web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Puma Lancarkan Koleksi Baru Raya Buat Julung Kali Di Asia Tenggara

Koleksi raya yang pertama bagi Puma di Asia Tenggara ini menampilkan pakaian yang menawan, ranggi dan versatil.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 2:03PM

Seiring dengan peredaran zaman, baju raya kini tidak lagi terhad kepada pilihan tradisional - Gambar ihsan Puma

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila berbicara tentang baju raya, sudah tentu yang terlintas di fikiran ialah pakaian tradisional yang tak tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Baju Melayu, baju kurung dan sepasang kebaya antara yang menjadi pilihan ramai untuk digayakan di pagi raya. 

Seiring dengan peredaran zaman, baju raya kini tidak lagi terhad kepada pilihan tradisional, generasi milenial dan Z contohnya hanya menyarungkan pakaian raya di pagi raya. Menjelang tengah hari ke petang, mereka ini lebih selesa menggayakan pakaian ‘biasa’ yang dianggap lebih praktikal dan memudahkan pergerakan.

Atas sebab inilah, jenama sukan bertaraf global, Puma secara rasminya telah melancarkan koleksi pakaian raya untuk menjadikan sambutan Aidilfitri kali ini lebih istimewa. Julung kali diperkenalkan oleh jenama ini di benua Asia Tenggara, koleksi Hari Raya Puma sudah pun tersedia di semua cawangan Puma mulai 17 Mac lalu. 

Julung kali diperkenalkan oleh jenama ini di benua Asia Tenggara, koleksi Hari Raya Puma sudah pun tersedia di semua cawangan Puma mulai 17 Mac lalu
Julung kali diperkenalkan oleh jenama ini di benua Asia Tenggara, koleksi Hari Raya Puma sudah pun tersedia di semua cawangan Puma mulai 17 Mac lalu

Koleksi yang serba eksklusif ini merupakan sebahagian daripada kempen Memori Aidilfitri oleh Puma yang menggabungkan unsur rekaan Raya berciri ranggi dan klasik. Bukan itu sahaja, koleksi ini juga mengetengahkan rekaan versatil, selain mudah untuk digayakan dan memikat mata yang memandang.

“Di  Puma, kami ingin melakar cerita di setiap sambutan perayaan yang unik, dan pada tahun ini, kami berasa amat teruja untuk memperkenalkan Koleksi Hari Raya PUMA.

“Berlandaskan pendekatan tersebut juga, kami berharap menerusi koleksi Hari Raya yang pertama ini, pelanggan kami dapat mengukir memori indah dan unik bersama insan tersayang sepanjang musim lebaran ini,” ulas Ketua Pemasaran  Puma Asia Tenggara, Eleanor Wang.

“Menggunakan gambaran Puma yang tak lapuk dimakan masa, pereka kami telah menghasilkan rekaan yang tampak segar, menarik dan bersesuaian sempena sambutan Hari Raya. 

“Rekaan koleksi yang serba minimalis adalah umpama sebuah kanvas untuk pemakainya mencipta kenangan baharu di setiap rumah yang dikunjungi atau setiap ahli keluarga dan rakan yang mereka temui.”

“Malah, selepas Hari Raya melabuhkan tirainya, pakaian tersebut masih boleh dipakai untuk acara lain kerana versatilitinya, justeru membolehkan anda terus mengukir kenangan untuk tahun-tahun yang akan datang,” tambah Eleanor lagi.

Koleksi ini mengetengahkan rekaan versatil, selain mudah untuk digayakan dan memikat mata yang memandang
Koleksi ini mengetengahkan rekaan versatil, selain mudah untuk digayakan dan memikat mata yang memandang

Koleksi Hari Raya Puma menampilkan pelbagai rekaan yang tampak sederhana, namun bergaya buat golongan lelaki dan juga wanita, dengan mengutamakan keselesaan tanpa mengkompromikan gaya. 

Rekaan yang longgar menjadi ‘signature’ koleksi berkenaan, memastikan pemakainya dapat menikmati keselesaan dan tarikan fesyen tersebut semasa sambutan Hari Raya. 

Selain itu, kombinasi warna hitam klasik dan pelbagai warna pastel membuatkan pemakai lebih banyak kebebasan untuk memperibadikan busana mereka. Turut menyempurnakan koleksi tersebut adalah kasut sukan (sneakers) Puma Roma Classic Gum, yang tampil kemas, praktikal dan pastinya sesuai untuk dipakai untuk apa jua acara.

Kempen Memori Aidilfitri bukan sahaja memberi peluang untuk pelanggan kelihatan bergaya, tetapi untuk menyuntik semangat Hari Raya. Bagi memeriahkan sambutan Hari Raya, Puma  turut mempersembahkan aktiviti ‘Shop Raya & Get Rewarded’ yang akan berlangsung di outlet  Puma dari  17 Mac hingga 21 April.

Menerusi aktiviti tersebut, peserta dapat memilih sekeping Raya Reward Card, dan di belakang kad tersebut akan ternyata ucapan Hari Raya berserta hadiah menarik yang dimenangi, antaranya baucar beli-belah dan juga barangan  Puma. - Getaran, 19 Mac 2023 

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

18 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Fenty  x Puma Kini Kembali, Rihanna Lancarkan  Avanti

2

TARA 2 tahun yang lalu

‘Sneakers’ Puma Gaya Retro Dan Moden, Ambil Inspirasi Model Porsche 911

3

TARA 3 tahun yang lalu

Kasut Puma Edisi 'Dreams In  Colours' Lambang 3 Dekad Porsche Di Thailand

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Indonesia Digesa Siasat Dalang Serangan Bom Disasarkan Kepada Wartawan JUBI

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini