web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Temaniku' Lagu Tema Mechamato Raih 8,000 Putaran Di Platform Muzik Penstriman

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 9:02AM

Lagu “Temaniku” dinyanyikan oleh Yonnyboii. - Gambar dari Bernama/Monsta

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lagu “Temaniku” yang merupakan tema siri animasi Mechamato keluaran Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) meraih 8,000 putaran di beberapa platform muzik penstriman. 

Menurut Monsta lagu tema filem berkenaan dendangan penyanyi dan penulis lagu popular Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin atau lebih dikenali sebagai Yonnyboii, dilancarkan pada 18 Noveber lepas di semua platform muzik penstriman seperti Spotify, JOOX, Apple Music, KKBOX, Deezer dan iTunes Store.

Monsta memaklumkan, Ketua Pegawai Operasi, Monsta Kee Yong Pin meluahkan rasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan seorang penyanyi berpengaruh yang mampu menyelami citarasa generasi muda masa kini. 

“Kebersamaan dalam mencapai satu matlamat, itu adalah mesej terbesar dan bahan inspirasi untuk lagu tema ini. Sama ada ia adalah keutuhan perhubungan sesama sahabat, keluarga, pasukan atau teman istimewa, lagu ini mempunyai mesej yang sesuai untuk semua,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ia juga memaklumkan lagu berkenaan turut dicipta bersama komposer Fitri Zain dan diterbitkan oleh Universal Music Malaysia dan Monsta. 

“Saksikan juga lirik video ‘Temaniku’ di Monsta YouTube Channel. Nantikan tayangan Mechamato Movie terbitan Monsta dan Astro Shaw di pawagam seluruh negara mulai 8 Dis,” menurut kenyataan itu. 

Dalam kenyataan sama, Monsta turut memaklumkan yang  lagu Temaniku itu merupakan lagu original yang ketiga diterbitkan bersama oleh Monsta bagi filem mereka selepas lagu ‘Fire & Water’ nyanyian Faizal Tahir daripada filem BoBoiBoy Movie 2 (2019) dan ‘Masih Di Sini’ nyanyian Bunkface daripada filem BoBoiBoy The Movie (2016). 

“Mechamato Movie adalah filem ketiga dalam francais animasi 3D Monsta Heroes yang dihasilkan Monsta sejak sedekad lalu,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

26 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Mechamato Terima Anugerah Peminat Anime Di Tokyo

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Berjaya Kutip RM10 Juta Dalam 6 Hari Tayangan, 'Mechamato Movie' Tonjol Banyak Budaya Unik Malaysia 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Mechamato Di Kedudukan Ke-11 Dalam Kalangan 100 Karya Anime Terbaik

4

TARA 3 tahun yang lalu

Monsta Lancar Mechamato Robot Battle Di Roblox

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh