Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 5:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Good Manager’ (Netflix)

Bukan cerita baharu, tetapi K-drama yang kini disiarkan di Netflix  ini sudah menemui penonton tahun 2017 lalu. Drama 20 episod ini dibintangi Namgoong Min, Lee Joon Ho, Nam Sang Mi, Jung Hye Seong, Park Young Gyu, Dong Ha, Kim Won Hae dan ramai lagi. 

Kenapa anda mesti tonton drama ini? Sebab drama Good Manager ini memberi satu kepuasan dan keseronokan lebih-lebih lagi jika anda merupakan mangsa buli atau penindasan di tempat kerja. Jalan ceritanya berkisarkan tentang penindasan pekerja akibat amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Lihat bagaimana seorang pengurus jabatan akaun memperjuangkan hak ‘anak-anak buahnya’ tanya teragak-agak. Dia sanggup menanggung segala risiko dan bersusah-payah dengan rakan sekerja yang lain agar tidak sentiasa dibuli oleh pihak atasan.

Biarpun isu yang diangkat sebenarnya berat, namun pengalaman menonton drama ini tidaklah membebankan fikiran. Ia diterjemahkan secara santai dengan menyelitkan banyak babak lucu sehingga memecah tawa. 

Bagaimanapun, perlu ingatkan, tiada babak-babak romantik dipersembahkan dalam drama ini. Maklumlah kisah cinta bukan fokus utama. Gembirakan hati dengan Bromance antara watak Kim Sung Ryong dan Seo Yool. 

Kedua-dua watak ini sering bercakaran kerana berapa di pihak yang berbeza, namun dalam masa yang sama masing-masing bagaikan punya tarikan dan akhirnya berbaik-baik dan bekerjasama untuk menumpaskan presiden syarikat. - Rahayu MN

 

The Princess Switch (Netflix)

Sebuah filem percintaan romantik berkisarkan tentang pertukaran watak dua wanita (lakonan Vanessa Hudgens) yang memiliki rupa paras yang hampir sama iaitu Stacy De Novo, seorang tukang buat kek serta seorang lagi,  Lady Margaret Delacourt, Puteri dari Duchess of Montenaro. Puteri tersebut merupakan tunang kepada Putera Edward dari Belgravia.

Mereka berdua  telah  bersetuju untuk menukar tempat untuk masing-masing untuk alami kehidupan yang mereka impikan iaitu menjadi seorang puteri raja dan rakyat biasa.

Dalam mereka sedang penyamaran menjadi watak masing-masing, kedua-duanya telah tertarik dengan lelaki yang memahat hati mereka. Stacy telah jatuh cinta bersama Putera Edward (tunang si Puteri) manakala Lady Margaret jatuh hati bersama Paul (sahabat kepada Stacy)

Pelbagai helah yang mereka cuba lakukan untuk mengelakkan diri daripada bertembung semasa sendiri sehinggalah rahsia mereka terbongkar di sebuah pertandingan pembuat kek yang disertai oleh Stacy dan hadiah pemenang tersebut disampaikan oleh Lady Margaret sendiri.

Filem arahan Mike Rohl dan ditayangkan pada 2018 kini boleh ditonton menerusi saluran Netflix. - Izwan Ramlan 

 

Cold War (Netflix)

Aaron Kwok mencipta zaman kegemilangannya sekitar tahun 90-an dan awal 2000. Meskipun kini dia sudah berusia 57, namun Aaron masih aktif dalam industri hiburan di Hong Kong dan China.

Salah satu filem lakonannya adalah Cold War, yang diterbitkan pada 2012.  Filem aksi ini mengisahkan bagaimana Sean Lau (Aaron) yang juga Timbalan Pesuruhjaya Polis menggunakan semua kemahiran dan pengalamannya untuk menyelamatkan 5 anggota polis yang ditahan oleh penjenayah, yang menuntut lebih 90 juta dolar.

Cold War adalah nama kod dalam operasi menyelamat itu. Rupa-rupanya dalang kes berkenaan adalah salah seorang anggota polis yang ditahan itu. Dia adalah anak kepada seorang lagi timbalan pesuruhjaya polis Hong Kong. Filem yang turut dilakonkan oleh Andy Lau ini boleh ditonton di Netflix. - Habibah Omar

 

‘Fabulous Lives of Bollywood Wive’s (Netflix)

Selepas musim pertama, ‘Fabulous Lives of Bollywood Wives’ ditayangkan di di Netflix pada 2020, kini Maheep Kapoor, Bhavana Pandey, Neelam Kothari and Seema Sajdeh kembali semula dalam musim kedua program realiti tersebut di platform yang sama. 

Keempat-empat mereka adalah kawan baik dan program realiti ini cuba memaparkan kehidupan mereka di sebalik persahabatan, hubungan dengan keluarga, perniagaan yang diusahakan sehinggakan kepada kesibukan menghadiri pelbagai acara.

Maheep Kapoor adalah isteri kepada Sanjay Kapoor, Bhavana Pandey (isteri Chunky Pandey dan ibu kepada aktres Ananya Pandey), Seema Sajdeh (bekas isteri Sohail Khan iaitu adik Salman Khan), manakala Neelam Kothari pula adalah aktres yang pernah membintangi banyak filem Bollywood.

Apa yang menarik, di dalam program realiti sebanyak lapan episod ini, suami dan anak-anak mereka turut membuat kemunculan bersama. Begitu juga dengan beberapa selebriti  Bollywood undangan termasuk Gauri Khan iaitu isteri kepada Shah Rukh Khan.

Paparan paling menarik adalah apabila keempat-empat mereka yang selama ini meminati Ranveer Singh dapat bertemu dengan aktor Bollywood yang ‘hot’, popular dan berbakat itu di set lokasi penggambaran filemnya. Ranveer Singh juga turut meluangkan masa untuk melayan keempat-empat mereka.  – Ellyna Ali - Getaran, 24 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

24 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 9 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

2

TARA 9 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini 

3

TARA 10 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

4

TARA 11 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera