web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pameran Seni Imersif Terbaru iNYALA, Mengubah Ruang Kepada Dunia Kiub Dengan Bahan Kitar Semula 

Pameran seni media baharu edisi terkini anjuran iNYALA ini akan diadakan di pusat membeli-belah Fahrenheit88 pada 26 November hingga 25 Disember ini. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 8:00AM

Pameran ini akan menampilkan pemasangan seni dalam 17 kiub yang diperbuat daripada panel LED, penggabungan visual dan bunyi. - Gambar ihsan Helio Media

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melangkah ke dunia kiub, bentuk simetri dan piksel yang tanpa had, ia mungkin kendengaran seperti sesuatu yang menakjubkan. 

Namun, itulah pengalaman yang bakal dibawakan iNYALA dalam  pameran seni media baharu edisi terkini di pusat membeli-belah Fahrenheit88 pada 26 November hingga 25 Disember ini. 

Direalisasikan sekumpulan artis digital dan muzik, arkitek, jurutera dan pelajar universiti, pameran ini akan menampilkan pemasangan seni dalam 17 kiub yang diperbuat daripada panel LED, penggabungan visual dan bunyi yang akan membawa pengunjung ke sebuah ruang yang diinterpretasikan melalui persimpangan seni, teknologi dan data.

Karya seni digital di iNYALA 2022 ini dihasilkan daripada data dan algoritma menerokai pelaksanaan Malaysia dalam mencapai 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ditakrifkan  Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-GA). 

SDGs merupakan satu set matlamat yang komprehensif untuk menamatkan kemiskinan, melindungi bumi dan memperbaiki keadaan taraf hidup penduduk global, untuk masa kini dan hadapan. 

Melalui pengalaman seni pelbagai deria yang dipilih, iNYALA 2022 menggalakkan pengunjung untuk menerokai antara data sebenar yang mendedahkan masa lalu dan kini, dan secara kolektif membayangkan cara berfikir dan melakukan pembaharuan untuk mengubah dunia yang kita diami.

Edisi iNYALA 2022 menampilkan 13 karya seni hasil panggilan terbuka ke institusi pengajian tinggi tempatan pada Ogos 2022 berserta 3 kanvas khusus yang mempamerkan karya artis tempatan dan antarabangsa. 

Pertunjukan multimedia secara serentak dan seragam akan berlaku pada setiap jam dengan melibatkan kesemua 17 pemasangan seni yang diiringi muzik, ia mempersembahkan pengalaman audio-visual interaktif yang serupa dengan dunia masa depan yang indah apabila Matlamat Global yang saling berkaitan tercapai.

Pengalaman ruang yang direka artis terkenal antarabangsa dan arkitek - Jun Ong akan memberikan pengalaman pameran seni spontan, interaktif yang cukup luar biasa. 

iNYALA 2022 turut mengamalkan pendekatan inovatif yang mengutamakan reka bentuk dan pembinaan pameran yang mampan di mana 75 peratus daripada bahan yang digunakan untuk pameran tersebut adalah bahan yang boleh dikitar dan diguna semula termasuk kadbod mentah dan panel LED lama yang diperbaharui.

iNYALA 2022 diterajui Helio Media dengan kerjasama Filamen. Ia turut disokong Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) dan dijayakan Fahrenheit88, NovaStar, Nextrend, De Carton, LIE Design, Inner Voices Productions, Jun Ong dan RUBIX. – Getaran, 12 November 2022 

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

12 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 27.3 Juta Pelancong Asing Tahun Ini Dapat Dicapai

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penipuan Pelaburan: Polis Sahkan Terima Laporan

4

Kolum 2 tahun yang lalu

Ingin Memiliki Dunia Yang Bersih? Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh