web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Baharu Fokus Pembangunan Belia Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 11:35AM

Adam Adli berkata tumpuan berkenaan diberikan selaras dengan usaha kementerian dan kerajaan untuk memperkasa golongan belia khususnya dalam bidang sukan serta meningkatkan daya kepimpinan golongan itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Beberapa program baharu yang memberi fokus pada pembangunan kepimpinan belia akan diumumkan dalam masa terdekat ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.

Beliau berkata ia melibatkan program sedia ada yang telah ditambah baik dan dirangka berdasarkan keperluan semasa belia di negara ini.

Katanya, ini termasuk Program Malaysia Future Leaders School di bawah Institut Pembangunan dan Kecermerlangan Kepimpinan (i-LEAD) yang bertujuan melahirkan belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara dan berkeupayaan berperanan di peringkat nasional dan antarabangsa.   

"Kita bukan mulakan terus perkara (program) baharu yang tidak ada asas tetapi kita perbaiki, tambah baik lagi supaya pelaksanaannya seiring dengan zaman.

"Kita akan beri tumpuan terutama sekali pada pembangunan kepimpinan belia dan program belia tidak berpersatuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2023 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang di sini lewat malam tadi. 

Lebih 200 pengunjung hadir pada majlis berkenaan yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang Allex Seah Shoo Chin.

Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata tumpuan berkenaan diberikan selaras dengan usaha kementerian dan kerajaan untuk memperkasa golongan belia khususnya dalam bidang sukan serta meningkatkan daya kepimpinan golongan itu.

Dalam pada itu, sejajar dengan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, beliau berkata Kementerian Belia dan Sukan juga akan bekerjasama dengan pelbagai kementerian lain untuk memperluas pelaksanaan program literasi politik dan demokrasi melibatkan golongan belia.

"Ini adalah satu daripada tanggungjawab kerajaan untuk memperkasa peranan belia khususnya dalam bidang politik," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ayuh Meriahkan Hari Terakhir Program Setahun Kerajaan Madani

4

Sukan 2 tahun yang lalu

KBS Capai 22 Pembaharuan Dalam Tempoh 9 Bulan - Adam Adli

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Politik 15 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad