web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Xbox Mengumumkan 5 Permainan PC Terbaharu

Baru-baru ini, Xbox telah mengumumkan beberapa lagi senarai permainan PC yang baharu.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Xbox merupakan sebuah jenama permainan video berasal daripada Amerika Syarikat dan kali pertama diperkenalkan pada 2001 melalui peranti konsolnya. 

Jenama ini segera meningkat naik dan terkenal sehingga ia setaraf dengan sebuah produk permainan video keluaran Sony Interactive Entertainment iaitu Playstation. 

Xbox juga menjadi salah satu tanda aras terhadap kemajuan teknologi permainan video yang memaparkan kualiti dari masa ke semasa. 

Ia sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap teknologi peranti dan permainannya dalam beberapa kategori siri yang dikeluarkan. 

Ini bagi memenuhi kehendak pengguna yang datang daripada pelbagai golongan tidak kira umur. Baru-baru ini, Xbox telah mengumumkan beberapa lagi senarai permainan PC yang baharu.

Segmen Teknovasi kali ini berkongsi lima permainan PC tersebut yang dikeluarkan oleh Xbox pada bulan Mei.

Xbox 1

Farming Simulator 22 

Permainan ini menguji kemahiran dalam mencipta ladang mengikut kehendak permainan. Bukan itu saja, pemain juga perlu menyelaraskan ladang tersebut dengan baik agar tanaman yang dibuat tidak mati dan menyebabkan kerugian. 

Selain itu, pada siri kali ini ia telah menambahkan beberapa ciri baharu termasuklah penciptaan rumah hijau dan ladang lebah. 

Kemudian ditambah lagi dengan jentera atau kaedah mengutip hasil dengan lebih moden serta cabaran pelbagai cuaca untuk menguji kemahiran anda bercucuk tanam. 

Permainan video ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada peminat aktivit cucuk tanam kerana segala pergerakan dan kaedah yang digunakan adalah seperti keadaan sebenar di alam nyata.

Xbox 2

Vampire Survivors

Beralih pula kepada permainan video yang lebih ringan dan mudah. 

Vampire Survivor adalah sebuah gambaran serangan menggunakan kuasa, senjata serta kemahiran yang ada pada karakter dalam misi menyelamatkan diri daripada pelbagai bentuk “pontianak”. 

Jika dilihat, ia hanya menampilkan grafik pada tahap yang biasa sahaja dan seperti mainan anak-anak kecil. 

Namun plot dan jalan cerita permainan ini sangat menarik sehingga ia tular di beberapa tempat.

Tidak terlepas, masih terdapat juga sebilangan besar pemain memberikan respon untuk meningkatkan lagi kualiti grafik dan ciri-ciri yang ada dalam permainan ini.

Xbox 3

Her Story

Bagi permainan ini pula, ia lebih sesuai buat individu yang meminati konsep permainan menggunakan pemikiran secara kritikal seperti seorang detektif. 

Ini kerana ia akan memaparkan satu sesi soal jawab polis dengan seorang tahanan wanita. Pemain perlu menilai dan mengesan sama ada siasatan kes jenayah yang sedang dijalankan berunsur penipuan atau tidak. 

Menariknya, penampilan wanita tersebut merupakan penampilan seorang manusia yang sebenar. 

Di samping itu, permainan ini juga dicipta oleh pereka dan penulis filem 'Silent Hill', Sam Barlow. 

Ia memberikan suasana seram dan panik dalam permainan tersebut bagi memberikan pengalaman sebenar menjadi seorang polis penyiasat.

Xbox 4

Sniper Elite 5

Bagi penggemar permainan video berkonsepkan karakter penembak tepat atau digelar “sniper”, siri Sniper Elite 5 ini menjanjikan beberapa peningkatan dan pembaharuan dalam misinya . 

Setiap misi yang perlu diselesaikan oleh pemain sebagai penembak tepat kali ini menjadi lebih sukar.

Sudah pasti dengan menggunakan senjata yang paling hebat, pergerakan karakter yang ditampilkan juga lebih taktikal disamping mempunyai paparan tembakan "headshot” yang lebih menarik. 

Di samping itu, ia memberikan pendedahan peta yang diadaptasi daripada lokasi yang sebenar dengan lebih luas. 

Jadi ia pasti dapat membuat pemain lebih bersemangat untuk menerokai peta tersebut sambil menjalankan misi yang telah ditetapkan.

Xbox 5

Cricket 22

Akhir sekali, permainan video sukan kegemaran negara India dan Pakistan iaitu kriket. 

Permainan ini  mempunyai keluaran dalam pelbagai bentuk dan siri serta mendapat sambutan yang sangat baik oleh pemain. 

Bagi Cricket 22, ia memberikan kualiti gambaran yang lebih tinggi terhadap pergerakan karakter di dalam permainan tersebut. 

Selain  menggunakan resolusi visual 4K, pergerakan pada setiap pemain kriket nampak lebih lancar seperti melihat perlawanan yang sebenar di televisyen. 

Walaupun ia hanya sebuah permainan video, para pemain perlu mengekalkan dan membuat pemantauan prestasi pasukan yang dipilih seperti dalam latihan sebenar. Ia bagi meningkatkan kemahiran setiap pemain untuk memenangi setiap kejuaraan. - Getaran, 25 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 minggu yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi