Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Kebangkitan' Farid Kamil

Tahun 2023 boleh dianggap sebagai tahun kebangkitan buat Farid Kamil, ikuti perkongsian aktor ini tentang ‘reformasi’ perjalanan kerjaya seninya, impian serta inspirasi untuk terus bertahan dan kekal relevan dalam industri perfileman tanah air dan antarabangsa. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 10:00AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak dia kembali aktif menjalani penggambaran untuk filem Telaga Suriram terbitan Nuansa Pictures Sdn Bhd pada awal tahun lalu, penulis sudah berhasrat untuk menjadikan dia sebagai penghias wajah TARA. 

Hasrat itu diluahkan lewat ruang komen Instagram milik aktor Indonesia, Fauzi Baadila. 

“In Sha Allah (jika diizinkan Tuhan),” jawabnya ringkas. 

Bermula dengan Telaga Suriram, kerjaya seni Farid dilihat semakin rancak apabila sekitar awal November lalu, dia dilaporkan sedang sibuk membintangi sebuah filem berjudul Anwar, iaitu kisah perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menentang gejala rasuah, yang berlatarbelakangkan set masa dari tahun 1993 hingga 1998. 

Menerusi filem tersebut, Farid telah menjadi pilihan produksi Bianglala Entertainment daripada Indonesia untuk memegang watak sebagai tokoh politik tersebut.

Pada penghujung November, filem Remp-it 2 yang merupakan lakonan, arahan serta terbitannya yang pertama di bawah syarikat produksinya sendiri pula ditayangkan di seluruh pawagam tempatan tanah air.

Dalam tempoh Rempt-it 2 ditayangkan di seluruh panggung tempatan, Anwar pula telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 dalam Kerajaan Perpaduan dan ia dilihat sebagai laluan mudah untuk filem Anwar ditayangkan di Malaysia. 

Ya, 2022 boleh disifatkan sebagai tahun yang cukup baik dan menarik buat Farid biarpun ketika itu dia masih lagi terpalit dengan kontroversi lama dan momentumnya ini juga dilihat akan terus berlanjutan pada tahun ini. 

Justeru itu, wajar sekalilah mengatakan 2023 akan menjadi tahun kebangkitan buat aktor yang sudah membintangi hampir 100 filem di layar perak ini. 

Apabila tim Getaran meluahkan semula hasrat kepada Farid untuk menjadikannya penghias wajah TARA bagi pembuka tahun ini atas sebab-sebab di atas, akhirnya suami kepada aktres Diana Danielle ini mengalah demi menunaikan janji.  

Saat Farid tiba di studio, dia mengakui bahawa dia sudah lama tidak lama menjayakan sebarang sesi fotografi. 

“Sudah enam tahun saya tak buat sesi fotografi. Kali terakhir dengan sebuah majalah fesyen lelaki. Saya pun dah lupa macam mana nak ‘pose’,” katanya sambil memberikan senyuman yang kacak.

Namun, dia adalah Farid Kamil! Walaupun pada awalnya, dia nampak kekok untuk membiasakan diri semula dengan lensa kamera dan suasana fotografi di studio, tapi lama-kelamaan dia dapat beradaptasi semula serta nampak selesa dengan pose-pose bersahaja. 

Mahu Terbang Lebih Tinggi Di Tahun 2023 

Usai sesi fotografi, Farid sambil berbual santai memberitahu bahawa perancangan untuk kerjaya seninya adalah untuk terbang lebih tinggi. 

“Setinggi mana perancangan saya untuk terbang, ia tetap juga bergantung kepada apa hendak yang saya lakukan. 

“Sudah pada tahun ini, saya ternanti-nantikan untuk filem Anwar ditayangkan di Malaysia, Indonesia serta kemungkinan tayangan sedunia. 

“Itu adalah doa saya 10 tahun yang lepas, di mana satu tahun nanti akan akan ada satu pembaharuan di dalam kerjaya seni saya serta  peta geografi politik Malaysia,” katanya. 

Dia juga turut berkongsi beberapa tawaran filem yang bakal dijayakannya. Antaranya adalah filem tentang jaguh badminton negara, Rashid Sidek daripada produksi tempatan serta sebuah filem aksi terbitan syarikat produksi di Indonesia. 

“Filem tentang Rashid Sidek adalah suatu tawaran yang menarik dari sudut perwatakan, apatah lagi beliau memegang status juara Piala Thomas. 

“Manakala, filem aksi Indonesia pula adalah sebuah lagi filem antarabangsa yang bakal menampilkan beberapa pelakon dari tiga negara iaitu Christine Hakim dan Reza Rahadian mewakili negara tersebut, saya daripada Malaysia dan seorang lagi pelakon dari negara Jepun. 

“Tawaran secara mulut telah saya terima waktu menjayakan filem Anwar di sana (Indonesia) dan perancangannya memerlukan persiapan yang panjang. 

“Ia adalah sebuah filem berdasarkan kisah benar. Kalau Christine Hakim sendiri mahu terlibat, pastilah ia sebuah naskhah filem yang bagus,” tuturnya. 

Selain itu, kata Farid, perancangan pada tahun ini juga adalah untuk membawa filem Remp-It 2 ditayangkan di Indonesia. 

“Waktu berada di sana, saya telah menunjukkan trailer Rempit-it 2 kepada orang-orang di sana dan bertanya apakah filem ini mampu diterima untuk pasaran sana. Mereka kata sangat boleh diterima kerana setakat ini, mereka tidak mempunyai filem yang bergenre aksi permotoran 

“Ini juga akan menjadi pengalaman baharu saya sebagai penerbit, apabila kita dapat menyeberang ke Indonesia dan meluaskan pasaran Rempt-it 2 ke sana,” jelasnya.  

Cenderung Dalami Ilmu Perfileman Di Indonesia 

Sepanjang perbualan dengannya itu juga, Farid kelihatan cukup cenderung untuk meluaskan sayap kerjaya seninya di Indonesia. Apabila ditanyakan hal itu, dia tersenyum. 

“Apabila buat kali pertama saya terlibat dalam filem Anwar, seratus-peratus sebagai pelakon utama, dan berada di dalam lingkungan mereka, saya dapati perbezaan yang sangat ketara dari sudut persiapan, pembikinan dan cara buat filem. Saya dapati di Indonesia, mereka benar-benar menghargai sesebuah naskhah dan naskhah itu pula dihasilkan dengan begitu teliti.  

“Perbezaan itu membuatkan industri Malaysia ketinggalan selama 5 tahun di belakang mereka dari aspek, pembikinan dan segala-galanya. 

“Secara tidak langsung, memberikan satu dimensi atau visi baru buat saya sebagai sebagai seorang aktor, pengarah dan penerbit.  

“Ia membuatkan saya cenderung untuk mempelajari cara mereka bekerja dan hasilkan filem kerana mereka ada kelebihan tersebut dan pada masa yang sama, ia membuatkan saya rasa tertarik untuk bekerjasama dengan mereka lagi selepas ini,” katanya.

Farid juga akui sebelum mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di UiTM, dia mempunyai cita-cita untuk belajar di institut kesenian di Jakarta. 

“Saya pun dengar ketika itu, banyak pelakon Malaysia yang belajar di sana dan jadi pengarah-pengarah hebat di Malaysia. 

“Tapi, impian itu didorong oleh perkara lebih menarik untuk dapat Ijazah Sarjana Muda Seni Layar di UiTM, sekaligus membuatkan impian itu terpadam begitu sahaja. 

“Tetapi, keinginan untuk digandingkan dengan pelakon Indonesia, memang sudah lama menjadi impian saya. Akan tetapi, setiap cita-cita dan impian seharusnya mempunyai masa yang tepat untuk kita berada pada situasi tersebut. 

“Alhamdulillah, walaupun tak kesampaian minat untuk sambung belajar di sana tapi akhirnya saya dapat juga peluang untuk bekerjasama dengan mereka. Itu mungkin satu doa yang termakbul dan penantian selama 20 tahun itu akhirnya berhasil,” hurainya.

Tak Mahu Korban Kerjaya Lakonan Walau Jadi Penerbit Filem 

“Saya melihat aktor yang berjaya di Malaysia dan seterusnya menjadi penerbit filem adalah Datuk Yusof Haslam. Beliau adalah seorang bintang lagenda yang berjaya tempatkan diri sebagai penerbit filem selepas era zaman berlakonnya dikurangkan. 

“Ia membuatkan saya sedar bahawa seorang bintang juga boleh menjadi penerbit tetapi pada pada waktu yang sama dia harus korbankan kerjaya lakonannya. 

“Ketika saya memikirkan perkara itu, umur saya baru sahaja mencecah 20-an. Waktu itu saya masih muda dan masih bersemangat untuk mencari watak yang mampu mencabar minda dan kelakuan saya sebagai seorang pelakon. 

“Pada masa yang sama, saya tanamkan azam pada diri saya bahawa jika saya terbitkan filem suatu hari nanti, saya juga akan berlakon dalam filem itu,” dedahnya. 

Namun, ia membuatkan Farid menyedari bahawa perlu adanya keseimbangan antara kerjaya lakonan dan penerbitan filem supaya apa yang diinginkannya itu akan berhasil. 

“Saya tidak mahu korban kerjaya lakonan saya semata-mata untuk menerbitkan filem yang orang lain berlakon. Pada saya ia bukan satu pemikiran yang up to date

“Kalau kita tengok filem Hollywood, ada aktor yang jadi eksekutif produser untuk sesebuah filem tetapi tetap pegang watak utama. Perkara itu membuatkan saya terfikir untuk merealisasikannya di dalam Rempt-it 2 - berlakon dan menerbit. 

“Memang ia sukar dan bukan kerja yang senang, Saya sendiri akui tetapi Alhamdulillah ketika ia ditayangkan di pada 2022, saya tetap juga seorang pelakon yang masih lagi berada di pasaran. Ia juga meletakkan saya, Farid Kamil di level yang berbeza,” katanya. 

Rempt-it 3 Bersama Faizal Hussein, Tidak Mustahil!

Filem Rempt-it 2 telah mengembalikan semula dirinya dengan watak ‘Madi’ dan perseteruan lama dengan ‘Spark’ serta kehidupan kelompok Mat Rempit yang sudah beralih ke dunia permotoran profesional itu.  Ia telah berjaya mencatatkan kutipan ‘pecah panggung’. 

Apa yang menarik, penghujung filem ini mempunyai ‘cliff hanger’ dengan kemunculan aktor lagenda, Faizal Hussein sebagai penampilan khas dan ramai yang meneka-neka bahawa ada kemungkinan Remp-it 3 akan menyusul. 

Ulas Farid, sebagai seorang pelakon, adakalanya dia sendiri menghadapi kesukaran untuk mendapatkan ruang bersama pelakon-pelakon idamannya termasuk Faizal Hussein dalam satu frame. 

“Jadi, apabila saya terbitkan Rempt-it 2, sekurang-kurangnya, saya dapat masukkan Faizal Husein dalam tersebut. Ia sudah memadai bagi saya. 

“Akhirnya, apabila memasukkan Faizal di dalam filem itu, impaknya jadi berbeza. Terus terdetik di di pemikiran saya, Rempt-it 3 - seharusnya Madi berlumba dengan Roy yang dijayakan Faizal dalam Gila-Gila Remaja

“Perkara itu bukan mustahil. Ia boleh terjadi. Sebab Faizal masih lagi menunggang motosikal sampai sekarang. Itu merupakan hobinya dalam kalau kita lihat dalam kebanyakan filem tentang permotoran, pasti ada dia. 

Remp-it 3 kita boleh pertimbangkan andai Faizal Hussein aka Roy sudi berlumba dengan Madi,” katanya sambil tersenyum lebar. 

2022 Tahun Reformasi Farid Kamil 

Mengimbas tahun 2022 yang baru sahaja ditinggalkan sejak seminggu lalu, Farid berkata, dia dapat menyimpulkan bahawa ia satu tahun reformasi buat dirinya. 

“Saya ingin melihat perubahan dan pembaharuan dalam diri saya dan semua itu saya lakukan pada tahun lalu. Secara tidak langsung, ia turut mencetuskan reformasi terhadap pemikiran dan hala tuju Farid Kamil pada masa hadapan. 

“Saya mahu suatu hari nanti, bila orang sebut nama Farid Kamil di Indonesia, mereka kenal bahawa ini adalah pelakon Malaysia yang popular di sana. Itu adalah perjalanan yang saya impikan,” bicaranya. 

Dia juga turut menzahirkan rasa syukur kerana telah dipertemukan dengan seorang insan yang mulia dan baik hati yang dianggap sebagai seorang abang. 

“Apa yang berlaku pada saya membuatkan saya hilang percaya kepada orang. Tapi, dia membuatkan saya percaya kepada diri saya sendiri dan menyedarkan saya bahawa masih ada orang yang boleh dipercayai di dunia ini. 

“Tuhan bagi saya setahun. Awal tahun saya jumpa dia, akhir tahun dia meninggal dunia. Benda itu, kalau Allah tak hantar ia tidak akan sampai. Saya tidak sangka ia satu anugerah. Dia benar-benar menjaga saya dan saya boleh katakana dia ibarat seorang wali,” katanya. - Getaran, 14 Januari 2023

DI SEBALIK PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Farid Kamil  

Editor Gaya Hidup & Hiburan : Ellyna Ali 

Teks & Penyelaras : Ellyna Ali   

Suntingan Teks : Suzan Ahmad 

Solekan & Dandanan: Amy Hadiz Ahmad 

Penata Gaya: Dean Ishak 

Reka Letak : Abdul Hanif Zahari

Lokasi: Ramza Studio 


 

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

14 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

2

Selebriti 7 bulan yang lalu

Farid Kamil Beri Bayangan Rujuk Semula Dengan Diana Danielle

3

Selebriti 8 bulan yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

4

Selebriti 8 bulan yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Capai Kata Sepakat

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi