web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selebriti Malaysia Beri Kata-Kata Semangat Buat KJ Setelah Tewas PRU-15

Ribuan netizen dilihat telah memberikan ucapan serta kata-kata semangat buat Khairy Jamaluddin selepas beliau tewas dalam PRU-15.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 9:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15), namun ahli politik kesayangan ramai, Khairy Jamaluddin tetap mendapat sokongan rakyat termasuklah para selebriti tempatan.

Menerusi hantaran terbaru yang dibuat oleh bekas Menteri Kesihatan Malaysia itu, beliau telah menulis satu ucapan yang panjang kepada pengikut akaun Instagram beliau.

“Saya fikir saya telah lakukan yang terbaik. Tetapi, saya tidak cukup baik. Kekalahan adalah kekalahan. Tidak kisahlah berapa hampir anda dengan kemenangan, dan betapa ramai yang kecewa dengan kekalahan anda.

“Adakah ini merupakan satu pengakhiran. Saya kira tidak. Tetapi saya akan gunakan masa ini untuk fikirkan semula apa yang harus saya lakukan seterusnya.

“Sejujurnya, saya kepenatan. Saya kurang masa untuk berehat sejak saya ditugaskan untuk menguruskan pandemik. Ia merupakan dua tahun yang sukar untuk saya memastikan negara kita terhindar dari COVID-19.

“Tetapi ia merupakan satu keistimewaan untuk saya untuk berkhidmat kepada rakyat pada waktu yang sangat kritikal dan saya gembira kita telah pulih lebih baik dari negara-negara yang lain,” tulisnya.

Khairy juga memberitahu bahawa dia akan gunakan masa yang ada untuk menonton Piala Dunia 2022.

Sementara itu, dia bahagian komen kelihatan ribuan netizen telah meninggalkan kata-kata semangat buatnya termasuklah para selebriti tempatan.

Antara selebriti terkenal yang dilihat telah memberikan kata-kata semangat ialah Alif Satar, Mira Filzah, Datuk Adi Putra, Datuk Amy Search, Elfira Loy, Yana Samsuddin, Ummi Nazeera, Diana Danielle, Liyana Jasmay, Fizo Omar, Emelda Rosmila, Safee Sali dan ramai lagi.

Semoga kata-kata semangat ini dapat memberikan kekuatan untuk Khairy terus bersemangat untuk berkhidmat demi rakyat di masa akan datang. - Getaran, 20 November 2022.

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh