web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mechamato Movie Raih Kutipan RM1.1 Juta Pada Hari Pertama Tayangan

Mechamato, produk terbaharu daripada Monsta Studio pernah menjadi ‘TOP 3’ pada Tokyo Anime Festival Awards 2023 di Jepun.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 8:00AM

Mechamato Movie berjaya meraih kutipan RM1.1 juta pada hari pertama tayangannya bermula Khamis lepas - Gambar Twitter @mechamato

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Filem daripada Monsta Studio, Mechamato Movie berjaya meraih kutipan RM1.1 juta pada hari pertama tayangannya bermula Khamis lepas.

Penulis dan penerbit Mechamato Movie Nizam Abd Razak ketika berkongsi berita gembira itu dalam laman Facebook rasminya turut menzahirkan kesyukuran atas pencapaian berkenaan.

“Syukur, alhamdulillah! Berkat sokongan rakyat Malaysia, Mechamato Movie berjaya mengutip lebih RM1 juta pada hari pembukaan tayangan di seluruh negara. Terima kasih kepada yang sudah menonton dan yang bakal menonton #MechamatoMovie," katanya.

Selain Malaysia, Mechamato Movie juga boleh ditonton di pawagam di Brunei.

Menurut kenyataan Monsta, Astro Shaw sebagai penerbit bersama dan pengedar menaruh kepercayaan tinggi terhadap produksi animasi tempatan seperti Monsta selain percaya jenama itu mempunyai kredibiliti dan rekod yang baik dalam membawa nama Malaysia ke peringkat global.

Monsta ialah pencipta kepada siri animasi popular BoBoiBoy, Mechamato, Papa Pipi dan Fly With Yaya.

Mechamato, produk terbaharu daripada studio itu, pernah menjadi ‘TOP 3’ pada Tokyo Anime Festival Awards 2023 di Jepun. - Bernama

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

10 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Brunei Stabil, Perlukan Pemantauan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa