web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dinosaur 'Tawan' Sunway Pyramid Sempena Filem Jurassic World Dominion

Mulai 26 Mei hingga 12 Jun, para pengunjung dapat menikmati pelbagai pameran dan aktiviti yang menarik bertemakan filem tersebut secara eksklusif di pusat beli-belah itu.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sunway Pyramid berganding bahu dengan Universal Pictures bagi membawakan pengalaman istimewa bertemakan haiwan prasejarah kepada pengunjung pusat membeli-belah itu sempena tayangan filem Jurassic World Dominion di pawagam seluruh negara mulai 9 Jun ini.

Mulai 26 Mei hingga 12 Jun, para pengunjung dapat menikmati pelbagai pameran dan aktiviti yang menarik bertemakan filem tersebut secara eksklusif di pusat beli-belah itu.

Pengurus Besar Sunway Pyramid Jason Chin dalam kenyataan hari ini berkata mereka teruja untuk mengalu-alukan kedatangan pengunjung dan menjadi sebahagian daripada kempen Jurassic World Dominion.

“Filem ini menarik dan memberi inspirasi selain mencetus keterujaan - dan pengalaman seumpama inilah yang kami ingin sajikan kepada pengunjung kami di sini. Mereka berpeluang merasai pengalaman menggali tulang dinosour yang tertimbus dan menyaksikan haiwan prasejarah ini yang dimodelkan dalam saiz sebenar. 

“Kami ingin memberi mereka peluang untuk menyelami semua deria mereka dalam pengembaraan dengan Jurassic World Dominion ini. Kami mahu meluaskan pengalaman sinematik ini melangkaui layar lebar, dan kami berbesar hati dengan usaha sama yang dijalin bersama Universal Pictures bagi membangkitkan naluri kanak-kanak yang ada dalam setiap diri kita di samping mencipta kenangan manis,” katanya.

Orang ramai boleh mengunjungi Blue Concourse di LG2, untuk bersuka ria di Jurassic World Evolution 2 Game Zone serta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti membuat ambar dan fosil dinosaur atau mengasah naluri paleontologi mereka dengan mencari tulang-tulang dinosaur yang tertanam.

Sementara itu, di tengah dataran tersebut para pengunjung dapat melihat barisan bintang filem ini dalam bentuk model 3-D seperti Velociraptor Blue dan Beta berserta reruai gambar Tyrannosaurus Rex (T-Rex) di sebelahnya.

Orang ramai juga boleh mengunjungi reruai berhampiran TGV Cinemas yang akan menjual set hidangan kombo eksklusif meliputi barangan Jurassic World Dominion di dataran tersebut. 

Lencana pin Jurassic World Dominion akan disediakan di semua lokasi TGV Cinemas IMAX, manakala topi besbol akan ditawarkan secara eksklusif di Sunway Pyramid, Sunway Velocity Mall dan Sunway Putra Mall. 

Beliau berkata para peminat juga boleh membeli barangan bertemakan filem ini dari reruai yang terletak di dataran tersebut sambil menonton klip filem Jurassic World Dominion pada dinding TV LED yang diletakkan di belakangnya, sekali gus melahirkan atmosfera Jurassic World yang mempersonakan.

Chin berkata keterujaan berterusan di pusat beli-belah itu dengan pelbagai stesen yang didirikan oleh jenama seperti Agenda Suria, Philips dan Lego yang boleh ditemui di Orange Avenue, LG2; LG1 di ruang berhadapan Coffea Coffee serta di gelanggang sekitar luncur ais juga di aras LG1.

Stesen khas ini merupakan sebahagian daripada sajian pengalaman kembara Jurassic World Dominion, iaitu pelanggan perlu melengkapkan beberapa aktiviti untuk menebus seunit kotak rahsia Jurassic World Dominion berserta miniatur dinosaur di dalamnya.

“Sebagai ganjaran tambahan bagi aktiviti yang disempurnakan, baucar promo akan diagihkan kepada pengunjung untuk dibelanjakan pada barangan Jurassic World Dominion di laman sesawang Sunway eMall yang mereka juga boleh menikmati khidmat penghantaran percuma ke seluruh Malaysia khas untuk pembelian ini.

“Lima pelanggan bertuah juga berpeluang memenangi hadiah utama Cabutan Bertuah berupa televisyen Android Philips 55”. Untuk mengambil bahagian, pembeli harus membelanjakan minimum RM150 atau RM100 bagi ahli Sunway Pals di pusat beli-belah ini lalu menghantar resit mereka melalui aplikasi mudah alih Sunway Pyramid,” katanya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Jurassic World Dominion oleh Sunway Pyramid, sila layari https://www.sunwaypyramid.com/jurassic-world-at-sunway-pyramid serta platform media sosial Sunway Pyramid. - Bernama

Gambar: Sunway Pyramid

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.