Berita Terkini

4 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Koh Samui Untuk Pencinta Percutian Pantai

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di Koh Samui ialah selam skuba dan snokeling, kelililing pulau dengan skuter dan menyaksikan matahari terbenam di deretan kafe di pantai.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 2:00PM

Pantai indah nan tenang di Koh Samui - Gambar Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menginjak ke penghujung tahun, pasti ramai yang mula berkira-kira untuk merehatkan diri daripada bebanan tugas yang menyesakkan. Memilih destinasi percutian kadangkala boleh menjadi satu perkara yang rumit, lebih-lebih lagi jika terikat dengan masa dan bajet.

Buat pasangan yang sedang mencari lokasi percutian untuk menghabiskan masa berdua-duaan, apa kata memilih Koh Samui, Thailand. 

Pulau yang paling mudah di akses dari Surat Thani ini menjanjikan sebuah percutian santai dan menyeronokkan. Tiada kesesakan jalan raya, tiada bunyi-bunyian yang membingitkan telinga. Pencinta percutian pantai pasti tersenyum puas sebaik sahaja menjejakkan kaki di sini, lebih-lebih lagi jika ia lawatan kali pertama. 

Antara kafe tepi pantai Koh Samui
Antara kafe tepi pantai Koh Samui

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di Koh Samui ialah selam skuba dan snorkeling di Angthong Marine Park, Koh Tao dan Koh Nang Yuan yang menjanjikan pemandangan hidupan marin yang berwarna-warni. 

Anda juga boleh mengelilingi pulau dengan menyewa skuter dan menjejaki pantai-pantai popular di kalangan pelancong seperti Chaweng, Lamai, Big Buddha, Choengmon, Maenam, Lipa Noi  dan Bo Phut.  

Cenderahati yang boleh dibeli di bazar malam Koh Samui
Cenderahati yang boleh dibeli di bazar malam Koh Samui

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan matahari terbenam yang mengasyikkan. Ada beberapa lokasi terbaik untuk anda melihat magikal alam ini, seperti di pantai Bo Phut, Lipa Noi dan Maenam. Ada banyak restoran dan kafe yang boleh anda pilih sementara menunggu matahari melabuhkan tirainya.

 

Menginap di Prana Resort Nandana

Memilih penginapan mungkin menjadi satu isu kepada mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke pulau ini. Bimbang tersalah pilih, percutian idaman bertukar menjadi sesuatu yang dikesalkan. 

Sama seperti pulau-pulau lain, setiap pantai punya tarikan dan kelebihan tersendiri. Adalah lebih baik membuat tempahan penginapan di kawasan yang sesuai dengan kehendak anda.

Jika anda ingin rilek dan melepak tanpa membuat apa-apa, boleh pilih penginapan yang ada di sekitar pantai Lamai kerana ia lebih sunyi dan tidak ramai orang. 

Pemandangan dari kolam renang Prana Resort Nandana
Pemandangan dari kolam renang Prana Resort Nandana

Kalau sukakan suasana malam yang meriah serta mahu berhibur, boleh cuba ke pantai Chaweng sebab di sinilah pusat aktiviti malam. Jika mencari lokasi penginapan berbaloi serta mahu menikmati makanan laut yang sedap, pilihlah pantai Bo Phut. 

Istimewa untuk pasangan yang mahu meluangkan masa berkualiti bersama-sama tanpa perlu ke sana-sini, di sini penulis ingin mencadangkan Prana Resort Nandana yang terletak pantai Bo Phut. Penginapan yang satu ini menjanjikan sebuah percutian yang cukup sempurna kerana ia berskala kecil, namun lengkap dengan fasiliti yang diperlukan.

Kawasan Prana Resort Nandana
Kawasan Prana Resort Nandana

Bahkan, ia juga bukan calang-calang kerana sudah banyak pengiktirafan yang diraih, termasuklah Anugerah Green Hotel Standard (Emas) oleh Jabatan Promosi Kualiti Alam Sekitar Thailand. Satu fakta menarik untuk dikongsi, pemilik resort ini merupakan seorang rakyat Malaysia, dari Kumpulan QI.

Membawakan tagline 'indulge, relax, dan recharge', The Prana Resort Nandana pasti tidak mengecewakan. Lebih-lebih lagi jika anda sememang mencari ruang untuk bermalas-malasan di dalam suasana tenang dan mendamaikan. Landskap hotel juga menghijau sesuai dengan pendekatan hotel yang mahu mengangkat pelancongan lestari demi kesejahteraan bumi. 

Kamar 'cool pool access'
Kamar 'cool pool access'

Hanya 72 buah bilik yang ditawarkan di hotel ini dan kesemua bilik menjanjikan perkhidmatan terbaik demi keselesaan tetamu. Setiap bilik tampil bergaya dengan rekaan moden, eksklusif serta diwarnai dengan elemen percutian pantai. 

Antara jenis-jenis bilik yang boleh dijadikan pilihan ialah cozy deluxe, cool pool access, the rooftop suite, tropical seaside dan oceanfront premium. Percayalah, tidur malam anda pasti lena.

Kamar 'cozy deluxe'
Kamar 'cozy deluxe'

Malah tidak mustahil anda akan berasa enggan untuk meninggalkan bilik. Apa tidaknya, selain menawarkan tilam dan bantal yang cukup selesa, program-program televisyen termasuk Netlix turut tersedia. 

 

Ikuti kelas memasak menu Thai

Ketika penulis menikmati pengalaman bermalam selama 4 hari 3 malam di hotel ini baru-baru ini, ada satu hari yang hujan seharian dan penulis mengambil keputusan untuk tidak ke mana-mana kerana tidak mahu terkena hujan sehingga berisiko jatuh sakit. 

Antara masakan Thai yang disediakan di kelas memasak
Antara masakan Thai yang disediakan di kelas memasak

Mujurlah Prana Resort Nandana menawarkan kelas memasak masakan Thai yang dikendalikan chef mereka sendiri. Apa yang boleh penulis katakan ialah, ia satu pengalaman yang menyeronokkan.  

Percayalah, walaupun memasak bukanlah minat atau kebolehan anda, tetapi jangan cepat berkata tidak. Cuba dahulu, baru buat kesimpulan. Penulis yakin, anda akan berasa teruja apabila hidangan yang dimasak disajikan di atas meja. 

Antara menu yang boleh dipelajari ialah tomyam sayuran, kari hijau Thai, dan popia sayuran. Setiap resipi disediakan oleh chef pengalaman dan anda boleh memahami arahan yang diberikan dengan mudah.

Buku resipi yang boleh dibawa pulang
Buku resipi yang boleh dibawa pulang

Jangan panik jika ketinggalan, kerana setiap peserta dibekalkan dengan resipi lengkap untuk anda ikuti perlahan-lahan. Jika masih kurang yakin, jangan malu meminta bantuan krew yang bertugas. 

Selesai memasak, setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan berserta gambar untuk dijadikan kenangan-kenangan.  

 

Manjakan diri di Amezcua Spa

Alang-alang sudah menginap di sini, bawalah pasangan anda  memanjakan diri di Amezcua Spa. Di sini anda akan dibelai dengan berhati-hati bagi memastikan kunjungan anda ke sini tiada penyesalan.

Gambar laman web Prana Resort
Gambar laman web Prana Resort

Pilihlah rawatan yang diperlukan oleh tubuh badan anda. Dapatkan nasihat daripada kakitangan spa yang terlatih supaya mereka boleh menyarankan rawatan yang paling tepat. 

 Selain boleh mendapatkan urutan badan, anda juga boleh melakukan rawatan badan yang lain seperti lulur, rawatan wajah dan urutan kaki.  Harga rawatan di sini juga cukup berbaloi dan lebih murah dari spa-spa hotel di Malaysia. Untuk rawatan wajah misalnya, anda hanya perlu membayar lebih kurang RM80.

Jadi tunggu apa lagi? jika anda dambakan sebuah percutian mendamaikan, rancanglah percutian di Prana Resort Nandana, Koh Samui. Ia pasti menjadi satu pengalaman eksklusif yang tidak mungkin anda lupakan. - Getaran, 31 Disember 2022

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

31 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 minggu yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Hilang Di Pantai Batu Buruk Ditemukan Lemas

3

Semasa 5 bulan yang lalu

2.3 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sepanjang Cuti Deepavali - LLM

4

TARA 7 bulan yang lalu

Jejaki 3 Pantai Menawan Apabila Sampai Di Miri, Sarawak

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut