web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fenty  x Puma Kini Kembali, Rihanna Lancarkan  Avanti

Fenty x Puma Avanti, merupakan gabungan bukan konvensional bagi dua ikon Puma yang menyatukan reka bentuk kulit berkualiti tinggi but bola sepak King dengan tapak luar kasut larian warisan, Easy Rider

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 11:47AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ikon global, Rihanna dan syarikat sukan, Puma telah bersama-sama melancarkan secara rasmi francais produk terbaharu mereka. Rihanna kembali menyertai jenama tersebut sebagai Pengarah Kreatif Fenty x Puma dengan kerjasama selama berbilang tahun dan perancangan beberapa pelancaran produk.  

Fenty x Puma kembali dengan menggabungkan warisan dan sejarah mendalam Puma dalam bidang sukan dengan kedudukan ikonik Rihanna sebagai peneraju dalam bidang muzik, budaya dan fesyen. 

Fenty x Puma Avanti, francais kasut pertama daripada kerjasama ini merupakan gabungan bukan konvensional bagi dua ikon Puma yang menyatukan reka bentuk kulit berkualiti tinggi but bola sepak King dengan tapak luar kasut larian warisan, Easy Rider.

Minat Rihanna terhadap bola sepak dan pengaruh besar sukan tersebut di luar padang menjadi titik permulaan bagi francais kasut ini. Kecenderungan Rihanna terhadap gaya klasik ini membuka laluan kepada era baharu kerjasama fesyen sukan dengan Puma.

Di samping itu, adalah penting untuk Rihanna dan juga Puma memastikan pelancaran ini ditawarkan kepada seluruh keluarga dengan menyampaikan satu koleksi yang kelihatan hebat pada kanak-kanak dan juga pada ibu bapa mereka. Dipakai oleh legenda dan kini diadun semula oleh Rihanna sendiri, Avanti turut ditawarkan sebagai kasut uniseks untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

Pada tahun 1968, but bola sepak king Puma yang asal telah dihasilkan dan dipakai oleh ikon seperti Eusebio, Pelé dan Maradona. Pada tahun 1978, miele Puma memulakan francais kasut jogging baharu yang kemudiannya berkembang menjadi Puma Easy Rider. 

Pada tahun 1998, Jil Sander dan Puma telah melancarkan kerjasama fesyen pertama kali yang menggabungkan kedua-dua gaya ini melalui Jil Sander King. Kasut ini menjadi inspirasi kepada reka bentuk Avanti yang kemudiannya dibangunkan oleh Puma pada tahun 2001. 

Kini pada tahun 2023, Rihanna telah menambah bahasa reka bentuk dan elemen kreatif peribadinya, daripada perincian kulit hingga gam tapak luar yang menyerlahkan cita rasa beliau yang tersendiri pada gaya Puma klasik ini. 

"Saya mahu membawa sesuatu yang ikonik dari arkib ke jalan, dan mendiang Pelé yang hebat telah menjadikan kasut Avanti begitu ikonik," ulas Rihanna. 

Ketua Pegawai Produk Puma, Maria Valdes pula berkata, mereka meluangkan masa bersama-sama membuka arkib Puma dan mengenal pasti produk yang tepat yang melambangkan Rihanna.

"Avanti ialah Puma klasik dengan sudut pandangan yang unik dan ikonik. Saya sangat gembira melihat projek ini direalisasikan dan amat teruja untuk melihat apa yang bakal kami hasilkan bersama-sama pada tahun-tahun seterusnya," katanya.

Rihanna dan Puma mempunyai sejarah dalam melancarkan fesyen yang membawa pembaharuan kepada gaya sukan sepanjang hubungan kerjasama mereka – bermula pada tahun 2015 dengan Creeper yang ikonik. 

Rihanna dan Puma telah melancarkan beberapa koleksi kasut dan pakaian sepanjang tahun 2015 – 2018 yang merangkumi kasut getah Fenty X Puma, sandal bulu Fenty X Puma dan banyak lagi. 

Dengan empat pertunjukan fesyen di New York dan juga Paris, Fenty x Puma bertindak sebagai pemangkin kepada kesan dan kerelevanan jenama Puma sepanjang dekad yang lalu. 

Fenty x Puma Avanti boleh didapati di seluruh dunia di www.puma.com dan peruncit terpilih bermula 15 September 2023. Pengeluaran Avanti kedua akan menyusul pada musim luruh ini. - Getaran, 9 September 2023

Foto : Fenty x Puma

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

‘Sneakers’ Puma Gaya Retro Dan Moden, Ambil Inspirasi Model Porsche 911

2

TARA 3 tahun yang lalu

Kasut Puma Edisi 'Dreams In  Colours' Lambang 3 Dekad Porsche Di Thailand

3

TARA 3 tahun yang lalu

Puma Lancarkan Koleksi Baru Raya Buat Julung Kali Di Asia Tenggara

4

Selebriti 4 tahun yang lalu

Lahirkan Putera Sulung, Rihanna Selamat  Bergelar Ibu!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini