web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Klasifikasi Filem Baharu Buka Ruang Hasilkan Karya Kreatif, Selari Peredaran Zaman

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 12:04PM

Mohd Dusuki Ya’acob berkata kajian mengenai pindaan klasifikasi filem yang baharu itu telah dibuat sejak 2019, selepas mendapat input daripada penggiat industri tempatan selain menjadikan industri filem global sebagai rujukan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengenalan Klasifikasi Filem 2023 yang baharu oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Lembaga Penapis Filem (LPF), membuka ruang kepada penggiat industri tempatan menghasilkan karya yang lebih kreatif, selari dengan perubahan masa dan teknologi agar tidak ketinggalan.

Pelakon, pengarah dan penerbit Aziz M Osman berkata perubahan yang dibuat itu, adalah mengikut zaman namun masih mengekalkan konsep sama, iaitu menjaga masyarakat terutama di bawah umur daripada didedahkan kepada unsur-unsur yang tidak sihat.

“Pengenalan klasifikasi baharu seperti ‘P12’, ‘13’ dan ‘16’, jelas melindungi kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun, daripada terdedah dengan kandungan filem yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka.

“Ini bukanlah untuk pengkarya semata-mata, tetapi juga masyarakat terutama ibu bapa dalam memastikan generasi muda ini, tidak didedahkan dengan benda yang boleh merosakkan pemikiran dan tingkah laku anak-anak mereka,” katanya kepada Bernama.

Aziz M Osman - Gambar Fail
Aziz M Osman - Gambar Fail

Aziz merupakan antara lebih 100 penggiat industri kreatif tempatan yang hadir pada sesi Taklimat LPF Berkenaan Dengan Pelaksanaan Klasifikasi Filem 2023, baru-baru ini, bagi mendengar lebih lanjut mengenai pelaksanaannya, yang berkuat kuasa sejak 1 Feb.

Pada 1 Februari, KDN melalui LPF menetapkan lima pengelasan atau Klasifikasi Filem 2023 yang baharu, iaitu klasifikasi ‘U’ bagi penonton semua peringkat umur, ‘P12’ bagi penonton semua peringkat umur dan bimbingan ibu bapa diperlukan bagi penonton berumur di bawah 12 tahun, ‘13’ bagi penonton berumur 13 tahun ke atas, ‘16’ bagi penonton berumur 16 tahun ke atas dan ‘18’ bagi penonton 18 tahun ke atas.

Bagaimanapun, Aziz yang juga pemilik Ace Motion Pictures Sdn Bhd itu tetap optimis dalam soal berkarya, dan menyifatkan keterbatasan itu sebagai peluang kepada pengkarya untuk menjadi lebih kreatif.

“Selalunya karyawan dimanjakan dengan benda lumrah, jika adegan bercinta, perlu berpegang tangan atau berpelukan. Tetapi apabila ada batasan, kita akan cuba mencari alternatif, yang kadang-kadang dilihat lebih original dan baik,” katanya yang mengambil contoh industri filem di Iran yang mengamalkan peraturan ketat, namun berjaya mendapat perhatian dunia sehingga memenangi pelbagai anugerah antarabangsa.

Turut senada, pengarah dan penerbit popular Datuk Yusof Haslam, yang berpandangan satu daripada prinsip utama langkah tersebut ialah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terutama ibu bapa, dalam memastikan generasi muda tidak didedahkan dengan perkara negatif.

Yusof Haslam - Gambar Fail
Yusof Haslam - Gambar Fail

“Pertambahan klasifikasi ‘16’ sebenarnya banyak membantu pengusaha filem dan ini satu langkah yang baik dari LPF, demi kepentingan dan kebaikan semua pihak,” katanya.

Pemilik Skop Productions Sdn Bhd ini turut berpendapat, LPF semakin terbuka dalam mendengar pandangan penggiat industri kreatif negara.

“Saya lihat masih ada pertimbangan yang diberi dan jika ada masalah penggiat seni masih berpeluang untuk berjumpa dan berbincang. Ini satu langkah yang baik, dalam usaha memahami apa yang berlaku dalam industri hari ini, terutamanya di dunia digital dan global yang terbuka luas,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi LPF Datuk Mohd Dusuki Ya’acob berkata kajian mengenai pindaan klasifikasi filem yang baharu itu telah dibuat sejak 2019, selepas mendapat input daripada penggiat industri tempatan selain menjadikan industri filem global sebagai rujukan.

“Ada negara-negara luar yang telah menjalankan kajian mengenai klasifikasi filem. Atas alasan itu, kita laksanakan klasifikasi baharu supaya sesuai dengan perubahan masa dan teknologi, agar tidak terkebelakang.

“Kita membuat beberapa kali sesi libat urus dengan penggiat industri kreatif tempatan dan disebabkan itu, tidak banyak persoalan ditimbulkan pada sesi taklimat dijalankan, kerana mereka sudah jelas mengenai pelaksanaan klasifikasi baharu,” katanya.

Bahkan, Mohd Dusuki berkata LPF bersikap terbuka untuk bertemu dan berbincang dengan penggiat industri tempatan, sekiranya menghadapi sebarang permasalahan mengenai pengelasan klasifikasi.

“LPF bersedia pada bila-bila masa sekiranya penerbit dan pembikin filem berhasrat datang berbincang. Bagi filem luar yang masuk ke negara ini, klasifikasi diberi berdasarkan produk akhir yang dihantar manakala untuk penggiat tempatan, syarat mereka lebih longgar. Kita pelawa mereka untuk datang berjumpa dengan membawa produk akhir, seterusnya berbincang soal klasifikasi,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Conan Gray, Penakluk Jiwa Wanita

18 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Perodua Axia Baharu Tidak Terjejas Dengan 'Ketidakaturan Prosedur' Ujian Daihatsu

2

TARA 3 tahun yang lalu

Pepsi Perkenal Identiti Visual Baharu Serta Kemas Kini Logo Bulatan Dunia Selepas 14 tahun

3

TARA 3 tahun yang lalu

Toyota Vios Serba Baharu Lebih ‘Sporty’ Dan Garang

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Filem Mentega Terbang Tiada Dalam Rekod Penapisan LPF

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM5.5 Juta Dalam 4 Hari! Filem Seram Tempatan ‘Polong’ Cetus Fenomena, Gegar Pawagam Seluruh Negara

Polong bukan sahaja berjaya menarik peminat filem seram ke pawagam, malah turut mencetuskan gelombang perbualan di media sosial.

oleh Rahayu MN