Berita Terkini

1 jam yang lalu: 5 individu nyaris maut pokok tumbang hempap kenderaan 1 jam yang lalu: Agong nasihat umat Islam elak bazir makanan di bulan ramadan 1 jam yang lalu: MBA gesa kerajaan percepat program biodiesel B20 di seluruh negara 1 jam yang lalu: Cadangan MRSM berbayar, kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini 1 jam yang lalu: Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM

IKUTI KAMI


Ulang Tahun Ke-5 PUBG Perkenalkan Mod Baharu Binaan Serba Baharu ‘World of Wonder’

Pengumuman ‘World of Wonder’ dengan mod binaan percuma ini memberikan peluang kepada pemain untuk beraksi tanpa had.

TARA Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 8:14AM

Pencipta 'World of Wonder' mampu mencipta pengalaman yang meliputi pelbagai pilihan genre permainan termasuk Perlumbaan Senjata, Perlawanan Kematian, Perlumbaan, Battle Royale dan banyak lagi - Gambar Nation PR Team

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUBG MOBILE atau PUBG adalah salah satu permainan mudah alih yang menjadi fenomena dunia sejak 2019 sehingga kini. 

Berpuluh-puluh jenis senjata (asli) dan banyak lagi ciri-ciri terbaharu telah diperkenalkan dalam online game ini. Ia bukan sahaja berjaya menarik perhatian pengguna telefon pintar, bahkan turut dipertandingkan di pentas dunia seperti Sukan Olimpik (E-Sukan).

Sedar tak sedar, permainan ini sudah masuk ulang tahun yang ke-5 dan bagi meraikannya, PUBG dengan kemas kini Versi 2.5 telah menyertakan mod binaan serba baharu iaitu 'World of Wonder'. Ia membolehkan pemain mencipta permainan kandungan sendiri daripada mod hinggalah pembinaan peta.

Selain itu, terdapat beberapa ciri baharu seperti kawasan, barangan dan ganjaran baharu yang turut diperkenalkan.  Mod Payload dan Metro Royale juga telah dikemas kini, dan Cycle 4 Musim 11 serta Royale Pass Bulan 21 akan membawa pelbagai item baharu untuk dimiliki.

Pengumuman 'World of Wonder' dengan mod binaan percuma ini memberikan peluang kepada pemain untuk beraksi tanpa had. 

Dalam peringkat ujian 'World of Wonder' yang seterusnya, medan pertempuran juga turut dinaik taraf menjadi taman permainan arkitek dengan empat landskap baharu iaitu Erangel, Bird's Perch, Coral Reef, Jade Realm.

Anda boleh membina latar langit dengan objek, bahan dan jenis bangunan yang berbeza menggunakan pelbagai alatan yang direka khas untuk menyalin, memadam, memutar, mengezum dan banyak lagi.

Dalam pada itu, pencipta 'World of Wonder' juga mampu mencipta pengalaman yang meliputi pelbagai pilihan genre permainan termasuk Perlumbaan Senjata, Perlawanan Kematian, Perlumbaan, Battle Royale dan banyak lagi.

Kemas kini Versi 2.5 yang diperkenalkan ini turut memberi peluang kepada pemain untuk mengubahsuai multimap Imagiversary! 

Ia turut hadir dengan beberapa item baharu iaitu Block Cover warna warni yang mampu memberikan perlindungan daripada tembakan atau menjadikannya sebagai jambatan. Supply Converter pula membantu mengubah cadangan menjadi item lama atau item baharu dan Trampolin Portable mampu terbangkan pemain, manakala Dual-Purpose Cannon pula untuk menerbangkan apa yang tidak mampu dilemparkan. 

Dengan kehadiran empat item baharu ini, pemain boleh mengucapkan selamat ulang tahun kepada battle royale dengan menuju ke dua Plaza Imaginasi baharu di Erangel dan bersaing untuk mendapatkan peti ganjaran. - Getaran 19 Mac 2023 

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

18 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 bulan yang lalu

Rai Ulang Tahun Ke-15, Suria FM Nak Bawa Pendengar Berlayar Di Atas Kapal Mewah 

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Happy Covid Birthday Datuk Zainal – Penyanyi Lagu 'Hijau' Disahkan Positif Di Hari Ulang Tahun Kelahirannya Hari Ini

3

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Konsert Ketiga GV9 – Haida Tersingkir, Shila Amzah Juara, Nabil Sambut Ulang Tahun, Kak Lina ‘Meliar’

4

Muzik 6 bulan yang lalu

Kalah Konsert Billie Eilish! Dewa 19 Buat Gila, Trending 3 Hari Di Malaysia

Sorotan

1

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

2

Batal Pengecualian Cukai: Dakwa Muhyiddin Berniat Jahat, Guan Eng Lapor Polis

3

Pemuda UMNO Lapor Polis Pembukaan Kelab Pamer Thai Hot Guy, ‘Cukup-Cukuplah’