web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Street Fighter 6 Bakal Menggegar Dunia Permainan Video, Lebih 'Real' Dan Mencabar Dengan 4 Karakter Baharu

Street Fighter 6 ini juga akan memperlihatkan konsep, grafik dan mod permainan baharu yang lebih canggih dan padat serta boleh dimainkan pada konsol PlayStation 4 (PS 4) 4, PS 5, XBox dan juga platform Steam.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 6:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak sah jika generasi yang lahir pada era 80-an dan 90-an tidak mengenali sebuah permainan tumbuk-menumbuk di gelanggang tepi jalanan yang bernama Street Fighter. 

Ia sebuah permainan video yang menjadi fenomena di serata dunia dan masih kekal popular hingga ke har ini apabila sering memaparkan poster karakter terkenal mereka yang menjadi pilihan pemain, antaranya Ryu, Guile, Chun-Li dan banyak lagi.

Kini dengan perkembangan teknologi permainan video, Street Fighter 6 bakal dilancarkan pada 6 Jun. Kali ini, ia akan memperlihatkan konsep, grafik dan mod permainan baharu yang lebih canggih dan padat. Permainan versi keenam ini hanya boleh dimainkan pada konsol PlayStation 4 (PS 4) 4, PS 5, XBox dan juga platform Steam.

Lebih real dan mencabar, terdapat  empat pembaharuan yang dicipta dalam Street Fighter 6.

 

World Tour 

World Tour ialah mod cerita yang akan mengghairahkan pemain di mana anda boleh mencipta avatar mengikut citarasa sendiri untuk menjalankan misi yang perlu diselesaikan, berdasarkan arahan yang diberi.

Ia dicipta untuk mentakrifkan semula skop permainan pertempuran tradisional dengan gabungan elemen RPG (sebuah permainan berperanan) yang akan membuat anda fokus dengan misi-misi yang dijalankan. Konsepnya boleh dikatakan seakan-akan permainan video Grand Theft Auto (GTA).

 

Battle Hub 

Dalam mod Battle Hub (hub pertempuran) pula, anda akan menggunakan avatar ciptaan anda untuk bertarung dengan  pemain lain secara dalam talian di gelanggang perlawanan (Avatar Battles). 

Jadi ia lebih khusus kepada golongan strimer dan mod ini juga merupakan satu-satunya hub gelanggang pertama yang dicipta secara dalam talian untuk berlawan menggunakan teknologi avatar. 

Selain itu, anda juga boleh mencipta ahli kumpulan sendiri dengan memilih karakter atau pemain lain. Jadi, bolehlah anda mencari pemain yang mempunyai titik persamaan ketika beraksi untuk membentuk ahli Street Fighter anda!

 

Medan Pertempuran

Mod klasik ini telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri baharu dan inovatif terhadap gelanggang perlawanan. Ini termasuk kesan bunyi, pergerakan dan mod pertempuran yang lebih canggih dan hebat seperti Extreme Battle.

Malah, anda juga boleh memilih gimik atau gaya tersendiri samada ketika perkenalan karakter sebelum perlawanan atau ketika meraikan kemenangan. Selain itu, ciri- ciri padanan pihak lawan (mod rawak) dan gelanggang turut dipertingkatkan secara besar-besaran untuk diakses dengan mudah.

 

Pendedahan Watak Baharu

Street Fighter 6 telah mendedahkan empat karakter pejuang baharu dan penampilan ini dikhabarkan akan muncul selepas tarikh pelancaran dibuat. Mereka ini adalah Rashid dan A.K.I yang akan muncul pada tahun ini juga, manakala Ed dan Akuma dijangka muncul pada tahun depan. - Getaran, 29 April 2023 

Sumber Foto: Street Fighter.com

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

29 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Gamer Dalam Talian Rugi RM95,700 Ditipu ‘Inspektor Maria’

2

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Virtuos Tubuh Studio Di KL, Sokong Pertumbuhan Sebagai Hab Pembangunan Permainan Video

3

Teknovasi 3 tahun yang lalu

EA Sports Tamat Kontrak Permainan Video Bersama FIFA

4

Teknovasi 4 tahun yang lalu

Xbox Mengumumkan 5 Permainan PC Terbaharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini