web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Indonesia Digesa Siasat Dalang Serangan Bom Disasarkan Kepada Wartawan JUBI

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 2:31PM

Victor Mambor ialah ketua JUBI, media alternatif berpangkalan di Papua Barat yang secara konsisten membuat liputan jenayah kemanusiaan di rantau itu - Tankapan layar YouTube

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan enam pertubuhan wartawan di Asia Tenggara mengecam insiden serangan pengeboman yang disasarkan terhadap wartawan kanan Papua Barat, Victor Mambor, baru-baru ini.

Enam pertubuhan itu terdiri daripada Perikatan Wartawan Bebas (AJI Indonesia), Kesatuan Kebangsaan Wartawan Filipina (NUJP), Persatuan Perikatan Wartawan Kemboja (CamboJA), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Gerakan Media Merdeka (Malaysia), dan Persatuan Wartawan Timor Leste (AJTL).

Menurut kenyataan bersama pertubuhan itu, mereka menggesa polis Indonesia menjalankan siasatan terbuka dan teliti untuk mendedahkan dalang di sebalik serangan tersebut dan motif mereka.

“Victor Mambor dan media bebasnya, JUBI menjadi sasaran serangan. Victor ialah ketua JUBI, media alternatif berpangkalan di Papua yang secara konsisten membuat liputan jenayah kemanusiaan di rantau ini.

“Victor sendiri berdepan serangan dalam bentuk penggodaman, gangguan dalam talian dan vandalisme sejak 2021,” katanya, hari ini.

Mereka berkata, siasatan menyeluruh kes jenayah terhadap wartawan adalah tanggungjawab semua negara, yang tanpanya akan membuka jalan untuk pembebasan dari hukuman.

Katanya lagi, pembebasan dari hukuman masih menjadi amalan biasa di Indonesia dan negara lain di seluruh Asia Tenggara.

Untuk rekod, Papua Barat adalah wilayah paling berbahaya bagi wartawan di Indonesia berikutan tahap konflik tertinggi, pelanggaran hak asasi manusia dan sekatan akses kepada maklumat.

“AJI Indonesia merekodkan 114 kes keganasan terhadap wartawannya di Papua Barat dari 2000 hingga 2021.

“Peninggalan keganasan membawa kepada lebih banyak keganasan,” katanya.

Dalam pada itu, gabungan tersebut turut menggesa kerajaan Indonesia memberikan komitmen sepenuhnya bagi menamatkan serangan atau keganasan yang sering disasarkan terhadap wartawan.

Katanya, jenayah tanpa hukuman akan menyebabkan ketakutan dan pembebasan tanpa hukuman yang meluas dan merencatkan demokrasi Indonesia.

Baru-baru ini, media Indonesia melaporkan letupan bom berlaku di pinggir jalan, kira-kira tiga meter dari rumah Victor.

Serangan itu dipercayai ada kaitan dengan laporan ditulis JUBI, media tempatan berpengaruh di Papua yang dipimpinnya.

Ini bukan kali pertama serangan disasarkan terhadap Victor.

Pada April tahun lalu, motosikal Victor yang diletakkan di parkir rumahnya turut dirosakkan individu tidak dikenali. – Getaran, 31 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Peruntukan Tambahan RM1 Juta Tabung Kasih@HAWANA Terus Bela Kebajikan Wartawan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jenazah Wartawan Hiburan Siti Nor Hafiza Tiba Esok

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini