Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


3 Trak Pikap Baharu Dalam Sebulan!

Berita gembira buat para peminat trak pikap tempatan, tiga jenama besar tiga baru melancarkan model atau varian terkini untuk trak pikap mereka. Selamat memilih!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 8:55AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat trak pikap tempatan cukup seronok dengan perkembangan dunia automotif negara.

Ini ialah kerana dalam tempoh sebulan ini, tiga jenama besar melancarkan model atau varian terkini untuk trak pikap mereka.

Bagi yang bercadang mahu membeli trak pikap baharu, memang boleh pening kepala kerana ada yang matanya berkenaan dengan trak A, tetapi hati pula mahukan prestasi dari trak B sementara badan pula dambakan keselesaan dari trak C.

Pening bukan?

Di sini kami ringkaskan ketiga-tiga trak pikap yang baharu dilancarkan.
 

Mitsubishi Triton Athlete

Athlete ialah varian sporti untuk trak pikap popular Triton. 

Dari segi teknikal, tidak ada perbezaan ketara tetapi dari segi kosmetik - banyak!

Dari gril Dynamic Shield dengan warna hitam berkilat, skid plate hitam, tambahan 'garnishing' di bahagian bawah bampar hadapan agar nampak lebih agresif, flying sport bar yang kemas dan cantik, lampu hadapan dengan kemasan hitam di dalam serta bampar belakang warna hitam.

Ruang kabin menerima kemasan kulit dengan jahitan benang jingga pada stereng dan tombol gear. Buka sahaja pintu, besi alas penapak kaki sisi atau scuff plate.

Enjin kekal unit 2.4L turbo diesel MIVEC dengan blok aluminium, menghasilkan 181 PS dan 430 Nm melalui transmisi Super Select 4WD II.

Harga pula ialah RM141,500.

 

Nissan Navara

Untuk peminat Navara, facelift kali ini sudah seperti sebuah model yang baharu kerana kesemua varian mempunyai perubahan dari segi bentuk dan juga harga.

Bermula dari varian manual Single Cab sehingga ke varian tertinggi, Navar Pro-4X, rata-rata Nissan memang mahukan varian yang sesuai untuk semua kegunaan kerana ada enam yang boleh dipilih.

Dari bahagian luaran, perubahan diberikan kepada bahagian hadapan yang kini menampilkan gril besar ala reka bentuk trak US.

Varian-varian premium menerima lampu jenis Quad-LED bersekali dengan DRL juga dari LED dan lampu kabus LED. 

Bahagian sisi menerima overfender yang nipis dan kemas serta roda-roda aloi rekaan terbaharu.

Varian Pro-4X menjadi hero kerana warna merah atu kelabu yang garang dan kemasan yang tidak dikromkan, tetapi dihitamkan. 

Kesemua varian menggunakan enjin YD25 2.5L turbodiesel yang sama tetapi untuk manual, enjin ditala sederhana dan memberikan 163 PS dan 403 Nm. Transmisi ialah enam kelajuan manual.

Untuk varian-varian automatik, transmisi ialah automatik 7-kelajuan dengan mod manual sementara enjin yang sama ditala tinggi untuk menghamburkan 190 PS dan 450 Nm.

Sistem gantungan multilink belakang dikekalkan (kecuali Single Cab) tetapi dengan penggunaan pegas gegelung Dual Rate.

Electronic Locking Rear Differential juga sudah ada untuk menguncikan kedua-dua tayar belakang semasa offroad ekstrem.

Harga bermula dari serendah RM91,900 sehingga RM142,200.
 

Isuzu D-Max

Ada yang berfikir ini juga sebuah trak facelift tetapi tidak, D-Max kali ini ialah D-Max generasi ketiga yang sudah lebih setahun dilancarkan di pasaran luar.

Dari segi reka bentuk, lampu hadapan D-Max nampak lebih kepada sebuah Mustang. Gril yang garang, bampar yang agresif, bahagian sisi yang lebih seksi dan bampar belakang yang bersepadu dengan bahagian badan benar-benar membuatkan D-Max ini lebih menonjol dari trak-trak lain.

Dua jenis enjin turbodiesel diberikan - enjin RZ4E-TC 1.9L yang menghasilkan 150 PS dan 350 Nm serta enjin 4JJ3 3.0L dengan 190 PS dan 450 Nm.

Transmisi pula ialah 6-kelajuan manual atau 6-kelajuan automatik, dan semuanya adalah varian 4X4.

Peralatan keselamatan juga tinggi dan lengkap, dengan tujuh beg udara (Thailand cuma menerima enam beg udara sahaja).

Waranti ialah selama lima tahun atau 150,000 km, mana yang terdahulu tetapi jika anda membeli varian X-Terrain, iaitu varian paling tinggi dan paling ranggi, waranti menjadi tujuh tahun tanpa sebarang had perbatuan.

Harga ialah dari serendah RM85,599 sehingga RM141,938. - Getaran, 24 April 2021


 

Isu Pada

“Cinta Hati Saya Adalah…” - Hun Haqeem

24 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

Semasa 5 bulan yang lalu

2.3 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sepanjang Cuti Deepavali - LLM

4

Teknovasi 5 bulan yang lalu

Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC, SUV Futuristik Serba Mewah

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA