web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penyanyi Jazz, Julie Sudiro Kembali Ke Rahmatullah Akibat Komplikasi Paru-Paru 

Berita sedih mengenai pemeergian Allahyarham Julie Sudiro telah dikongsikan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 7:08AM

Julie Sudiro, 80, meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan penghibur jazz lagenda tempatan, Datin Paduka Julie Sudiro, 80, telah meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru. 

Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya itu di  di Hospital UiTM Puncak Alam, kira-kira jam 9.30 malam tadi. 

Berita sedih mengenai pemeergian Allahyarham Julie Sudiro telah dikongsikan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez.

“Saya betul-betul sedih menerima berita kehilangannya, Secara peribadinya beliau bagaikan kakak saya dan sering membimbing kami warga Karyawan didalam pelbagai perkara.

Lebih 15 tahun beliau menjadi ahli jawatankuasa dan setiausaha kehormat kami. Ini kehilangan yang amat besar juga buat industri seni tanahair “ jelas Freddie. 

Datin Julie Sudiro atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro dilahirkan pada 26 Februari 1945 merupakan antara penghibur tanah air prolifik yang memulakan kerjaya seni sejak awal remaja dan merakamkan pelbagai lagu dalam bahasa inggeris dan melayu serta pernah mengadakan persembahan di beberapa benua dunia dengan kumpulannya The Emeralds.

Julie Sudiro menempa nama yang agak ekslusif didalam industri tempatan dan dianggap sebagai diva didalam nuansa muzik keroncong dan Jazz yang bukan sahaja dikenali di Malaysia dan Singapura malah dunia. 

Beberapa tahun kebelakangan ini beliau sangat aktif mengadakan pelbagai kelas Al-Quran bagi mengisi masa disamping adakalanya menerima jemputan mengadakan persembahan.

Jenazah akan dibawa esok ke Masjid Darul Ehsan Subang Jaya pada jam 11 tengahari esok dan dijangka akan dikebumikan selepas solat zuhur.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Julie Sudiro. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya serta mengampunkan segala dosa-dosanya serta menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah – Getaran, 5 Februari 2023 

Isu Pada

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah

04 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

2

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

3

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

4

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

5

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

6

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan