja menzahirkan kreativiti tetapi secara tidak langsung memberi kehidupan kedua dan menambah nilai sesuatu barangan daripada hanya berakhir ke tapak pelupusan sampah,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Afiq berkata setakat ini, dia tidak berhasrat menjual atau mengambil tempahan meskipun ada yang berminat dengan produk dihasilkan yang dikongsikannya menerusi platform TikTok menggunakan akaun @ovolokakaw.

Ahmad Afiq yang menarik lebih 12,000 pengikut di media sosial itu juga berharap kandungan dibuatnya memberi inspirasi dan kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan kitar tinggi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Jumpa Beg Tangan Wanita Dipercayai Milik Nur Farah Kartini

4

Gaya 2 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 16 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN