web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Apa Milik Saya Tetap Hak Saya' - Rosmah Tuntut Aset Dirampas Kerajaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 9:17AM

Rosmah Mansor kembali ke mahkamah akhir bulan ini berhubung tuntutan membabitkan 2,436 barang kemas dan 29 beg mewah yang dirampas polis semasa serbuan pada Mei 2018 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Isteri mantan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kembali ke mahkamah akhir bulan ini berhubung tuntutan membabitkan 2,436 barang kemas dan 29 beg mewah yang dirampas polis semasa serbuan di Pavilion Residences di sini, pada Mei 2018.

Peguam mewakili Rosmah, Azamuddin Abdul Aziz dalam permohonannya, mengesahkan pengurusan kes itu di hadapan hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin akan diteruskan seperti dijadualkan pada 26 dan 27 September.

“Pada masa ini, terdapat lebih 2,400 barang kemas dan 29 beg mewah masih dalam simpanan kerajaan. Selebihnya barang rampasan sudah dipulangkan,” katanya kepada The Vibes.

Pada tahun 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan rampasan terhadap Obyu Holdings yang dikenal pasti sebagai pemilik dua unit kondominium di Pavillion Residences, lokasi barangan itu dirampas.

Barangan dirampas adalah 11,991 barang kemas, 401 jam tangan, 16 kelengkapan jam tangan, 234 cermin mata, 306 beg tangan serta pelbagai wang tunai berjumlah RM114,164,393.44.

Jumlah barang rampasan itu dianggarkan antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Barangan dan wang tunai itu dirampas selepas pihak berkuasa percaya ia memiliki kaitan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Rosmah, suaminya Datuk Seri Najib Razak dan beberapa ahli keluarga memfailkan tuntutan ke atas aset itu.

Bagaimanapun, pada Ogos tahun lalu, wang tunai RM114 juta itu dikembalikan kepada Najib yang mendakwa beliau menyimpan wang berkenaan bagi pihak UMNO. Ini tidak dirayu oleh pihak pendakwaan.

Manakala pada November tahun sama, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan supaya barangan selebihnya dikembalikan kepada Najib, Rosmah dan ahli keluarga lain selepas penolakan saman pelucutan hak kerajaan.

Pada Julai, kerajaan gagal dalam permohonan untuk menangguhkan pemulangan barang tersebut.

Antara barang dirampas pada Mei 2018 adalah gelang berlian emas putih bernilai AS$220,000 (RM966,750) yang pada mulanya dituntut Rosmah dan syarikat Lubnan Global Royalty Trading SAL.

Bagaimanapun, pada 8 Jun, Rosmah melepaskan tuntutannya dan gelang itu kini disimpan dalam peti besi Bank Negara Malaysia (BNM).

Najib juga memfailkan tuntutan mengenai baki tujuh jam tangan.

Pada 1 September, Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta yang didakwa peguamnya sebagai keputusan ‘tidak pernah berlaku’, malah mengatasi denda RM210 juta dikenakan ke atas Najib dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd. – The Vibes, 3 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Jumpa Beg Tangan Wanita Dipercayai Milik Nur Farah Kartini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad