Berita Terkini

26 minit yang lalu: Media tradisional perlu berinovasi dan berubah, menerima pakai teknologi baharu untuk menghadapi perubahan landskap media - Fahmi 27 minit yang lalu: Malaysia perlukan media bebas, berani bersuara tanpa rasa takut - Fahmi 2 jam yang lalu: Badminton Asia, BAM tandatangan MoU bawa badminton ke tahap lebih tinggi 2 jam yang lalu: Pekerja kuari maut dihempap bongkah batu 10 tan 2 jam yang lalu: Suku akhir Piala FA: Negeri Sembilan FC 1-3 Selangor FC

IKUTI KAMI


Minum Cukup Air Untuk Kekal Hidrat di Bulan Ramadan

Air kosong mampu mengatasi rasa haus ketika berpuasa jika anda mengetahui aturan minum air putih yang betul setelah berbuka puasa.

TARA Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 12:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masalah dehidrasi sering terjadi setiap kali Ramadan tiba. Ramai yang kurang minum air kosong dek kerana asyik menikmati minuman manis ketika berbuka puasa mahupun bersahur.

Tahukah anda bahawa air kosong yang bebas kalori dan gula merupakan pilihan yang paling sihat untuk memastikan badan kekal hidrat ketika berpuasa. Air kosong mampu mengatasi rasa haus ketika berpuasa jika anda mengetahui aturan minum air putih yang betul setelah berbuka puasa.

Sebagai panduan, berikut adalah ‘jadual’ yang boleh diikuti untuk memastikan anda minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas walaupun berpuasa.

  1. Selepas azan Maghrib
  2. Selepas solat Maghrib
  3. Selepas makan
  4. Selepas solat Isyak
  5. Selepas solat Terawih
  6. Sebelum tidur
  7. Sebaik bangun sahur
  8. Selepas sahur

Jumlah = Lapan gelas!

Air kosong mempunyai banyak manfaat kesihatan jika pengambilannya betul. Bukan hanya berfungsi mencegah dehidrasi, tetapi juga mempunyai pelbagai kelebihan lain. Antaranya ialah membantu penghadaman, menyerap nutrisi, mengawal suhu badan, mengawal kalori  dan juga membantu buah pinggang menyingkirkan toksin.

Jadi, jika anda sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan pada Ramadan kali ini, pastikan anda mengambil air kosong yang mencukupi. Bukan payah pun dan tidak memerlukan belanja besar. Namun, jika anda mampu, ingin memudahkan urusan harian dan mahukan air minuman yang berkualiti, anda boleh dapatkan penulen air Core Plus coway yang terbaharu pada ramadan ini.

Penulen air yang baru sahaja dilancarkan ini direka khas bagi menyediakan bekalan air panas, sejuk, dan suhu bilik yang berterusan dengan hanya satu sentuhan mudah, bahkan lembut pada paparan digitalnya.

Dengan kapasiti tangki terbesar di Malaysia iaitu 21.1 liter, sudah pasti ia sangat membantu dalam membuat persediaan berbuka puasa mahupun bersahur sekiranya anda mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai.

Lebih menguntungkan, Core Plus juga merupakan penulen air berdiri Coway yang pertama dilengkapi dengan sistem penapisan 6 langkah dengan penjagaan UV. Bahagian dalamnya yang disinari dengan cahaya ultraungu (UV) memastikan aliran air bebas daripada pertumbuhan kulat serta bakteria, memberikan air minuman yang tulen dan selamat untuk keperluan harian. 

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, di Coway, mereka beroperasi atas prinsip kesihatan dan kemudahan. Mereka mahu semua rakyat Malaysia dapat menikmati air yang terbaik, benar-benar jernih dan bebas daripada kuman dan bahan pencemar berbahaya yang lain.

“Penulen air CORE PLUS yang terbaharu ini memenuhi janji kami kepada pelanggan iaitu pelanggan boleh menikmati ketenangan minda, tidak kira sama ada untuk penggunaan yang tinggi di rumah, mahupun di pejabat. Pelanggan akan sentiasa mempunyai akses kepada air minuman yang bersih,” ujar Choi.

Jadi, jika anda mahukan air kosong berkualiti, bolehlah dapatkan penulen air Core Plus Coway dengan caj bulanan daripada RM139 sebulan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi www.coway.com.my.

Makanan juga main peranan

Selain daripada kurang minum air kosong, pemilihan makanan yang kurang tepat juga merupakan salah satu sebab masalah dehidrasi berlaku. Justeru itu, perhatikan makanan yang diambil sepanjang bulan Ramadan ini.

Lebihkan buah-buahan dan sayuran dalam diet kerana kebanyakan buah-buahan mempunyai kandungan air yang tinggi serta mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan. Antara yang boleh dijadikan pilihan ialah tembikai, timun, salad hijau, strawberi dan betik.

Avokado merupakan pilihan yang bijak kerana buah ini mengandungi banyak lemak sihat yang akan membantu menghidrat kulit. Bahkan, kajian juga mendapati avokado mampu menurunkan kadar kolesterol.

Rakyat Malaysia dengan masakan pedas, berpisah tiada. Makanan pedas selalunya memancing selera, namun ia tidaklah begitu membantu untuk mengekalkan cecair dalam tubuh badan. Sebaliknya, makanan jenis ini menyerap lembapan dengan mengeluarkan haba dari dalam badan.

Bonus buat penggemar yogut,  makanan ini merupakan sumber cecair yang baik untuk menghidrasi tubuh. Tetapi, kena ambil yogut asli, bukan yang berperisa serta mengandungi bahan-bahan lain. Ia juga diperkaya dengan vitamin dan mineral, seperti kalsium, kalium, dan fosforus yang diketahui mampu meningkatkan kesihatan tulang. Pengambilan yogut secara teratur juga mampu menurunkan nafsu makan kerana kandungan cecair dan proteinnya yang tinggi itu. - Getaran, 1 Apri 2023

Foto : Coway (penulen air) & Unsplash

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

01 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Individu Diminta Muhasabah Diri, ‘Setiap Kebaikan, Keburukan Akan Kembali Kepada Kita Sendiri’

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bimbing Kanak-kanak Teruskan Ibadah Meskipun Ramadan Sudah Berakhir

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Saran Umat Islam Berhati-Hati Dengan Varian Baharu COVID-19

4

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Haus, Panas, Dugaan Getir ‘Rider’ Ketika Ramadan, Keprihatinan Pelanggan Bakar Semangat

Sorotan

1

HAWANA 2023: PM Akan Buat Beberapa Pengumuman Penting Berkenaan Hala Tuju Industri Media - Fahmi

2

Rombakan Kabinet Hak Mutlak, Budi Bicara Perdana Menteri - Ahmad Zahid

3

‘Master In The House Malaysia’ Sajian Terbaharu TV3

Disyorkan untuk anda

TARA 21 jam yang lalu

Permainan Dalam Talian, 'Dead by Daylight' Umum Penyertaan Nicolas Cage Sebagai Karakter Baharu

oleh Izwan Ramlan

TARA 1 hari yang lalu

Menyediakan Curriculum Vitae (CV) Merumitkan? - AI CV Maker Sedia Membantu Mereka Yang Ingin Cari Peluang Kerja 

Melalui aplikasi ini, anda tidak perlu bersusah payah untuk menghasilkan CV yang baik kerana AI CV Maker mampu memudahkan tugas anda menghasilkan CV secara digi...

oleh Izwan Ramlan

TARA 2 jam yang lalu

Gunung Sinsing, Ketiga Tertinggi Di Malaysia Berketinggian 2,586 Meter

Gunung Sinsing telah menarik perhatian orang ramai sejak 2018 apabila di uar-uarkan menerusi media sosial sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia dan Borneo...

TARA 15 jam yang lalu

Strok Di Usia Muda Semakin Meningkat! Ketahui Risiko, Simptom Dan Rawatan Untuk Kembali Pulih

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran