web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


AirAsia X  Sambung Kembali Penerbangan Ke Jeddah, Gerbang Utama Ke Kota Suci Makkah

Penerbangan sulung AAX bermula semalam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dengan kapasiti penumpang lebih 80 peratus menandakan penyambungan semula perkhidmatan AAX ke Timur Tengah.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 10:00AM

AirAsia X (AAX) perkenal semula penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Arab Saudi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah hampir dua tahun tidak beroperasi, AirAsia X (AAX) memperkenalkan semula penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Arab Saudi. 

Penerbangan sulung AAX bermula semalam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dengan kapasiti penumpang lebih 80 peratus menandakan penyambungan semula perkhidmatan AAX ke Timur Tengah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AAX, Benyamin Ismail, penerbangan ini sekali gus menandakan penyambungan semula perkhidmatan AAX ke rantau Asia Barat.

Gambar ihsan IKHLAS
Gambar ihsan IKHLAS

“Kami amat gembira dapat kembali ke Jeddah, gerbang utama ke kota suci Makkah dan Madinah. Dengan enam penerbangan seminggu, perkhidmatan kami diteruskan dengan tawaran kembara mampu milik untuk tetamu di Malaysia dan rantau Asia mengerjakan ibadah haji dan umrah.

“Kami yakin laluan ini akan kekal mampan berikutan aliran trafik yang tinggi antara Malaysia dan Arab Saudi, serta permintaan yang sentiasa meningkat untuk perkhidmatan umrah bukan sahaja dari Malaysia malah Indonesia, menjadikan Kuala Lumpur hab umrah penting di rantau ini," katanya.

Benyamin berkata, jemaah dari negara lain juga berpeluang ke Jeddah menerusi AAX sementara pengunjung dari Arab Saudi boleh dihubungkan ke 130 destinasi AirAsia melalui Kuala Lumpur.

Tambahnya, pihaknya turut gembira dapat berganding bahu dengan IKHLAS bukan hanya untuk menawarkan pakej umrah yang berpatutan dengan AAX, malah menyediakan pilihan kembara dan umrah secara kendiri tidak lama lagi.

“Perkara ini menyaksikan permulaan gabungan usaha sama AAX dengan IKHLAS (platform kembara dan gaya hidup mesra Muslim Capital A) bagi menawarkan pakej 'Umrah bersama IKHLAS' dengan harga yang berpatutan.

“AAX percaya peluang ini boleh dimanfaatkan untuk memperluaskan lagi kekerapan dan jaringan penerbangannya di masa depan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IKHLAS, Ikhlas Kamarudin pula berkata penantian selama dua tahun untuk Arab Saudi membuka sektor pelancongannya telah terlaksana.

Menurut Ikhlas Kamarudin, langkah itu dapat memudahkan lagi tetamu Allah untuk mengerjakan umrah dan bagi pengembara meneroka pelbagai destinasi menarik di negara itu.

“Sasaran kami adalah untuk membangunkan produk kembara dan gaya hidup komprehensif dengan kos rendah namun dengan servis yang lengkap kepada tetamu dengan memperkenalkan kaedah tempahan umrah yang baharu menggunakan inovasi sistem dan platform sehenti kami,” jelasnya.

Tambang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah bermula RM1,629 sehala untuk tempat duduk ekonomi atau tetamu boleh memilih untuk menikmati tempat duduk Premium Flatbed mulai RM3,199 sehala. 

Penumpang boleh membuat tempahan dengan menekan ikon 'Flights' pada aplikasi airasia Super App atau menerusi laman web bagi tempoh penerbangan mulai sekarang sehingga 30 November 2023. 

Perkhidmatan tambahan untuk musim baharu akan ditambahkan kepada jadual penerbangan dalam tempoh terdekat ini.

Di samping itu, orang ramai juga boleh menempah pakej 'Umrah bersama IKHLAS' dengan harga bermula RM 5,990 bagi Umrah Lite dan RM 7,890 bagi Umrah Jejak Rasul atau RM 7,690 bagi Umrah Hawa khusus untuk jemaah wanita.

Semua pakej umrah termasuk penerbangan pergi balik bersama AAX. – Getaran, 19 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

2

Semasa 11 bulan yang lalu

11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

4

Semasa 1 tahun yang lalu

5,526 Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Suci - Ketua Rombongan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh