web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Logo Baharu Twitter 'X' Diturunkan Dari Ibu Pejabat Selepas Aduan

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 11:56AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON -- Syarikat yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter menurunkan logo 'X' dari atas bangunan ibu pejabatnya di San Francisco selepas pihak berkuasa perbandaran menyatakan bahawa papan tanda itu dipasang tanpa permit, lapor Sputnik, memetik NPR.

Jabatan Pemeriksaan Bangunan San Francisco menerima 24 aduan mengenai tanda itu, termasuk kebimbangan mengenai keselamatan struktur.

Menurut aduan yang difailkan pada 28 Julai, seorang wakil syarikat enggan memberi akses kepada pemeriksa dan mendakwa struktur itu adalah tanda bercahaya 'sementara' untuk sesuatu acara.

Percubaan kali kedua bagi memperoleh akses menjalankan pemeriksaan dibuat pada hari berikutnya, tetapi ditolak sekali lagi.

Isnin lalu, majlis perbandaran itu mendakwa Twitter mengalihkan papan tanda asal tanpa permit yang sewajarnya atau tidak memasang penghadang di kaki lima sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan pejalan kaki.

"Pemilik hartanah akan dikenakan bayaran bagi pemasangan struktur bercahaya yang tidak mendapat kebenaran," jurucakap Jabatan Pemeriksaan Bangunan San Francisco, Patrick Hannan memberitahu CNBC.

Minggu lalu, Elon Musk menukar nama dan logo Twitter kepada 'X'. - BERNAMA-SPUTNIK

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Hari Kebangsaan: Kedah Guna Logo, Tema Sama Dengan Persekutuan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza Boleh Jejas Perpaduan - Aaron

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Logo Hari Kebangsaan PN Jadi Bahan Lawak, ‘2 Bucu Tambahan Tu Apa Benda?’ 

4

TARA 2 tahun yang lalu

10 Perkara Mengenai Aplikasi X Yang Anda Perlu Tahu

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad