web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muncul Sebagai Juara Mingguan, Kontroversi Tak Jejas Konsentrasi  Fyna Jebat Di Pentas Famili Duo

Kontroversi yang melanda Fyna Jebat tidak menjejaskan prestasinya di pentas Famili Duo apabila sekali lagi muncul sebagai juara mingguan dan berjaya mara ke peringkat akhir.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 9:11AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun baru sahaja terpalit dengan kontroversi bergaduh dengan madunya di sebuah restoran minggu lalu, namun perkara itu tidak menjejaskan prestasi dan konsentrasi Fyna Jebat apabila dia bersama kakaknya Ayda Jebat telah muncul sebagai juara mingguan di konsert minggu ketujuh Famili Duo.

Kemenangan itu sekali gus membawa pasangan adik beradik yang digelar sebagai The Jebats ini ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada Ahad depan.

Fyna sewaktu ditemui di sidang media sejurus tamat konsert berkata, dia merupakan seorang yang tidak akan ambil peduli apa yang orang kata tentangnya.

“Saya adalah seorang yang jenis tak ambil peduli apa orang nak cakap tentang saya. Tak apa, saya rasa perkara itu yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk buat persembahan di atas pentas,” katanya.

Menyedari namanya sedang menjadi sebutan ramai gara-gara kontroversi pergaduhan yang berlaku bersama madunya, kata Fyna dia enggan mengulas lanjut tentang perkara ini.

“Saya rasa tiada apa yang saya nak kongsikan. Biarlah saya serahkan kepada pihak berkuasa dan berwajib,” jawabnya ringkas.

Menyedari adiknya sedang melalui satu fasa yang sukar pada minggu lalu, Ayda memberitahu bahawa mereka terpaksa menukar lagu kerana dia enggan bebankan adiknya dengan rutin yang berat.

“Saya tak mahu dia kena buat banyak kerja seperti menghafal lagu dan sebagainya kerana banyak benda yang kita perlu fikirkan juga pada minggu lepas.

“Alhamdulillah kami berjaya mengharunginya. Fyna yang pilih lagu ‘Rolling In The Deep’ daripada Adele ini dan saya cuma buat gubahan muzik sahaja. 

Sebagai juara mingguan, Ayda dan Fyna menerima hadiah wang tunai bernilai RM10,000. Namun sejurus selepas menerima hadiah berkenaan, Ayda membuat keputusan untuk berkongsi hadiah kemenangan itu bersama rakan-rakannya yang lain iaitu pasangan Sabhi Sadhi & Fareedpf K-Clique serta pasangan Naim Daniel & Sissy Imann. 

Selain pasangan Ayda dan Fyna, tiga lagi pasangan lain turut berjaya melangkah ke peringkat akhir iaitu Naim Daniel & Sissy Iman, Zaki Yamani & Yamani Abdillah serta Wani Kayrie dan Bella Astillah. 

Pasangan Siti Saerah & Siti Saida, Ara Johari & Shaffiq Erwin serta Sabhi Sadhi & FareedPF K-Clique pula gagal untuk melangkah ke peringkat seterusnya. - Getaran, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ayda Jebat Umum Hamil Anak Kedua, Kandungan Berusia 5 Bulan

2

TARA 3 tahun yang lalu

Makanan Halal Dan Mesra Muslim Yang Boleh Anda Cuba Di Taiwan

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Bukan 'The Jebats', Tetapi 'The Jamals' Yang Dinobatkan Sebagai Juara Famili Duo Musim Kedua

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Walau Diselubungi Kontroversi, Sissy Iman-Naim Daniel, Fyna-Ayda Jebat Berjaya Mara Ke Final

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.