web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Nasib Baik Dia Okey” Ayda Jebat Sanggup Berjauhan Dengan Anak Atas Tuntunan Kerja

Bagi mengubat rasa rindu, Ayda dan suaminya, Nabil Mahir membawa bantal dan selimut anak selama berada di Taiwan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 2:21PM

Ayda Jebat dan anaknya, Ana Nayla - Gambar Instagram Ayda Jebat

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hati ibu yang mana tidak dilanda rindu apabila terpaksa berpisah dengan anak berhari-hari lamanya. Namun atas tuntutan kerja, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat tidak keberatan untuk berjauhan seketika dengan anaknya, Ana Nayla. 

Penulis yang ketika ini berada di lokasi penggambaran Salam Taiwan di Taipei sempat menemu bual Ayda untuk menyelami nurani seorang ibu muda  ini. 

Ayda mengakui ada ketikanya air matanya tumpah mengenangkan anak. 

“Ini kali pertama saya tinggalkan anak dalam tempoh yang lama. Sebelum ini kalau ada penggambaran, saya akan bergilir-gilir dengan suami untuk menjaga anak. Sama juga dengan Nabil, kalau dia ada kerja maka saya akan ambil giliran jaga anak,” katanya.

Bagi mengubat rasa rindu, Ayda dan suaminya, Nabil Mahir turut membawa bantal dan selimut anak selama berada di Taiwan.

“Kali ini saya bawa bantal dan selimut anak. Saya juga elak buat panggilan video kerana akan beremosi. Sekarang ada ibu mertua dan pengasuh yang menjaganya,” tambahnya. 

Mujurlah Ana Nayla tidak banyak ragam. Keadaannya di Malaysia baik-baik saja kerana dikelilingi sepupunya yang lain. 

“Alhamdulillah, dia okey, tapi dia memang jenis akan okey kalau tak nampak saya. Tapi bila dia nampak saya, barulah akan nangis. 

“Kalau saya kerja dan dia ternampak saya dekat televisyen, dia akan menangis. Di Malaysia pun ramai yang menjaga terutama anak buah Nabil. 

“Melihat keadaan dia, rasanya bolehlah untuk berjauhan selepas ini sekiranya ada tuntutan kerja,” jelasnya.

Terdahulu, Ayda pernah memuat naik videonya menangis kerana merindui anaknya di laman sosial. Video tersebut kemudian mendapat perhatian terutamanya para ibu yang turut berkongsi kesedihan yang sama. – Getaran, 10 Disember 2022 

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

10 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ayda Jebat Umum Hamil Anak Kedua, Kandungan Berusia 5 Bulan

2

TARA 3 tahun yang lalu

Makanan Halal Dan Mesra Muslim Yang Boleh Anda Cuba Di Taiwan

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Walau Diselubungi Kontroversi, Sissy Iman-Naim Daniel, Fyna-Ayda Jebat Berjaya Mara Ke Final

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Muncul Sebagai Juara Mingguan, Kontroversi Tak Jejas Konsentrasi  Fyna Jebat Di Pentas Famili Duo

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa