web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Poetic Spring Garden Pamerkan Keindahan Seni Kaligrafi Cina  

Pameran Tahun Baru Cina tersebut mempersembahkan kaligrafi tradisional dengan kejutan yang menakjubkan. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 2:00PM

Chinatown KL mempersembahkan keunikan dan kemeriahan pameran kaligrafi tradisional Cina yang lebih berani dan tidak konvensional. - Gambar oleh Chinatown KL

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena Tahun Baru Cina kali ini, Kwai Chai Hong, Chinatown KL mempersembahkan keunikan dan kemeriahan pameran kaligrafi tradisional Cina yang lebih berani, tidak konvensional serta memaparkan bentuk bebunga dan dedaunan yang bersaiz besar di celah-celah jalan yang penuh bersejarah di Chinatown Kuala Lumpur. 

Bertemakan ‘Poetic Spring Garden’ (Taman Musim Bunga Puitis), Kwai Chai Hong dengan kerjasama artis tempatan, Jaemy C, mengimaginasikan semula kaligrafi Cina menerusi olahan kerja seni dan visual yang hidup dan lebih eksotik. 

Diinspirasikan oleh tahun Arnab Air, Jaemy mempersembahkan karya seni bertajuk ‘Wet Hot Spring Thing’ yang dipenuhi dengan mesej tersirat untuk ditafsirkan oleh para pengunjung. 

Diinspirasikan oleh tahun Arnab Air, Jaemy mempersembahkan karya seni bertajuk ‘Wet Hot Spring Thing’ . - Gambar Chinatown KL
Diinspirasikan oleh tahun Arnab Air, Jaemy mempersembahkan karya seni bertajuk ‘Wet Hot Spring Thing’ . - Gambar Chinatown KL

“Kwai Chai Hong sentiasa menjadi pemangkin kepada usaha mengekalkan nilai kebudayaan di samping meraikan kemodenan. Sempena Tahun Baru Cina ini, kami ingin mendefinisikan semula status quo dalam aspek kebudayaan dan kesenian, sekali gus memecahkan sempadan yang memisahkan antara yang baru dengan yang lama.”

“Menyedari bahawa generasi muda lebih mudah tertarik dengan idea menelusuri semula warisan dan tradisi, konsep Poetic Spring Garden dan seni kaligrafi berus oleh Jaemy menyasarkan usaha memperkenalkan tradisi tersebut melalui bahasa universal seperti seni visual,” ulas rakan kongsi pengurusan Bai Chuan, Zeen Chang.

Saksikan juga sentuhan berjudul Fairy Surrounded by Blossom. - Gambar oleh Chinatown KL
Saksikan juga sentuhan berjudul Fairy Surrounded by Blossom. - Gambar oleh Chinatown KL

Jika anda belum pernah melawat pameran seumpamanya, pameran ini pasti membuka mata anda tentang keindahan warisan tradisional yang tak lapuk ditelan zaman ini. 

“Kita boleh berjalan seiringan dengan arus pemodenan tanpa perlu mengorbankan tradisi dengan mewujudkan titik persamaan antara masa silam dengan masa hadapan. Perkara inilah yang sentiasa diterapkan dalam DNA Kwai Chai Hong.

“Saya berasa sangat teruja untuk bekerjasama dengan Kwai Chai Hong kerana kami sama-sama berkeyakinan dengan usaha pemuliharaan budaya yang telah wujud sejak sekian lama dan mempunyai nilai yang tersendiri.”

Jaemy C, mengimaginasikan semula kaligrafi Cina menerusi olahan kerja seni dan visual yang hidup dan lebih eksotik. - Gambar oleh Chinatown KL
Jaemy C, mengimaginasikan semula kaligrafi Cina menerusi olahan kerja seni dan visual yang hidup dan lebih eksotik. - Gambar oleh Chinatown KL

“Pameran ini merupakan manifestasi kepada identiti kami yang unik, menyerlah, berani dan tidak bersifat konvensional. 

“Diharapkan pameran ini dapat berinteraksi secara meluas dengan khalayak yang berbeza dari segi budaya dan bahasa serta turut berkongsi penghayatan yang sama terhadap bentuk seni masyarakat Cina dan simbol perayaannya,” ulas seorang artis yang turut terlibat, Jaemy C.

Pameran ‘Poetic Spring Garden’ dengan bangganya ditaja oleh Yes 5G. Kwai Chai Hong akan dibuka kepada orang ramai setiap hari dari 9 pagi hingga 12 tengah malam. Pameran seni ini akan berlangsung sehingga 12 Februari hadapan. 

Kwai Chai Hong Wonderland - Gambar oleh Chinatown KL
Kwai Chai Hong Wonderland - Gambar oleh Chinatown KL

Silalah luangkan masa ke tarikan ini sendainya anda masih tidak punya rancangan untuk meraikan Tahun Baharu Cina bersama insan tersayang. 

Datanglah dalam persalinan terbaik dan ambil gambar bersama keluarga dan teman-teman sepuas-puasnya. Ada banyak ‘spot’ menarik untuk dijadikan latar belakang. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari laman sesawang www.kwaichaihong.com. - Getaran, 14 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Budaya 1 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 2 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 1 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh