web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Mahu Tenang - Azwan Ali Jawab Kenapa Tutup Butang Komen Dan Tak Follow Sesiapa Di Medsos 

Azwan juga mengakui dia sebenarnya hanya memberikan kata-kata makian kepada orang yang mengacau hidupnya. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 8:29PM

Azwan Ali - Gambar oleh Syeda Imran

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun segelintir posting-posting yang dimuat naiknya di media sosial penuh dengan kontroversi, namun pengacara sensasi diva AA, Azwan Ali, dilihat tidak pernah ‘follow’ sesiapa di platform tersebut, bahkan turut menutup butang komen. 

Apakah sebabnya? Getaran cuba mendapatkan jawapan daripada Azwan Ali berhubung hal ini. 

Azwan Ali
Azwan Ali

“Memang saya tidak ‘follow’sesiapa. Kenapa saya mesti ‘follow’? Cantik sangatkah orang yang saya nak ‘follow’ itu 

“Apa yang saya dapat kalau saya ‘follow’. Lainlah kalau saya ‘follow’ tiba-tiba bangun pagi esok hari atas riba atau tilam saya, saya dapat 10 ribu atau 10 juta. 

“Dan, untuk apa ‘follow’ kalau hanya mahu menyalak atau menghanjingkan saya. Saya tak ‘follow’ sesiapa kerana saya mahu tenang. 

“Kalau saya ‘follow’ sekian-sekian, nanti kita akan ternampak kelibat sekian-sekian orang dan itu yang akan membuatkan kita rasa tak tenang,” katanya. 

Tentang butang komen, Azwan mengakui, dulu dia memang seringkali teruja dengan komen-komen yang dimuatnaik sesiapa yang membaca postingnya. 

“Tapi, sekarang ini, saya dah teruja lagi. Sebab bila kita buka komen di TikTok misalnya, punyalah banyak komen-komen nerakezen di timeline. 

“Menghanjing saya macam saya nih bangkai anjing. Jaga sikit, kalau nak menghanjing pun, sunat pun belum. Jaga mulut tu…,” katanya. 

Jelas Azwan lagi, komen-komen yang dilemparkan netizen itu sebenarnya tidak menjadi kudis pun buat dirinya. 

“Tapi, silap haribulan boleh jadi macam bintang Kpop, bila depresi terus terjun dari bangunan KLCC. Mulut mereka memang ‘hanjing’ sebab itu saya panggil mereka nerakezen. Mulut mereka juga lebih berbisa daripada mulut saya. 

“Bayangkanlah, rumah saya yang gah itu, mereka kata: “Ya, Allah, rumah flat mana nih. Kesiannya duduk rumah PPRT”. 

“Nampak tak? Padahal saya beli rumah dekat RM1 juta. Boleh pulak dikayakan rumah flat mana, PPRT mana dan zaman saya kononnya dah jatuh,” tanya. 

Namun, Azwan mengakui bahawa selepas melakukan ‘post mortem’, dia mendapati bahawa hanya 10 peratus sahaja netizen yang bersikap begitu. 

“Yang menyokong saya pun ramai dan mereka adalah orang-orang yang bagus. Tapi, minta maaflah saya memang tidak boleh buka komen. Sebab kalau saya buka komen, ia akan jadik lain. Minta maaf sangat-sangat. 

“Yang penting daripada 10 hanya satu dua yang makin hamun. Yang selebih bagus dan sering menyokong. 

“Malah, yang makin hamun pun tak ramai dah. Kalau pun memang banyak. Agaknya mereka sudah tiada modal kot. 

“Sebab, mereka saya tiada job, tiada job, tapi saya tetap kaya, pergi London lagi (contoh). Ada pula yang kata saya kaya sebab Azmin Ali. 

“Banyak yang fikir macam itu termasuk seorang artis yang sudah pun diseret ke balai polis. Kalau nak tuduh kekayaan Azmin Ali pergi ke Azwan Ali, hati-hati dengan kenyataan anda itu,” katanya. 

Azwan Ali
Azwan Ali

Azwan juga mengakui bahawa dia sebenarnya hanya memberikan kata-kata makian kepada orang yang mengacau hidupnya. 

“Jika tidak, saya adalah manusia yang baik. Mungkin ada yang takut hendak mendekati saya. Usah takut dengan saya. 

“Kalau anda mendekati saya dengan cara yang baik, saya okay. Tapi, kalau anda kurang ajar dengan saya, senang sahaja. 

“Saya mungkin boleh baik, tapi sekali orang puikan saya, saya juga boleh puikan orang itu semula dengan kahak-kahak saya sekali,” katanya. - Getaran, 17 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Anggap Kemelut Yang Menimpa Awesome TV Satu Kifarah - Azwan Ali Bengang Bintang Lagenda Norlia Ghani Diperlekehkan

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Akan Review Makanan Walaupun Berbayar' - Michael Ang Jelaskan Dia Tidak Mahu Menipu Pengikut Medsos

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Video Mengaji Azwan Ali Raih Perhatian, Berniat Sertai Kumpulan Tabligh

4

TARA 3 tahun yang lalu

Alhamdulillah, Inilah Karma Min…, Tuhan Membalas Segala Perbuatanmu!, Diva AA Bersyukur Doa Dimakbulkan 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh