web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pernah Dikutuk Tak Layak Jadi Penyanyi, Aisha Retno Kental Tampil Showcase Pertama

Tidak hanya itu, ada juga yang memperkecilkan bakatnya dan menganggap Aisha ‘trying too hard’.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 2:05PM

Aisha Retno - Gambar ihsan Sony Music Malaysia

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Aisha Retno tidak dapat menahan sebak semasa membuat persembahan di showcase sulungnya baru-baru ini. 

Aisha, ketika ditemui Getaran  di acara istimewa ‘An Intimate Showcase with Aisha Retno’ tidak menyangka usahanya sejak 2019 berkecimpung dalam dunia nyanyian di Malaysia semakin membuahkan hasil apabila lagunya iaitu ‘W.H.U.T (Wanna Hold You Tight)’ mendapat sambutan dengan 33 juta penstriman di Spotify. 

Mengimbau kembali perjalanannya, juara Vokal Mania 2020 itu mendedahkan pernah menerima pelbagai kejian dan cacian seperti komen jahat yang mengatakan dia tidak layak bergelar penyanyi. 

Tidak hanya itu, ada juga yang memperkecilkan bakatnya dan menganggap Aisha ‘trying too hard’.

“Bukan mudah menempa nama dalam industri ini. Saya sangat baru dan banyak lagi liku perjalanan yang saya perlu lalui.

“Saya akui perjalanan ini tidak mudah. Saya masih ingat menerima kecaman netizen yang belum boleh menerima kehadiran saya. Kata-kata itu agak kejam, ada yang kata saya terlalu mencuba dan saya tidak layak mendapatkan apa yang saya ada sekarang.

“Namun, saya ambil yang positif dan tidak terlalu menghiraukan perkara itu. Alhamdulillah, lama kelamaan ramai yang boleh terima muzik saya termasuk pendengar dari Indonesia,” katanya.

Aisha Retno di showcase sulungnya Khamis lalu
Aisha Retno di showcase sulungnya Khamis lalu

Selepas tampil dengan muzik bergenre EDM dan etnik pop bertajuk ‘Sutera’, artis kacukan Melayu-Indonesia itu bercita-cita mahu mengukuhkan namanya tidak hanya sebagai seorang penyanyi malah sebagai seorang penulis lirik.

“Selepas ini, impian saya adalah untuk menjadi penyanyi dan pencipta lagu. Alhamdulillah, saya baru memulakan perjalanan saya sebagai penulis lirik di Faithful Music tiga bulan yang lalu. Walaupun masih baru, saya akan cuba semampu mungkin untuk kekal berkarya,” tambahnya.

Berbicara mengenai perasaan mengadakan showcase pertamanya, Aisha akui berasa teruja kerana dapat menghargai para peminat dan rakan media secara lebih dekat.

"Ini merupakan showcase yang dibuat khas untuk para peminat dan media, semestinya saya amat teruja. Alang-alang sudah buat persembahan secara lebih dekat, bolehlah saya persembahkan lagu terbaru iaitu ‘Sutera’ secara langsung dan sekali gus dapat mempromosikannya kepada tetamu yang hadir,” katanya.

Dalam showcase itu, Aisha menyanyikan beberapa buah lagu dari single sulung ‘Mengikat Jiwa’ dan sebahagian lagu yang pernah menjadi runut bunyi drama iaitu ‘Cinta Denganmu’ dan ‘Nukilanku’, ‘W.H.U.T(Wanna Hold You Tight)’ dan semestinya, ‘Sutera’.

Terdahulu, Aisha telah mencipta sejarah manis apabila wajahnya menghiasi papan iklan tersohor di New York untuk kempen EQUAL daripada Spotify pada Julai lalu. EQUAL adalah satu kempen global yang memperjuangkan hak sama rata wanita dalam muzik. - Getaran, 11 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bil Elektrik Tak Masuk Akal, TNB, Apa Sudah Jadi? — Netizen

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa