web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nikmati Hidangan Dalam Suasana Kemewahan Di The Link, Sunway Pyramid

Berkeluasan 80,000 kaki persegi, The Link terletak di tengah-tengah kawasan paling sibuk antara Sunway Pyramid dan Sunway Pyramid Hotel & Sunway Resort yang baru diubah suai.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 5:16PM

The Link, Sunway Pyramid. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sunway Pyramid telah melancarkan zon runcit dan makanan serba baharunya iaitu The Link yang menawarkan pengunjung suatu pengalaman unik dan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Berkeluasan 80,000 kaki persegi, The Link yang terletak di tengah-tengah kawasan paling sibuk antara Sunway Pyramid dan Sunway Pyramid Hotel & Sunway Resort yang baru diubah suai, menyediakan ruang untuk pengunjung beristirahat, memulihkan kesihatan dan berseronok, tidak kira sama ada bersama orang tersayang, keluarga atau sekadar meluang masa untuk berehat sendirian.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sunway Malls & Theme Parks HC Chan berkata The Link ialah tarikan baharu untuk pengunjung berseronok dan berehat bersama dengan keluarga dan orang tersayang.

"The Link menyediakan ketersambungan yang lebih besar, yang sebagai balasannya mewujudkan sinergi yang memberikan lebih banyak pilihan untuk pengunjung.

“Mereka boleh menjamu selera di restoran baharu, berseronok di bawah sinaran matahari di Sunway Lagoon atau menjamu selera di hotel peranginan lima bintang kami,” katanya semasa majlis pelancaran The Link di Hotel Sunway Pyramid hari ini.

Di samping itu, beliau berkata peminat sukan kini boleh mengunjungi laman Sports Direct yang baru dibuka dengan lapan restoran jenama di sepanjang The Link.

“Pengunjung mempunyai pelbagai pilihan untuk memenuhi selera mereka seperti Memorie Café, Nanyang Café, Tonkatsu by Ma Maison, The Owls Café, Black Tap Craft Burgers & Shakes, The Resort Café, The Chamber dan Restoran Grand Imperial.

“Kami mengalu-alukan pengunjung dari dekat dan jauh untuk melawat The Link dan menikmati semua kemudahan hebat terkini yang ditawarkan oleh Sunway City,” katanya.

Sementara itu, Chan berkata pengunjung boleh mengakses The Link melalui Sunway Pyramid, Hotel Sunway Pyramid, Sunway Resort serta pintu masuk sampingan dari Sunway Lagoon. - Bernama

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 7 bulan yang lalu

Sports Direct Buka Flagship Ketiga Di IOI City Mall 

2

TARA 3 tahun yang lalu

Jom Singgah Dan Nikmati Sajian Dan Budaya Korea Di K-FOOD Fair 2022 

3

Gaya 3 tahun yang lalu

adiClub, Program Keahlian Yang Menjanjikan Pelbagai Ganjaran Kesetiaan

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Showcase New Hope Club Pukau 2,000 Peminat, Sasar Adakan Konsert Di Malaysia 

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Gaya 7 jam yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

oleh Sophia Ahmad