web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Toyota Vios Serba Baharu Lebih ‘Sporty’ Dan Garang

Pelancaran Model Baharu Kukuhkan Lagi Kedudukan UMW Toyota Motor sebagai Peneraju Jenama Kereta Bukan Nasional di Malaysia.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 10:00AM

Toyota Vios kali ini menampilkan reka bentuk badan kenderaan yang tampak lebih garang dan “sporty”. - Gambar ihsan UMW Toyota

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Model generasi keempat Toyota Vios yang dilancarkan UMW Toyota Motor baru-baru ini  telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat dunia automotif.

Ini kerana generasi Toyota Vios kali ini menampilkan reka bentuk badan kenderaan yang tampak lebih garang dan “sporty” serta pemasangan teknologi baharu serta prestasi pecutan yang baik.

Vios terbaharu ini juga menggunakan pemasangan teknologi baharu serta prestasi pecutan yang baik. - Gambar ihsan UMW Toyota
Vios terbaharu ini juga menggunakan pemasangan teknologi baharu serta prestasi pecutan yang baik. - Gambar ihsan UMW Toyota

Bahkan kereta jenis sedan subkompak ini turut mencatatkan model popular paling laris dalam pasaran kereta bukan nasional Malaysia dengan lebih setengah juta unit terjual sejak diperkenalkan pada 2003.

Toyota Vios serba baharu ini telah menggabungkan teknologi automotif termaju dengan spesifikasi yang di naik taraf menggunakan Enjin 1.5- liter DOHC Dual VVT-i. Memiliki transmisi 7-kelajuan CVT dengan Sequential Shiftmatic, model ini memberikan pecutan lebih tangkas dan tahap kecekapan bahan api yang lebih baik.

Merujuk kepada Toyota Safety Sense (TSS), model ini memilik ciri keselamatan yang lebih baik menerusi penggunaan teknologi termaju kepada pemandu dan penumpang. Di mana, TSS memberi amaran kepada pemandu mengenai bahaya dan bertindak balas secara autonomi bagi mencegah atau mengelakkan pelanggaran. 

Fungsi baharu yang diketengahkan seperti Paddle Shifters dan Electronic Parking Brake menambahkan lagi kemudahan kepada semua pemandu. - Gambar ihsan UMW Toyota
Fungsi baharu yang diketengahkan seperti Paddle Shifters dan Electronic Parking Brake menambahkan lagi kemudahan kepada semua pemandu. - Gambar ihsan UMW Toyota

Pemandu turut dapat menikmati paparan gred tinggi dan keselesaan yang lebih baik dengan tempat duduk hadapan yang direka bentuk semula untuk posisi pemanduan serta sokongan yang lebih baik dan selesa. Antara fungsi baharu diketengahkan seperti Paddle Shifters dan Electronic Parking Brake menambahkan lagi kemudahan kepada semua pemandu. 

Oleh itu, penulis melihat model Toyota Vios kali ini sangat berbeza dari segi penampilkan, gaya serta prestasi yang lebih mantap berbanding generasi sebelum yang dilihat hanya melakukan beberapa perubahan kecil sahaja. 

Kenderaan Vios Serba Baharu ini juga menawarkan dua varian iaitu 1.5 G (AT) dan 1.5 E (AT). - Gambar ihsan UMW Toyota
Kenderaan Vios Serba Baharu ini juga menawarkan dua varian iaitu 1.5 G (AT) dan 1.5 E (AT). - Gambar ihsan UMW Toyota

Kenderaan Vios Serba Baharu ini juga menawarkan dua varian iaitu 1.5 G (AT) dan 1.5 E (AT) dengan harga bermula RM89,600 dan mempunyai lima pilihan warna dengan Spicy Scarlet.

Toyota Vios Serba Baharu hadir dengan jaminan 5-tahun dan perbatuan tanpa had. Pemilik juga akan menikmati perkhidmatan 24SEVEN Road Assist dan langganan percuma selama tiga tahun Toyota Vehicle Telematics System yang akan memantau lokasi kereta setiap masa. 

Maklumat lanjut, hubungi talian 1-800-8-TOYOTA (1800-8- 869682) atau layari laman sesawang rasmi Toyota untuk bantuan dan maklumat lanjut. - Getaran, 26 Mac 2023 

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

25 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Perodua Axia Baharu Tidak Terjejas Dengan 'Ketidakaturan Prosedur' Ujian Daihatsu

2

TARA 3 tahun yang lalu

Pepsi Perkenal Identiti Visual Baharu Serta Kemas Kini Logo Bulatan Dunia Selepas 14 tahun

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Klasifikasi Filem Baharu Buka Ruang Hasilkan Karya Kreatif, Selari Peredaran Zaman

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Program Baharu Fokus Pembangunan Belia Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi