Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Alhamdulillah, Inilah Karma Min…, Tuhan Membalas Segala Perbuatanmu!, Diva AA Bersyukur Doa Dimakbulkan 

Sempat menziarahi pusaran arwah ibunya, Mak Tom pagi tadi, Azwan memberitahu, dia menerima berita kekalahan Azmin Ali itu, tepat jam 2 pagi. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 11:00AM

Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih mesra disapa sebagai Diva AA memanjatkan kesyukuran apabila abangnya, Datuk Seri Azmin Ali yang bertanding di kawasan Parlimen Gombak tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Ketika dihubungi Getaran, Azwan berpendapat, tidak sia-sialah tindakannya untuk menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas di kawasan parlimen tersebut sebelum PRU-15 bermula selepas mendengar bisikan arwah ibunya, Mak Tom di dalam mimpinya. 

“Awalnya memang saya bengang dengan kecaman-kecaman nerakazen (gelaran untuk netizen) bila ada yang cakap kononnya dalam mimpi itu bukan Mak Tom tetapi syaitan. 

“Memang saya marah dengan nerakazen ini. Sebab saya mimpi arwah ibu saya bukan arwah ibu mereka. Jadi, tolong diam! 

“Saya juga faham kenapa dalam bisikan itu Mak Tom meminta saya menarik diri. Terima kasih kepada Mak Tom sebab walaupun dia berada di alam sana. Tapi, saya tahu dia mendengar segala masalah saya,” katanya dengan nada suara yang pilu dan sebak. 

Daripada pilu dan sebak, Azwan kemudian tidak dapat menahan esak. 

Gambar ihsan Azwan Ali
Gambar ihsan Azwan Ali

“Maafkan saya sebab saya menangis. Tapi, berita (kekalahan Azmin) ini amat menyentuh perasaan sebab saya sudah lama kehilangan Azmin. 

“Tapi selama ini puas saya bersabar seperti mana warkah saya untuk Azmin yang viral sebelum. Saya telah dedahkan segala-galanya. 

“Demi Anwar Ibrahim, dia (Azmin) sanggup buat kami sekeluarga. Apa masalah dia ketika itu, kami pun tidak tahu. Tapi, memang kami sedih bila dia sanggup buat begitu (buang keluarga). 

“Tapi, Allah SWT telah makbulkan doa Azwan Ali yang teraniaya. Allah SWT mendengar dan peristiwa yang berlaku ini mengajar Azmin untuk move on dengan sikapnya yang ego, sikap rasa bagus dan rasa hebat sangat,” katanya yang baharu sahaja menziarahi pusara arwah Mak Tom, awal pagi tadi. 

Menurut Azwan lagi, dia menerima berita kekalahan Azmin itu tepat jam dua pagi. 

“Sebaik sahaja saya menerima berita itu saya menangis yang teramat sangat. Bukan menangis sebab saya sedih dia kalah. 

“Tapi saya menangis kerana ia air mata kesukuran dan saya juga menangis kerana memikirkan apa yang terjadi kepada keluarga kami bertahun-tahun. Setelah puas bersabar, akhirnya Tuhan tunjukkan kebenaran. Tapi terlalu lambat. 

“Berita tentang kekalahan Azmin juga saya muat naik dalam warkah kedua di IG dengan memaparkan gambar Mak Tom. Ia juga turut menjelaskan perasaan saya. Tapi, yang pastinya, air mata saya tentang bisikan Mak Tom memang tidak sia-sia,” jelasnya.  

Azwan juga mengucapkan terima kasih kepada pengundi di kawasan Gombak. 

“Terima kasih sebab mereka buka mata tentang siapa Azmin Ali. Kes Azmin ini adalah kes yang elit. Ia mengajar kita supaya jangan mengkhianati sesama manusia. 

“Dan kita lihat sendiri, rantaian pengkhianat semuanya kalah. Padan muka. Rupanya, mulut jahat Diva AA tidak sia-sia,” ucapnya lagi. 

Azwan juga menganggap bahawa kekalahan Azmin adalah suatu sejarah negara yang amat dahsyat. 

“Terima Kasih Allah SWT. Terima kasih banyak-banyak. Azmin Ali ini satu nama yang melibatkan sejarah-sejarah besar negara, perubahan politik negara dan juga terkaitnya dia dengan adik dia yang gila glamor. 

“Sebelum ini, saya pernah tujukan lagu 'Terbang Helang' daripada Datuk Sharifah Aini buat dia. Tapi, bagi mengiringi mood saya pagi ini, saya akan tujukan pula lagu Anita Sarawak, 'Akhirnya Kini Pasti',” katanya. 

Azwan turut memilih lagu 'Ramalanku Benar Belaka' daripada Umbrella usai keputusan rasmi PRU-15 tentang kekalahan Azmin itu. - Getaran, 20 November 2022 

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 10 bulan yang lalu

‘Sabar Sikit Min, Tak Lama Lagi Nak Masuk Skim Usia Emas’ - Amirudin

2

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

3

Politik 11 bulan yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

4

Selebriti 11 bulan yang lalu

Anggap Kemelut Yang Menimpa Awesome TV Satu Kifarah - Azwan Ali Bengang Bintang Lagenda Norlia Ghani Diperlekehkan

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi