web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pepsi Perkenal Identiti Visual Baharu Serta Kemas Kini Logo Bulatan Dunia Selepas 14 tahun

Logo baharu tersebut dimodenkan dan lebih berani dengan perkataan serta warna yang berbeza menggambarkan keseronokan tanpa batasan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 7:00PM

Logo baharu (kanan) yang diperkenalkan itu bertujuan memberi penghormatan kepada warisan jenama minuman ini dan terus memandang ke hadapan. - Gambar interactive.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas tempoh 14 tahun, minuman berkarbonat terkenal dunia Pepsi buat kali pertama telah memperkenalkan logo dan identiti visual baharu serta mengemas kini logo bulatan dunia yang ada pada minuman tersebut. 

Menurut Pepsi, logo baharu yang diperkenalkan baru-baru itu dilakukan dengan tujuan untuk memberi penghormatan kepada warisan jenama minuman ini dan terus memandang ke arah masa hadapan yang cemerlang. 

Logo baharu itu telah dimodenkan dan lebih berani menerusi penggunaan perkataan serta warna yang berbeza. - Gambar interactive.com
Logo baharu itu telah dimodenkan dan lebih berani menerusi penggunaan perkataan serta warna yang berbeza. - Gambar interactive.com

Mengingatkan logo versi 1990-an, Ketua Pegawai Pemasaran Pepsi, Todd Kaplan menekankan, logo baharu itu telah dimodenkan dan lebih berani menerusi penggunaan perkataan serta warna yang berbeza.

Perubahan itu dapat dilihat menerusi pengunaan fon baharu serta huruf pada perkataan Pepsi. Dulu ia menggunakan kesemua huruf kecil, tetapi dengan logo baharu ini, semuanya ditukar kepada huruf besar. 

Kaplan berkata Pepsi adalah "jenama berani dan yakin" yang membawa maksud keseronokan tanpa batasan namun ia tidak digambarkan melalui logo terdahulu jenama tersebut, jadi ia perlu ditukar dan memerlukan perubahan.

Tambahnya, sistem visual dan imej baharu itu menggambarkan warisan jenama Pepsi yang terbaik sambil mengambil langkah besar ke hadapan untuk mendapat kejayaan dalam dunia yang semakin digital.

“Bersama-sama dengan warna yang dikemas kini dan reka bentuk baharu tersebut, ia turut memberi gelombang khas Pepsi yang membangkitkan jiwa "riak, pop dan dentuman", jelasnya.

Perbandingan diantara logo lama (kiri) dan logo terbaharu Pepsi. - Gambar interactive.com
Perbandingan diantara logo lama (kiri) dan logo terbaharu Pepsi. - Gambar interactive.com

Menurut Kaplan lagi, pihaknya teruja untuk memulakan era baharu Pepsi kerana penampilan semasa dan moden yang menarik ini akan memacu perbezaan jenama dan muncul dengan lebih besar, berani serta membantu orang ramai mencari cara baharu untuk menikmati perkara yang mereka gemari.

Sementara itu, Ketua Pegawai Reka Bentuk PepsiCo, Mauro Porcini berkata, identiti jenama baharu itu direka bertujuan untuk berhubung dengan generasi akan datang terhadap jenama Pepsi.

“Tambahan lagi di dalam dunia yang semakin digital, reka bentuk Pepsi perlu dicergaskan semula dan berharap dapat memperkenalkan lebih banyak lagi pergerakan dan animasi ke dalam sistem visual serta membuka lebih banyak fleksibiliti untuk Pepsi bergerak dalam ruang fizikal dan digital,” katanya. 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Bagaimanapun perlu diingatkan, minuman berkarbonat ini mempunyai jumlah gula yang tinggi. Jadi, gemar macam manapun anda dengan minuman tersebut, kadar pengambilannya perlu di kawal bagi menjamin kesihatan anda. - Getaran, 2 April 2023 

Sumber dan Foto : interactive.com

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

01 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Hari Kebangsaan: Kedah Guna Logo, Tema Sama Dengan Persekutuan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza Boleh Jejas Perpaduan - Aaron

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Logo Hari Kebangsaan PN Jadi Bahan Lawak, ‘2 Bucu Tambahan Tu Apa Benda?’ 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Logo Baharu Twitter 'X' Diturunkan Dari Ibu Pejabat Selepas Aduan

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi