Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 6:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Morbius

Jika anda salah seorang peminat Jared Leto, filem daripada Sony Pictures ini mesti anda tonton apabila punya masa di Netflix. Lihat sisi berbeza lelaki ini apabila menjadi raksasa. 

Morbius mengisahkan tentang seorang ahli biokimia pemenang hadiah Nobel, Dr. Morbius, yang menderita penyakit gangguan darah yang jarang berlaku sejak kecil. 

Penyakit ini membuat tubuh Morbius semakin lemah, seolah-olah mati secara perlahan-lahan. Apa yang membuatkan Morbius semangat untuk meneruskan hidup ialah mentornya selalu menguatkan dan meyakinkan Morbius bahawa suatu hari nanti ia akan sembuh.

Dengan semangat itulah, dia melakukan kajian demi kajian untuk mencari formula penyembuhan. Hingga akhirnya dia menggunakan sel darah kelawar. 

Pada awalnya eksperimen ini berjalan lancar dan menunjukkan kemajuan yang signifikan pada tubuh Morbius, namun pada akhirnya lain pula jadinya. Ia membuatkan Morbius berubah menjadi seseorang yang dahagakan darah – Rahayu MN 

 

‘Korea No. 1’ 

Gabungan dua penghibur Korea Selatan ternama, Yoo Jae Suk dan Lee Kwang Soo memang menjanjikan gelak ketawa. Tambahkan pula pemain bola tampar, Kim Yeon-koung yang bertenaga dan lucu dalam kombinasi ini dan anda pasti akan mendapat satu rancangan yang menghiburkan.

‘Korea No. 1’ bukanlah variety show biasa-biasa. Anda akan dibawa berkenalan dengan kraf tradisional Korea Selatan. 

Bukan itu sahaja, anda akan dapat lihat bagaimana ia dibuat oleh pakar nombor 1 dalam bidang itu, dan cara pembuatannya akan diajarkan kepada Jae Suk, Kwang Soo dan Yeon Koung. 

Di sinilah sesi komedi bermula, melihat mereka bertungkus-lumus mencuba untuk belajar seni kraf ini. Tontonlah siri ini di Netflix. Boleh menimba ilmu dan ketawa pada masa yang sama. - Ili Farhana

 

Kumari

Kumari adalah sebuah filem fantasi Malayalam yang diselitkan dengan unsur seram dan sarat dengan motif yang berakar dalam jiwa keagamaan dan ritualistik negeri Kerala.

Ia merupakan satu lagi versi skrin cerita purba yang diceritakan di seluruh dunia, dalam pelbagai bentuk.

Fiem ini menceritakan sebuah kisah ini tentang ketua ahli keluarga keturunan Kaanhirangat iaitu Lord Thuppan yang terpaksa menerima bahana daripada kuasa ghaib Ilmaya Chattan kerana telah membunuh seorang kanak-kanak bernama Chokkan yang merupakan kawan baiknya. 

Ilmaya mula menggunakan kuasa untuk memusnahkan penduduk di kawasan itu. Tanaman mereka tidak berhasil kerana kemarau dan ramai penduduk yang mati kerana kelaparan dan kehausan.  Bahkan, mereka juga turut diserang penyakit misteri. 

Disebabkan kesilapannya, Lord Thuppan terpaksa mengorban dirinya dengan meminta bantuan Gari Deva menggunakan darahnya tetapi pada waktu yang sama perlu memenuhi syarat untuk mengorbankan anak pertama yang dilahirkan dalam setiap generasi keluarga itu. 

Kemudian, anak bongsu dalam keluarga Kaanhirangat , Dhruvan diminta berkahwin dengan seorang gadis bernama Kumari (Aishwarya Lekshmi) dari kampung sebelah. Apabila Kumari hamil, ramai yang tidak gembira dengan perkhabaran itu. 

Adakah, anak yang dikandung Kumari bakal menjadi korban?  Filem yang menampilkan Aishwarya Lekshmi sebagai terju utama dan terbitan Giju John, Nirmal Sahadev, Sreejith Sarang dan Jakes Bejoy dibawah syarikat produksi The Fresh Lime Sodas ini kini boleh ditonton di Netflix. – Rubini Nagarajah 

 

Slumberland 

Sebuah filem fantasi adventure yang dihasilkan berdasarkan komik, Little Nemo in Slumberland oleh Winssor McCay. 

Slumberland yang diarahkan Francis Lawrence dan ditulis David Guion bersama Michael Handleman ini dibintangi Jason Momoa, Marlow Barkley, Chris O’dowd, Kyle Chandler dan Weruche Opia. 

Ia mengisahkan tentang pengembaraan seorang kanak-kanak perempuan remaja bernama Nemo ke sebuah dunia fantasi yang digelar Slumberland. 

Setelah kehilangan bapanya, Peter yang hilang di laut, Nemo yang telah menjadi yatim piatu terpaksa meninggalkan rumah api mereka dan tinggal bersama bapa saudaranya, Philip di kota. 

Nemo menghadapi masalah untuk mengadaptasi kehidupan baharunya itu. Philip pula baginya seorang yang pelik kerana tidak mahu bersosial, tidak mempunyai kawan-kawan   dan menjalani kehidupan yang membosankan sebagai penjual tombol pintu. 

Suatu malam, apabila terjaga, dia mendapati anak patungnya babinya yang dinamakan Pig tiba-tiba hidup dan dia mendapati dia berada di Slumberland iaitu dunia di antara nyata dan mimpi. Di dunia fantasi itu, dia bertemu Flip iaitu sebuah karektor yang selalu diceritakan ayahnya kepadanya. 

Flip mahukan peta magik yang disimpan Peter. Nemo kemudian berjanji untuk membantunya dengan dia syarat Flip membawanya di dalam pengembaraan tersebut terutama di Sea Of Nightmares supaya dia dapat mencari mutiara istimewa yang mampu menyatikan dia semula dengan bapanya. 

Filem ini adalah sebuah filem yang cukup menghiburkan dan Jason Momoa telah membawakan watak Flip dengan begitu cemerlang sekali. Saksikan filem ini di Netflix – Ellyna Ali 

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

03 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ahli Parlimen Dilarang Buat Penstriman Langsung Di Parlimen

Sorotan

1

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

2

Lee Akan Dilantik Sebagai Menteri Kanan Dalam Kabinet Baharu - Wong

3

Gangguan Kuasa Jejas Kekerapan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

4

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

5

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

6

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

7

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz