web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Marahkan Pihak Pengurusan Kondonya, Diva AA Tak Sedar Tertayang Aset Sulitnya 

Diva AA juga telah menghamburkan kata-kata sumpah seranah terhadap pihak pengurusan tersebut dan memberitahu bahawa dia lebih dahulu telah keluar dari kediamannya tersebut bersama dengan kucing-kucingnya. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 12:47PM

Azwan Ali tidak puas hati dengan tindakan pihak pengurusan kondo berkenaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara sensasi, Azwan Ali atau Diva AA memang diketahui amat menyayangi kucing. Bahkan, dia memelihara banyak kucing-kucing di kondo kediamannya yang bernilai hampir sejuta di Sungai Besi. 

Namun, perkara itu nampaknya mendatangkan rasa tidak puas hati kepada pihak pengurusan kondo berkenaan sehinggakan rumahnya digeledah. 

Tidak puas hati dengan tindakan pihak pengurusan kondo berkenaan, Diva AA telah memuat naik sebuah video di TikTok. 

Diva AA juga telah menghamburkan kata-kata sumpah seranah terhadap pihak pengurusan tersebut dan memberitahu bahawa dia lebih dahulu telah keluar dari kediamannya tersebut bersama dengan kucing-kucingnya. 

Namun, apa yang tidak disedari Diva AA adalah sewaktu dia memuat naik video berkenaan dia berada dalam keadan bogel dan ia kelihatan pada salah satu cermin yang terdapat di dinding rumah berkenaan. 

Seorang pengguna twitter yang menggunakan nama @eryazmi telah memuat naik video tersebut di Twitter. 

Dalam video berkenaan, Diva AA telah meminta netizen untuk memviralkan video berkenaan dan memberitahu mereka supaya jangan mendiami atau membeli kondo berkenaan. 

Malangnya, yang viral bukan disebabkan tentang kemarahannya terhadap pihak pengurusan kondo berkenaan tetapi imej bogelnya. 

Akibatnya, nama Diva AA menjadi trending di Twitter. Seorang pengguna twitter yang menggunakan nama @eryazmi telah memuat naik video tersebut di Twitter.

Namun, kebarangkalian nama Diva AA trending bukan disebabkan oleh video ini sahaja tetapi juga kerana isu penarikan dirinya sebagai calon Bebas untuk kawasan Gombak di Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) sewaktu hari penamaan calon diadakan semalam. 

Pada hari tersebut, Diva AA telah menyatakan hasratnya dan dilihat turut menangis teresak-esak apabila memberitahu bahawa dia membuat keputusan itu setelah mendapat mimpi daripada arwah ibunya, Mak Tom yang melarangnya untuk bertanding menentang abangnya, Datuk Seri Azmin Ali. - Getaran, 6 November 2022

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Anggap Kemelut Yang Menimpa Awesome TV Satu Kifarah - Azwan Ali Bengang Bintang Lagenda Norlia Ghani Diperlekehkan

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Video Mengaji Azwan Ali Raih Perhatian, Berniat Sertai Kumpulan Tabligh

3

TARA 3 tahun yang lalu

Alhamdulillah, Inilah Karma Min…, Tuhan Membalas Segala Perbuatanmu!, Diva AA Bersyukur Doa Dimakbulkan 

4

TARA 3 tahun yang lalu

Saya Mahu Tenang - Azwan Ali Jawab Kenapa Tutup Butang Komen Dan Tak Follow Sesiapa Di Medsos 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan