Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Jom Singgah Dan Nikmati Sajian Dan Budaya Korea Di K-FOOD Fair 2022 

Jika anda peminat makanan Korea atau mahu meneroka makanan Korea dan mengetahui budaya Korea, K-FOOD Fair yang sedang berlangsung di Sunway Pyramid ini pasti tidak mengecewakan. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 9:22AM

Gambar Ariff Communications

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena hujung minggu yang panjang kali ini, apa aktiviti atau acara yang sudah anda rancang? Jika masih belum punya idea, apa kata panjangkan langkah ke pusat beli-belah Sunway Pyramid untuk turut serta dalam acara K-FOOD Fair 2022 yang sedang berlangsung hingga 24 Oktober ini. 

Acara menyeronokkan ini dibawakan oleh Perbadanan Perdagangan Agro-Perikanan & Makanan Korea dan Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea Selatan. Jika anda peminat makanan Korea atau mahu meneroka makanan Korea dan mengetahui budaya Korea, acara ini pasti tidak mengecewakan. 

Jang Jae Hyung - Gambar Ariff Communications
Jang Jae Hyung - Gambar Ariff Communications

Pada hari pembukaan yang diadakan pada Jumaat, beberapa aktiviti telah pun berlangsung dengan jayanya. Pengarah Urusan dari aT Centre, Jang Jae Hyung, Kuala Lumpur memulakan acara dengan melancarkan K-FOOD Fair secara rasmi, dan ini disusuli dengan upacara menyediakan Bibimbap.

Ia  melibatkan tetamu-tetamu kehormat seperti Setiausaha Kewangan, Kedutaan Korea di Malaysia, Son Min Geun, Pengarah Urusan, Organisasi Pelancongan Korea di Malaysia, Yang Kyung Soo, Pengurus Besar Pemasaran, Inovasi Perniagaan dan eMall; Pengurusan Sunway Pyramid, Loo Hoey Theen, dan Ketua Perolehan Perdagangan, AEON Malaysia, Magdalene Soon.

Selain itu, penyanyi Sarah Suhairi juga muncul dengan mempersembahkan beberapa lagu popular bagi menghiburkan pengunjung yang mula tertarik dengan acara yang tidak memerlukan tiket masuk untuk menyertainya ini. 

Jadi, apa lagi yang boleh anda harapkan daripada acara makan-makan dan budaya ini? Sepanjang empat hari pesta berlangsung, jangan ketinggalan untuk bermain permainan tradisional Korea seperti Tuho, Dalgona, Ddakji dan Jegichagi. Sesi kuiz Korea melalui Kahoot juga akan dianjurkan di pesta ini, dan pemenang akan menerima baucar hadiah atau beg strawberi K-FOOD Fair yang istimewa.

Gambar Ariff Communications
Gambar Ariff Communications

Selain itu , ada juga persembahan tarian cover Kpop oleh Kueendom dan Kingsman yang akan berdansa mengikuti rentak lagu-lagu K-pop popular oleh BTS, Blackpink, EXO, PSY, TVXQ dan New Jeans. Setiap hari, terdapat dua persembahan akan diadakan pada waktu yang berbeza.

Tidak ketinggalan, sesi demonstrasi memasak interaktif yang diterajui  Chef Jiale pada setiap hari di mana beliau akan mengadakan satu demo memasak di atas pentas dan satu lagi sesi ‘open kitchen’ di mana pengunjung boleh menikmati air tangan Chef Jiale. Beliau akan memasak masakan Korea dan hidangan fusion dengan sentuhan Korea menggunakan produk Korea daripada pengedar Malaysia. 

Terdapat juga beberapa gerai yang menjual pelbagai produk makanan dari Korea yang boleh anda beli dan bawa pulang untuk pengalaman kulinari berterusan. Untuk maklumat lanjut tentang Pesta K-FOOD 2022 ini, sila layari www.mykfoodfair.com. - Getaran, 22 Oktober 2022

Isu Pada

I'm Ready To Romance - Theebaan G

22 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

adiClub, Program Keahlian Yang Menjanjikan Pelbagai Ganjaran Kesetiaan

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Showcase New Hope Club Pukau 2,000 Peminat, Sasar Adakan Konsert Di Malaysia 

3

Selera 1 tahun yang lalu

Nikmati Hidangan Dalam Suasana Kemewahan Di The Link, Sunway Pyramid

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dinosaur 'Tawan' Sunway Pyramid Sempena Filem Jurassic World Dominion

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok