web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kasut Puma Edisi 'Dreams In  Colours' Lambang 3 Dekad Porsche Di Thailand

Puma dan Porsche telah mengadakan kerjasama untuk mengeluarkan kasut 'Dreams in Colours' edisi terhad dengan warna yang diinspirasikan daripada model Porsche 911 Carrera GTS.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 4:13PM

Setiap satu warna melambangkan hari dan maksud tertentu dalam budaya Thailand serta tanda hormat kepada kerajaannya. - Gambar Puma

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memperagakan pakaian sukan bersama kereta mewah sudah dilihat sebagai suatu bentuk tren dan fesyen yang ditonjolkan oleh sesetengah pemilik kenderaan mewah.

Ada yang nampak garang atau ranggi dan ada juga yang dilihat tidak sesuai bergantung pada reka bentuk sesebuah kereta dan pakaian tersebut. 

Koleksi ini telah dirasmikan di sebuah karnival kasut di Bangkok serta beberapa premis Puma Thailand baru-baru ini dan ia merupakan sebahagian daripada koleksi kasut kategori kaleidoskop.
Koleksi ini telah dirasmikan di sebuah karnival kasut di Bangkok serta beberapa premis Puma Thailand baru-baru ini dan ia merupakan sebahagian daripada koleksi kasut kategori kaleidoskop.

Bagi menampilkan kesesuaian barangan sukan dipakai oleh pemilik kereta mewah, baru-baru ini jenama barangan sukan olahraga Puma dan jenama kenderaan Porsche telah mengadakan kerjasama dengan mengeluarkan kasut 'Dreams in Colours' edisi terhad. 

Koleksi ini telah dirasmikan di sebuah karnival kasut di Bangkok serta beberapa premis Puma Thailand baru-baru ini dan ia merupakan sebahagian daripada koleksi kasut kategori kaleidoskop.

Kerjasama ini diwujudkan sempena sambutan tiga dekad Porsche di bumi Thailand. Tempoh tersebut menunjukkan bahawa Thailand merupakan salah satu negara yang mempunyai jumlah bilangan peminat yang tinggi terhadap kereta mewah ini.

Kereta tersebut mempunyai tujuh varian warna iaitu kuning dan hijau lampu isyarat, merah bintang ruby, jingga pastel, biru riviera, ultra violet dan merah api. - Gambar Porsche
Kereta tersebut mempunyai tujuh varian warna iaitu kuning dan hijau lampu isyarat, merah bintang ruby, jingga pastel, biru riviera, ultra violet dan merah api. - Gambar Porsche

Berbalik kepada kasut, koleksi ini diinspirasikan daripada model Porsche 911 Carrera GTS. Kereta tersebut mempunyai tujuh varian warna iaitu kuning dan hijau lampu isyarat, merah bintang ruby, jingga pastel, biru riviera, ultra violet dan merah api.

Setiap satu warna melambangkan hari dan maksud tertentu dalam budaya Thai serta tanda hormat kepada kerajaan Thailand.

Oleh itu, warna keluaran Porsche 911 Carrera GTS tersebut diterapkan pada kasut Puma ini dan ia menjadi lambang kepada negeri Thailand yang telah menjadi pengimport rasmi Porsche sejak 1993. 

Bukan itu sahaja, sebanyak 1,993 unit kasut sahaja akan dikeluarkan menerusi kerjasama ini bagi menunjukkan betapa eksklusifnya keluaran pada kali ini.

Malah, beberapa butiran edisi terhad turut diberi kepada setiap pembelian termasuk nombor siri koleksi, logo '911' pada tab tarik belakang kasut, kotak kasut edisi khas dan satu set aksesori tambahan eksklusif menjadikan koleksi ini bertambah rare!

Ternyata gabungan dua jenama gergasi ini merupakan satu bentuk penghormatan terhadap kedua-dua pihak dengan harapan setiap langkah yang diambil dalam mencipta kasut ini menjadi ungkapan serta sejarah kepada setiap pemilik kasut Puma ini. - Getaran, 4 Jun 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

03 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alahai Bro, Ukurlah Baju Kat Badan Sendiri!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Malang Tidak Berbau, 2 Motosikal Jadi Mangsa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kakak, You Kena Bawak 4WD Baru Boleh Naik Divider!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Porsche Remuk Langgar Tiang Lampu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini