web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mechamato Di Kedudukan Ke-11 Dalam Kalangan 100 Karya Anime Terbaik

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 8:00PM

Mechamato disiarkan di 65 negara dan filemnya ‘Mechamato Movie’ akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 8 Disember ini. - Gambar dari Twitter MONSTA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Siri animasi 3D ‘Mechamato’ yang diterbitkan studio animasi tempatan MONSTA, diundi pada kedudukan ke-11 dalam kalangan 100 karya anime terbaik untuk Festival Anugerah Anime Tokyo 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA Nizam Razak berkata beliau terkejut dengan berita itu kerana siri berkenaan hanya dimasukkan dalam undian beberapa hari lepas.

“Memasuki pasaran adalah satu perkara, tetapi untuk berada dalam 10 terbaik di negara seperti Jepun dan menjadi sohor kini ia sangat hebat. Pencapaian ini menunjukkan bakat kami di sini mempunyai potensi untuk memasuki pasaran global,” katanya pada pelancaran rasmi poster dan treler ‘Mechamato Movie’ di sini hari ini.

Siri animasi itu telah disiarkan di 65 negara dan filemnya ‘Mechamato Movie’ akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 8 Disember ini.

Filem itu mengisahkan seorang budak lelaki bernama Amato dan rakan robotnya Mechabot, paparan asal siri ini, iaitu ketika Amato kali pertama bertemu Mechabot yang terhempas di bumi bersama robot jahat lain.

“Siri ini berjaya mengukuhkan kemunculan kami di rantau Asia Pasifik apabila memasuki platform penstriman popular Netflix dan disiarkan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Jepun, Korea, Mandarin dan lain-lain,” menurut MONSTA dalam kenyataan.

MONSTA juga ialah pencipta kepada siri animasi 3D dan filem ‘BoBoiBoy’, yang berjaya menembusi lebih 70 negara di seluruh dunia dan dialih kepada lebih 12 bahasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 bulan yang lalu

Pavilion Bukit Jalil Meriahkan Aidilfitri Dengan Adiwira Monsta

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa