web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kepuasan Beli-Belah Tahap Maksimum Di Butik Rizman Ruzaini Four Seasons Place

Menurut Rizman, biarpun perniagaan dalam talian lebih mudah untuk diakses oleh pelanggan, namun butik fizikal masih relevan dan mampu memberikan kepuasan maksimum tatkala mereka membeli belah.  

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 4:11PM

Rizman Ruzaini kini memperkenalkan Butik RR FlagShip Store. - Gambar ihsan Rizman Ruzaini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pereka fesyen duo terkenal negara, Rizman Ruzaini mengorak selangkah lagi dalam memperluaskan empayar perniagaan mereka apabila membuka Butik RR FlagShip Store yang pertama di Four Seasons Place,  Kuala Lumpur.

Butik RR FlagShip Store kini dibuka secara rasmi. - Gambar ihsan Rizman Ruzaini
Butik RR FlagShip Store kini dibuka secara rasmi. - Gambar ihsan Rizman Ruzaini

Menurut Rizman, biarpun perniagaan dalam talian lebih mudah untuk diakses oleh pelanggan, namun butik fizikal masih relevan dan mampu memberikan kepuasan maksimum tatkala mereka membeli belah.  

“Jika dahulu RR hanya ditawarkan dalam talian, tetapi dengan pembukaan butik RR FlagShip Store pelanggan akan dapat pengalaman berbeza. Kali ini, mereka boleh melihat atau merasai sendiri kualiti produk kami sebelum membeli.

Gambar ihsan Rizman Ruzaini
Gambar ihsan Rizman Ruzaini

“Kita tahu ada yang selesa berurusan dalam talian, tetapi kami tidak boleh meminggirkan pelanggan yang mahu menikmati suasana membeli belah di butik. Jadi di Butik RR FlagShip Store ini, kami akan sediakan barangan yang sama cuma dengan pendekatan jualan yang berbeza.

“Di sini pelanggan boleh mencuba dahulu sebelum buat keputusan, dengan keluasan 2300 kaki persegi butik ini cukup selesa untuk dikunjungi. Paling penting lokasi Butik RR FlagShip Store juga cukup sinonim dengan rakyat Malaysia, bersebelahan KLCC sahaja, jadi saya yakin lokasi ini sangat strategik dalam mengambil kira kemudahan untuk akses,” kata Rizman.

Gambar ihsan Rizman Ruzaini
Gambar ihsan Rizman Ruzaini

Tidak menyangka jenama RR kini menjadi fenomena dunia fesyen negara, tambah Rizman walaupun produk di bawah jenama ini hampir semuanya berada dalam kategori ‘ready to wear’ (RTW) namun pihaknya tidak pernah berkompromi soal kualiti yang menjadi nadi utama perniagaan Rizman Ruzaini sejak dahulu lagi.

“Menjadi impian saya untuk melihat jenama kami dimiliki semua golongan. Sesiapa sahaja mampu mengayakan RR, dengan kata lain kami mahu memasarkan produk kami secara besar-besaran.

“Lain pula dengan jenama asal Rizman Ruzaini yang hanya memberi fokus kepada pakaian yang lebih eksklusif, antaranya pakaian pengantin dan kepada golongan yang lebih teliti dengan fabrik dan rekaan.

“Sebab itu dalam perniagaan perlu ada strategi dan dalam Rizman Ruzaini sendiri kami membahagikan produk kami untuk memenuhi keperluan pelanggan.

“Oleh disebabkan itu, pengkhususan dua jenama ini akan nampak lebih jelas dan teratur bila mana Rizman Ruzaini akan terus diterajui pereka Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil berada pada taraf lebih eksklusif, manakala RR akan dikelola Yana Baharudin dan akan tersedia untuk pasaran ‘mass’,” katanya.

(Dari kiri) Ruzaini, Yana dan Rizman. - Gambar ihsan Rizman Ruzaini
(Dari kiri) Ruzaini, Yana dan Rizman. - Gambar ihsan Rizman Ruzaini

Yakin dengan kemampuan Pengarah Kreatif segmen perniagaan RR, Yana Baharudin, jelas Rizman lagi,  pemilihan ikon fesyen ini dalam membantu perniagaan mereka sebagai tepat pada waktunya.

“Perkembangan perniagaan kami terlalu cepat jadi untuk memastikan kami tidak ketinggala,n Yana dilihat sebagai individu yang tepat dalam membuat keputusan untuk jenama RR. 

“Bagi saya dan Ruzaini pula kami akan memberi fokus kepada rekaan produk RR selain segmen berbeza dalam perniagaan kami.

“Kita tahu semua produk RR termasuk pakaian, tudung dan aksesori terkenal melalui kualiti dan harga mampu milik. 

“Jadi kami tidak mahu campur adukkan segmen perniagaan sedia ada, tentunya pelantikan Yana akan memberi sumbangan yang besar kepada perniagaan ini,” jelasnya.

Gambar ihsan Rizman Ruzaini
Gambar ihsan Rizman Ruzaini

Sementara itu dalam majlis yang sama, Rizman turut mengumumkan perlancaran koleksi RR RTW Musim Luruh/Sejuk 2022. 

“Membawa inspirasi wanita yang suka mengembara koleksi kali ini juga turut memberi perhatian kepada rekaan ringkas dan selain penggunaan warna hitam dan putih sebagai warna asas.

“Menggunakan bentuk silhouette yang ringkas yang berkonsepkan ‘clean cut looks’ rekaan RR untuk koleksi ini juga menggunakan fabrik moden untuk menjadikannya lebih menyerlah.

“Lebih istimewa koleksi kali ini juga turut memperkenalkan bag bermaterial tweed. Hadir dalam tiga warna utama, hitam, kelabu dan pink, setiap bag ini juga turut didatangkan dengan tiga  skarf yang akan menjadi pelengkap kepada penampilan si pemakai,” katanya.

Sebahagian koleksi musim luruh/sejuk 2022 yang terdapat di Butik RR FlagShip Store. - Gambar ihsan Rizman Ruzaini
Sebahagian koleksi musim luruh/sejuk 2022 yang terdapat di Butik RR FlagShip Store. - Gambar ihsan Rizman Ruzaini

Dalam perkembangan lain sempena pembukaan Butik RR FlagShip Store ini, RR kini juga turut menawarkan potongan harga besar-besaran dalam menghargai pelanggan setia mereka. – Getaran, 11 Disember 2022
 

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

10 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh