web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mengenang Era Kegemilangannya Yang Cukup Gah, Ini 9 Kisah Tentang Ratu Elizabeth II Yang Wajib Ditonton 

Ratu Elizabeth II sering menjadi subjek dalam pelbagai siri dokumentari, drama, mahu pun filem. Ayuh, imbau kembali kehidupan ratu ini dan kegemilangan legasi pemerintahan baginda sepanjang hampir 7 dekad. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 10:24AM

Ratu Elizabeth II - Gambar Bernama

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini, berita kemangkatan Ratu Elizabeth II yang menjadi raja Britain paling lama memerintah dalam sejarah monarki keluarga diraja itu dan merupakan pemerintahan tertua dunia, menjadi tumpuan seluruh dunia. 

Ratu Elizabeth II telah disahkan mangkat pada usia 96 tahun selepas dilaporkan menghidap 'episodic mobility problems' sejak hujung tahun lalu. Istana Buckingham telah mengesahkan berita tersebut dan turut memaklumkan tentang tempoh 10 hari berkabung baginda. 

Dengan pemerintahannya yang menjangkau lebih 70 tahun, Ratu Elizabeth II kekal menjadi tokoh yang dicintai walaupun mengalami menerima pelbagai kritikan dan kesusahan sepanjang hidupnya.

Disebabkan itu, Ratu Elizabeth II sering menjadi subjek dalam pelbagai siri dokumentari, drama, mahu pun filem dan mungkin mungkin inilah saat dan masa yang sangat sesuai untuk membawa anda mengimbau semula kehidupan ratu ini serta kegemilangan legasi pemerintahan baginda sepanjang hampir tujuh dekad. 

 

Elizabeth: The Unseen Queen (2022) 

Dokumentari ini sangat istimewa kerana ia menampilkan sendiri rakaman yang tidak pernah dilihat tentang keluarga diraja Britain. Ia dirakamkan sendiri Putera Philip, Puteri Margaret, Raja George VI, dan Ratu Elizabeth II. 

Rakaman ini dibuat sebagai persediaan menyambut acara Jubli Platinum Ratu dan ia pertama kali telah disiarkan di BBC pada Mei 2022. 

Antara yang dipaparkan di dalam dokumentari ini adalah rakaman pertunangan Elizabeth II di Balmoral serta gelagat zaman kanak-kanak baginda dengan Puteri Margaret.

Video lama Ratu Elizabeth sebagai ibu muda dengan anak-anaknya, Putera Charles dan Puteri Anne turut dipaparkan. Paling menarik adalah perjalanan mereka sekeluarga menaiki HMS Vanguard sewaktu dalam perjalanan ke Afrika Selatan pada 1947.

Elizabeth: The Unseen Queen tersedia untuk distrim di Prime Video dengan langganan BBC Select.

 

'The Crown' (2016)

Siri Netflix, 'The Crown' ini boleh dianggap sebagai sebuah epik yang luas merangkumi sejarah kehidupan dan pemerintahan Ratu Elizabeth II. Ia turut dibarisi pelakon yang sangat hebat, yang memegang watak Ratu sepanjang beberapa musim iaitu Claire Foy, Olivia Colman dan Imelda Staunton.

Sepanjang empat musim, The Crown berjaya memaparkan beberapa peristiwa penting tentang kehidupan dan pemerintahan Ratu, termasuk perkahwinannya dengan Putera Philip pada 1947, perletakan jawatan Churchill, Krisis Suez, kelahiran Putera Edward, kebangkitan Margaret Thatcher dan kehadiran Lady Diana Spencer ke dalam keluarga diraja.

Banyak konflik dan skandal yang telah dipaparkan dalam 'The Crown'. Tidak hairanlah mengapa ia kekal menjadi salah satu drama sejarah yang paling popular dan memikat di dunia, walaupun ada di antara fakta sejarahnya tidak disampaikan secara tepat. 

Musim kelima siri ini dijadual ditayangkan pada November ini, namun dengan kemangkatan Ratu Elizabeth II, kita mungkin tidak dapat memastikan sama ada tayangannya akan diteruskan atau tidak. 

 

The Queen (2006) 

Dibintangi Helen Mirren sebagai Ratu England, filem The Queen yang diterbitkan pada 2006 ini memaparkan peristiwa-peristiwa selepas kematian Puteri Wales iaitu Puteri Diana yang penuh kontroversi pada tahun 1997. 

Filem ini menyelami suasana istana yang tidak menentu saat bertindak balas terhadap kematian Puteri Diana. Bahkan, Isu-isu protokol diraja, jangkaan dan kedua-dua legasi Diana serta Elizabeth II turut memainkan peranan yang cukup penting dalam intipati filem ini. Ia turut mengangkatnya sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Oscar.

Filem The Queen boleh ditonton di HBO Max. 

 

'The Queen' (2009) 

Sebuah dokumentari drama televisyen yang mengandungi lima episod yang menggambarkan momen-momen penting Ratu Elizabeth II dalam kehidupannya. Sepertimana 'The Crown', Elizabeth dilakonkan beberapa pelakon termasuk Emilia Fox, Samantha Bond, Susan Jameson, Barbara Flynn dan Diana Quick.

Walaupun siri ini gagal mencapai status hit di Netflix, namun ia masih berbaloi untuk ditonton untuk menyelami kehidupan Ratu Elizabeth II.

Sayangnya, ia tidak tersedia untuk distrim dan hanya boleh ditonton dengan cara lama iaitu DVD. Tapi siapa yang tonton DVD lagi? Dan, siapa yang punya pemain DVD? 

 

A Royal Night Out (2015) 

Boleh didapati di Prime Video, filem A Royal Night Out ini adalah paparan tentang kehidupan awal remaja Elizabeth sebelum menjadi ratu. 

Elizabeth yang ketika itu masih lagi memegang gelaran puteri telah menghabiskan waktu bersama adiknya, Margaret untuk meraikan kemenangan Eropah menentang Nazi. 

Mereka keluar pada waktu malam dan menikmati saat-saat menyeronokkan seperti rakyat biasa. Ia membuktikan bahawa Ratu, pada dasarnya adalah seorang wanita biasa yang inginkan kebebasan dan menikmati kehidupan seperti orang lain.

 

The Majestic Life Of Queen Elizabeth II (2013) 

Dokumentari selama sejam setengah di Prime Video ini menggunakan rakaman arkib yang jarang dipaparkan iaitu mengenai kematian bapa Ratu Elizabeth II, Raja George VI, sehingga perkahwinan Putera William dan Kate Middleton pada 2011. 

Apa yang membuatkan dokumentari ini wajar ditonton adalah kerana ia benar-benar menyelami perjuangan dan harapan yang dihadapi Ratu Elizabeth II sepanjang pemerintahannya.

 

Elizabeth & Margaret; Love & Loyalty (2020) 

Dokumentari yang berdurasi 90 minit ini ini cuba merungkai hubungan kompleks di antara Elizabeth dengan adiknya, Margaret yang sering disalah tafsir. Ia turut meneroka pengorbanan yang perlu dilakukan Anne kepada kakaknya, Elizabeth untuk memerintah serta memperbaiki monarki mereka secara keseluruhan.

Dokumentari ini disiarkan di Netflix. 

 

Elizabeth: A Portrait In Part(s) (2022)

Sebuah dokumentari yang cukup menarik yang disiarkan di Paramount kerana ia memaparkan renteten kemenangannya secara peribadi dan secara awam serta beberapa pergolakan yang dihadapinya selama beberapa dekad memegang takhta. 

Dokumentari itu menjejaki hari pertabalannya, lawatan diraja awal termasuk interaksinya dengan negara Komanwel serta cubaan pembunuhan ke atasnya pada tahun 80-an.

Turut dipaparkan adalah kritikan daripada rakyat susulan kematian Puteri Diana dan penilaian yang dibuat terhadap ahli keluarga diraja, khususnya Putera Andrew.

Dokumentari ini berjaya melengkapkan gambaran seseorang monarki yang paling lama memerintah dalam sejarah.

 

The Royal Family (1969) 

Dokumentari ini ditayangkan kali pertama pada 1969 sebelum ia diharamkan pada tahun 1979 dan dibuang dari rekod simpanan. Ia memaparan kehidupan seharian keluarga diraja Britain. Dianggarkan seramai 30 juta penonton di United Kingdom telah menonton dokumentari yang disiarkan di BBC1 dan ITV. 

Walaupun dokumentari ini adalah cetuskan daripada Ratu Elizabeth sendiri sebagai satu penghormatan buat anaknya, Puteri Charles, namun akhirnya baginda sendiri yang mengharamkan tayangannya.

Alasannya, baginda merasakan seolah-olah kamera di rumahnya terlalu memberikan fokus terhadap privasi dan kehidupan keluarganya. Namun. Ratu Elizabeth sendiri tidak pernah mengatakan apa-apa terhadap tindakannya itu.  Dokumentari ini bagaimanapun boleh ditonton di YouTube. – Getaran, 10 September 2022

Sumber: Bustle.com , Digitaltrends.com

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 7 bulan yang lalu

Itam: A Sun Bear Story, Dokumentari Ikon Ekopelancongan Negara Sempena VM2026

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa